Thursday, June 14, 2012

Post semalam dipost di kelas tadi


Nampaknya, malam semalam aku takda rejeki nak online internet apatah lagi nak update blog. Ini gara2 perkhidmatan internet hotspot aku dah tamat tempoh tadi. Cukup dah sebulan. Kenalah beli yang baru. Haaaiiihhh sebak hati mak ni nak…HAHAHAK
Ni Potret teragung dalam abad ni. Zaman2 lepas SPM ni. :P

Benda nak jadi, dia jadi wey. Nak tahu apa jadi lagi semalam? Dalam pukul 7.40 camtu lepas magrib tu, aku keluar nak pegi beli nasik lemak dekat tepi ni haa. Naik beskal je lah, bukan jauh pun dari rumah aku. Tak sampai seminit. Time tu Karim tengah mandi. Bagus lah tu, aku memang elakkan bersemuka dengan dia. Kang kang kang dia pesan beli makanan bagai. Bebulu betul la orang camni, kalau beli rokok batang tu okay lagi la. Ini pernah dia pesan belikan nasik. Padahal aku nak pegi Photostat jer. Cilakak punya orang tua. Korang nak tahu umur dia berapa? Umur dia 45 something tahu. Anak dah 3. Dia baru jer datang Ipoh. Dalam 2-3 bulan jugak lah. Kena tuka kerja dekat sini. So sementara ni dia menumpang sewa sementara tu nak carik rumah. Dia dari Bangi. Dia tengah mandi time tu, cepat2 aku kayuh beskal.

Sampai gerai nasik lemak, aku beli nasik lemak plus telur mata. Pastu aku beli air A&W satu. Time aku otw depan pagar rumah tetibe aku tengok whole kawasan tu semua terpadam gelap. FARK! BLACKOUT!! Masuk2 rumah nampak karim tengah siap2 nak keluar pegi makan. HAHAHAHHA

Aku tunggu la jugak bila nak ada Karen ni haaa. Perut dah lapaq dah ni. Takkan la nak makan gelap2. Lilin pulak haram takda. So aku duduk depan pintu tengok langit. Kerja bodoh la kalau aku cuba kira bintang bodoh. So aku renung lah langit mana tahu ada taik bintang melintas ke, bole la aku wish something. HAHAHA tapi takda pulak dia melintas. Anjing melintas ada lah. Dia berak dekat rumput dekat public phone tepi rumah hujung tu. Bengong berak dekat situ. Pegi la jamban. Sengal punya anjing. HAHAHA

Tunggu punya tunggu dah 8.30. bila la nak ada Karen ni. Sebabkan taktahan perut ni, terus aku pulun nasik tu dalam gelap2 depan pintu tu. Aku pulun jer apa yang ada dalam polistrin tu. Agak2 ada taik cicak masuk ker, lipas jatuh ke, kira halal dan baiknya la masuk dalam perut aku. HAHAHA

Lepas makan tu rasa macam mengantuk pulak kan kan. Aku cuba la turunkan tilam paling mahal dalam rumah tu dan terus baring. Sebenarnya boleh tidur tapi mcm ada nyamok2 tahu gigit kaki ni. So takda dapat la tidur. Semak! Agak2 mcm dah telelap camtu, tetiba jiran depan jerit.

HAAAA!!!! Dah ada api!!!
Cantik sikit ada API weh. Rumah terbakar hape kena lilin. Tahu la masing bakar lilin time gelap. Aku jer tak bakar sebab takda. Tengok jam dekat dinding dah pukul 9. Uiisshh lama jugak takda api. Tengok aku dah terikut TAKDA API ni..HAHAHA sejam jugak lah. Cepat2 aku naik atas, on pc. Dan2 jer bila aku nak login internet, dia kata dah tamat tempoh. CILAKAK!

Terus aku sambung buat artwork…

Tulisan dekat atas ni aku tulis pukul 1 pagi ni. Aku tulis siap2 dekat word. Pastu esok pegi kelas aku try post benda alah ni. Itu pun kalau boleh masuk blog. FB pun tak boleh dekat Lab poli tu. Benda yang bole adalah Email dan Malaysiakini. HIHIHI

Tapi kena ingat, kalau kita masuk email yahoo nanti kita bole on9 YM sekali dalam email tu. HAAAA!!! Aku selalu chat dengan Nelly. Tak yah nak selalu sangat la, baru 2 kali. HAHAHA rindu pulak dekat si Nelly ni. 



No comments:

Post a Comment