Tuesday, June 12, 2012

Pemerahan Isi Hati

Peace Be Upon You Guys

yeah, memang lama tak menulis. either menaip or menulis pakai pen. Ini semua gara-gara tabiat membaca aku semakin menjadi-jadi. Duit habis beli buku sampai nak beli topup kredit pun dah tak penting. So jangan terasa hati lah kawan-kawan semua kalau aku tak mengreply sms2 korang lagi-lagi nak hello2. Major Sorry :)
Dekat Malaysia ni, mengikut statistic rakyatnya baca hanya 2 biji buku untuk setahun. Bagi kebanyakkan orang2 bijakpandai, ini sangatlah memalukan. Baru aku sedar betapa penting nya membaca daripada mendengar kata-kata manusia. Full of rumours! HAHAHAK!

sebenarnya aku dah nak mula updated blog ni since haritu. tapi tak berapa nak haritu lahhh! semua tu tergendala sebab Debat Rafizi dengan Khairy. Aku dah tulis sikit then debat dah start. memang aku terus pause sampai ke saat ni. cilakak betul. Tapi takpa, better aku dengar debat tu daripada aku merepek dalam blog yang tapapetah ni haaa.

Btw, sekarang ni aku diakhir-akhir shortsemester aku. Hanya 1 subjek untuk kali ini. Subjek yang dideropkan pada semester kedua. Kelas sampai sekarang baru dia bukak. (nada semakin ingin bercakap ketidakpuasan hati) Orang lain cuti 2 month, aku stay ipoh macam Gunung tepi rumah ni. Hari2 askar duduk training tembak dalam tu. entah macam mana keadaan makin buruk apabila penduduk dalam rumah ni kejap ada, kejap hilang. macam lalang haram jadah! aku tak pernah lagi rasa sunyi maccam sekarang ni. TAK PERNAH! walaupun aku dah biasa hidup sorang2 dekat Ipoh ni tapi kali ni memang menguji tahap mental aku. hati aku menangis. HAHAHAHAHA

makan sorang, mandi sorang, tidur sorang, on9 sorang, tengok tv sorang, main game sorang, sembang sorang, naik moto sorang, kemas rumah sorang. macam fak rasanya wey gile!

tapi aku still watlek laaa, ini semua pengalaman wey. time2 camni la buat aku terfikir pasal life aku selama ni. sebenarnya ini ayat jaga hati jer. konon optimistik laa kire..puuiihh

result semester 5 dah keluar haritu. kalau ikutkan aku lah, walaupun subjek hanya la 4 subjek kena amek tapi jiwa nak belajar tu dah kelaut maybe sebab terbawak-bawak jiwa praktikal sem 4 dulu. Result aku sangat2 lah tidak dijangkakan. Almaklumlah, semester ini aku agak mengAKTIVISkan diri aku dalam global issue dalam erti kata lain aku dah lebih series dalam nak tahu pasal politik negara. pergi ceramah tu dah selalu sangat. selalu sangat2. pergi Bersih 3.0 lagi.

Bercerita pasal exam week haritu, exam aku start 26 april 2012, paper TAXATION. ini yang aku jangkakan subjek yang akan fail. INI! 28 april 2012 aku turun Bersih 3.0. secara tak tipu, otak aku memang takda mood nak amek exam2 ni. aku dok fikir jerit2, gas pemedih mata, gambar nak tangkap dekat sana. otak aku pun  dah Kuning sebab Bersih 3.0 ni. HAHAHAHA 30 april 2012, ada paper Audit. 2 may 2012 ada paper M.A dan F.A.

So nak ceritalah pasal result aku. Aku fail subjek FA. pasal pointer rendah tu aku dah target awal2 dah. memang takda aku target nak cemerlang bagai walaupun tak pernah aku cemerlang. HAHAHA

Mungkin ramai yang cakap aku dapat result teruk sebab pergi Bersih 3.0.

TAPI kan, mungkin korang tak boleh kot cakap camtu dekat aku sebab bukan aku sorang fail subjek tu. Kelas aku jer dah hampir setengah kelas FAILED! 25 person was failed! HAHAHAHA
ada la some person tu cakap dekat aku yang

"jumpa jawapan audit dekat dataran merdeka ehh..."

sampai camtu dia cakap dekat aku. takut jugak aku. tapi aku tetap kuatkan diri ni. benda kalau nak jadi, dia jadi wey.

nak tahu, person yang cakap benda tu jadi apa ???

dia failed 3 subjek daripada 4? WTF!! aku okay lagi la wey, 1 jer failed. takda la sampai 3 sekali. LAWAK !!!
itu lah lain kali bila cakap tu jaga2 sikit. patutnya kau bangga la kawan kau ni muda2 dah ada sense pasal isu2 negara yang penting untuk masa depan. ambil risiko demi masa depan. HAHAHHAHAHA
malas la aku nak pegi bahan2 budak tu. nampak sangat lu tak ada sense pasal current issue. meseg pakwa tahu lah. HAHHAHA

