Thursday, June 14, 2012

Tergoncang diri ini




Takda apa yang lagi sakit melain someone that you love cakap taknak fikir dan jumpa kau lagi. Memang sakit tak berair mata. Aku rela kena potong kedua-dua belah kaki ni tanpa suntik anesthesia daripada melalui kesakitan serupa ini.


Tengah duduk sorang-sorang dekat tempat sunyi rasa hati ini macam nak tarik keluar dari dada ni pastu nak goreng masak kunyit. Mana mungkin seperti ini sahaja sepanjang usia muda begini, rugi. Sudah muak dengan kata-kata cliche orang sekeliling. Benar semua kata-kata mereka, tapi aku mahu realistik. 


Jangan tanya kenapa aku tiba-tiba post benda macam ni. Ini sebab tiba-tiba hati ini tersentuh. Ini soal hati, jangan nak banyak bunyi. Sekor-sekor aku pukul karang. Aku sendiri tak boleh buang element ni. Nak bagi sebab pun tak boleh. 
Dah tu buat benda ni. Saja2 jer. Takkan nak kempen lagi. :P

Ini soal hati. Tak perlu aku terangkan lagi. Sorang pun takkan faham. Baik aku diamkan diri, teruskan membaca hehehe

Esok takda kelas. Nak balik or tak? dengar cerita ceritun bapak dari perlis satu haluan balik kajang. Boleh la dia singgah amek aku sat. Tapi nak buat apa aku balik tempat sumpahan selalu. Boleh kena sampok tahu. 2 minggu straight balik kajang. Kelas hari isnin minggu depan kelas last, lepas tu tunggu buat test 25hb tak silap aku. Better aku stay sini, selasa minggu depan baru balik kajang.

Tadi ceritanya macam gampang sikit. Kelas pukul 10. So semalam aku cadang nak tengok bola pagi tadi. Tapi haram tetidur. Tejaga ayam2 sikit tengok macam belanda kalah dengan germany. Tak pasti lah aku. Aku set jam pukul 8. Alarm pagi tu aku snoze lah sebab kelas lewat. pukul 9.30 sedar tapi macam berat2 pulak nak bangun. Ingat boleh la tidur 10 minit camtu, sekali sedar2 pukul 10.30. peehhhh gelupur gosok gigi. Bawak moto dah macam apa tah. HAHA

Sampai kelas tengok takda lecturer. Watlek jer la. Pastu sorang mmber ni sound aku

"sam!! sebab u datang lambat. Kita tak boleh buat test. kenapa u selalu lambat???"

HAHAHHAHA
cibai btol. test apa lagi ni. banyak betul test. selamat lecturer sporting habis. buat test sikit siap terus boleh balik. Balik kelas pegi CC beli kredit internet. Nak beli 1bulan or seminggu jer? yerla, kalau beli sebulan mesti rugi. nextweek dah takda kelas. Kalau beli seminggu ok jugak, tapi rugi la. Mahal. so aku beli jer lah seminggu punya. RM15. Sangap nak beron9 punya pasal. Tapi bukan on9 fb eh. HAHAHA 

Then aku lepas beli, aku gerak kedai makan. Hari ni makan nasik lauk lemak labu dengan ayam goreng plus sirap bandung. Sedap tu sedap. time tengah makan dekat rumah tengok WHI tetiba sakit perut sangat2. terus takda mood nak makan. Makan setengah pastu buang. ishh membazir betul. Berak dekat longkang ehh dekat jamban la gile. Kat mana lagi. Aku bukan anjing semalam tu berak dekat rumput. HAHAHHAH

Terus onlineeeeee carik bahannnnn.. rasa macam nak tengok movies la. TAKNAK cerita cinta. semalam boleh aku tertengok cerita indon, Heart 2 Heart. cilake betul. sampai habis lak tu. padahal dah tengok. tapi rasa macam nak nangis pulak petang semalam tu. Sedih betul la.






 Macam lisa surihani kan gegirl ni. weh, cite ni sweet saddy tahuuu. Pandu!!!! Indah!!!

No comments:

Post a Comment