Sunday, June 17, 2012

Cerita semalam, Sabtu punya

Seperti yang dirancang, aku akan ke Pengkalan Hulu, Perak mengfollow si Husni dan Kecik.

"cik, esok pagi2 kita gerak then tengahhari boleh balik dah...." kata husni dengan tegasnya dan yakinnya pada malam Jumaat sebelum tu.

ini semua sembang macam lahanat tahu. pukul 11 pagi baru gerak dari ipoh. HAHAHAHA
macam gampang taw. masing2 buat hal. sembang lepas subuh la. pagi2 la. pukul 11 pagi jugak kan?
HAHAHA

Gerak Kuala Kangsar amek mmber husni, Along. pastu terus gerak sana. Kalau nak ke pengkalan hulu, memang highway tu memang takda wey. jalan memang jalan kampung kot. gila btol. pukul 1 lebih sampai rumah si Along ni. 1st thing aku tengok si along ni, memang barai orang nye. Mat Rempit 100%. hitamnya cukup. kurus mcam aku cukup. ingat barai2 la. rupa2 nya bapak dia kira jutawan jugak la dekat P.H tu. tanah nak haram banyak. mak dia ustazah. adik beradik dia semua putih. dia sorang hitam. mula2 aku ingat dia ni anak angkat lah. HAHHAHA

Husni sembang dgn bapak si along ni mcm sembang dengan aku. petak jugak la aku. tapi keluarga dorang baik2 weh. rumah dorang ni memang ceruk wey. depan rumah ada sekolah tahfiz. internet memang takda la. jgan cakap internet, line tepon pun jarang2 ada. perrhhh kalau la aku duduk sana, memang aku jadi pokok la wey. duduk hutang sampai jadi pokok. taktaw nak buat apa.

Tapi,

5 minit dari rumah tu adalah Betong, Thailand weeyyyyy!!!!

patut la uni suka sangat pegi sini. HAHAHAHA

semalam uni ajak masuk. passport takda. borderpass takda. masuk camtu jerrrr..aku dah cuak tahap dewa dah time kene tahan imergeresen. pastu polis. pastu kastam. perrrhhhhh

tapi semua lepas la. berbekalkan kereta swift kecik kitorang masuk.
1st thing kitorang buat ada lah makan. wey ini thailand taw. masuk thailand takda jumpe dah kicap2/sos2 bahasa kita. semua bahasa thailand. lepak warung 1 ni. order nasik goreng ayam. uni order nasik goreng pattaya. samada orang tu tak paham bahasa or memang style nasik goreng pattaya dekat thailand ni TAK BALUT DENGAN TELUR. mcm nasik biasa jer. HAHAHHAH

pastu, uni bawak jalan2 pegi pekan dia. memang thailand la wey.

acctually, betong ni adalah one of the darkness side of thailand la. Pusat urut and pelacuran camtu la. tapi aku takda la buat. uni bawak jalan2 jer. uni selalu la kot pegi. HAHAHAHHA

dalam sejam dekat thailand kitorang balik malaysia semula. HAHAHHAHAHA!

lepas makan semayang magrib. gerak balik ipoh. dalam pukul 1 pagi sampai rumah terus "dead" dengan seluar jeans aku. tidur sampai pagi....HAHHAHAHA jarang aku tidur pakai seluar jeans weyy. penat sangat dah niii

No comments:

Post a Comment