Itu cerita pasal kebongkakan aku. Sekarang ni ada isu yang aku memang tak puas hati. Dah la aku target Taxation yang fail tapi MA yang fail. terkilan rasanya. Sepatutnya Taxation yang fail sebab semua tak suka pensyarah tu straight nakharam,MA ni pensyarahnya sporting and kamcing KONONNYA tapi setengah kelas failed. aku ada 2 jer benda boleh cakap tentang si Epul (pensyarah MA) ni. kau ni CELAKA ke BANGSAT??
Mari aku ceritakan pasal si Epul haramjadah ni.
Dia ni lecturer baru dalam poli ni. Tua. 45-50 camtu la umur dia. bila bercerita, dia ni student tajaan petronas. so latar belakang dia dah tentu hebat. bukan senang nak dapat petronas wey. masuk2 poli, jadi pakar Akaun dalam poli ni terus. Dia mengajar style tak tumpah macam profesor dekat university oxford. Sempoi sampai dia sendiri tak pasti apa yang dia ajar dekat kitorang.

"saya tak pastilah. saya belum stdy method ni. esok kita sambung..."

dafuk!! cilaka apa kau ni. kelas tu memang selalu tuang la. kitorang pun pantang kalau dia tanya nak balik awal or tak. HAHA
1 topik tu ulang2 kali dia ajar. benda sama. benda yang dia sendiri tak confident nak ajar.
apa bendanya niii??
almaklumlah, dah jadi lecturer hebat dalam poli, KURSUS tu memang selalu. 1 hari okay lagi, ni main minggu2. almaklumlah lagi, Politeknik premier ni nak buat degree, so banyak la mesyuarat2 dengan pihak atasan. KOLIBERASI katanya. puuiihh

persepsi aku dengan lecturer camni, dia busy dengan admin, dia kena kawtim pasal anak murid dia. ITU JER. yelah, awak buat kelas dah la tak tentu. sikit sana sikit sini. kitorang memang la best takda kelas. memang kitorang ni belajar Universiti Malaya, stok budak2 hebat dalam belajar. wey kiwak, kitorang Politeknik jer lah. ada method yang sesuai untuk pengajaran dengan budak2 mcm kitorang. bukan mcm UNIVERSITI. kitorang ni kureng hebat nak dibandingkan dengan budak2 universiti. itu pasal kitorang masuk politeknik. BODOH!!!

kalau aku sorang fail, boleh ceritalah. memang aku ni bodoh belajar. tapi kalau dah 25 orang fail, APA CITA?? itu baru kelas aku. Aku ada jugak tanya budak2 kelas lain, semua sama jerr!!! ramai jugak yang failed. apa cilaka la subjek ni dan pensyarahnya. alaaahhh, aku tanya PA aku, dia kata yang lulus tu cukup2 makan jer. dia tolong tambah sikit2 markah. kalau tak, memang satu kelas la fail. bole kira dengan tangan la siapa yang lulus.

aku taktaw la dia ada lagi tak untuk semester depan. ye lah, kena repeat. kalau aku kena masuk kelas repeat dengan dia lagi, memang kena dia.

Aku ni dah la tinggal 1 sem lagi nak habis KERTAS DIPLOMA ni, jangan la buat mcm2. Aku tahu, semester depan, aku nak poli buat kelas FA ni. tak kesah la bnyk subjek nak kena amek. takda keje aku nak extend. aku ni dah la tak suka akaun2 ni. BHAHAHAHAH


Sooo, the lesson is jangan lah judge orang. HAHA
Aku ingat lecturer tu kamcing, rupa2nya perangai serupa cilaka.
Aku ingat yang tegur aku tu hebat, rupa2nya aku lagi hebat. HAHAHAHAHAK!

Sekarang ni, bermula pada hari sabtu haritu aku dah stop on9 FB temporary jer OKAY. entahlah, aku ada mimpi sort of it lah. berat hati aku nak ikut mimpi tu. taktaw kenapa.
Mungkin petunjuk dari tuhan. Sorrylah, tapi aku still on9 benda2 lain.
Maybe ini point untuk aku start menulis kembali. Bukan tulis2 benda2 mengarut mcm cerita aku ni, tapi SERIOUS WRITTING about something,someone and someTHINGS.

Dengan rasa penuh kekeliruan, aku lancar satu kempen untuk diri aku ni.

LESS ONLINE, KEEP WRITTING

Dengarlah surah sonsang dari seorang makhluk yang bernama Syamsul Anwar. Dirinya sedang melalui proses pemerahan isi hati disini.

P/S: lately, FB aku memang penuh dengan Politik Issue, siapa rasa semak, boleh block cepat2 fb aku. PLEASE!!

No comments:

Post a Comment