Wednesday, June 13, 2012

Nothing Even Matters

Seperti yang diteori, tiada apa yang 'perfect' dalam kita membuat sesuatu benda. Sudah tentu ada baik dan buruknya. Samada sedar atau separa sedar ataupun langsung tidak pernah sedar. Pernah suatu ketika dahulu, bila diingatkan kembali 'operation cornea' telah pun dijalankan untuk diri aku. Walaupun tidaklah seperti operation pemindahan jantung ataupun pembesaran payu dara, ia sangat memberi kesan untuk keadaan fizikal aku. Ia sama sekali tiada pertumpahan darah ataupun jahitan kulit, ianya sangat simbolik. Mungkin berita ini tidak diketahui ramai umat. Hanya segelintir yang dimaklumkan dengan rumours ini. Tiada kenalan yang dapat tahu kisah ini secara 100%. Semuanya hanya angin-angin cerita ini bertiup di telinga.

Mungkin benar kata-kata manusia terdahulu, hidup ini seperti roda. Setiap masa bergerak pusing tanpa henti. Ianya bergerak seperti yang telah ditetapkan oleh si penciptanya. Terkadang berada dibahagian bawah, terkadang berada di atas puncak dan terkadang pula berada ditengah-tengah. Jadi, tidak perlulah kita ini sangat berbangga atau yakin bila berada di puncak dan janganlah kita terlalu berduka atau sedih ketika berada dibawah. Jika ditindas, jangan cepat putus atas. Usahalah dengan tabah untuk cuba berada dibahagian atas. Ingatlah, tiada apa yang kekal selama-lamanya melainkan seperti si pencipta yang maha adil.

Buat baik, dibalas baik. Buat jahat, sudah tentu dibalas jahat. Kalau buat jahat dibalas baik ataupun di "butakan" kejahatan itu, dimana keadilan yang diwahyukan. DiaNya adalah yang Maha Adil, bukannya Maha-thir yang kononnya pemikir agung dan mulia di sisi rakyat yang buta akan kebenaran. Jika difikirkan, setiap perbuatan itu pasti ada balasannya, samada baik atau buruk. Bagi aku, baik boleh dikaitkan dengan pahala dan jahat dengan dosanya." What goes around comes around ", kuote yang sangat popular tentang benda ini. Dalam ajaran budha, ianya disebut "Karma". Dan lebih tepat, Hukum Karma. Dahulu, pernah aku fikirkan tentang persoalan ini. Walaupun dalam Islam tiada yang dikatakan hukum karma, tapi lepas dibuat banyak pembacaan situasinya sama sahaja. Ianya Hukum Alam. Bagi pandangan aku, ianya sangat tepat kerana Tuhan berkata, setiap perbuatan itu walaupun sebesar zarah atau atom ia tetap dikira. Samada perbuatan baik atau jahat. Berkenaan dengan cara perhitungan amalan itu, tiada siapa yang tahu. Tentang pembalasan sudah pasti tiada siapa dapat mengagak masanya. Itu semua kerjaNya. Tidak di dunia, pasti di akhirat.

Manusia ini tiada seorang pun terlepas dari pandangan yang maha berkuasa. Tidak seorang pun dikecuali. Lelaki ataupun perempuan, cantik ataupun buruk, lembut ataupun keras, alim ataupun munafik, mangsa ataupun pemangsa semuanya tidak terkecuali. Tulisan ini ditulis untuk mengingatkan diri aku yang telah pun lagha tentang mengejar kehidupan dunia. Bukan niat hendak menulis seperti seorang Uztaz atau Uztazah, tapi hendak mencerminkan manusia di dunia ini.

Jadi marilah kita menuju kejayaan dunia dan akhirat. Bersihkan diri ini dari semua kejahatan dan kezaliman. Tidak orang Islam itu pasti baik akhlaknya, tidak pula pasti orang kafir itu buruk akhlaknya. Dia kan yang Maha Adil bukan Maha-thir.

Yang Lagha,
Syamsul Anwar



P/S: Susah kalau menulis secara skema. Eeerrgghh!!

No comments:

Post a Comment