Saturday, December 31, 2011

2011 sangat awesome!!

Tahun baru akan menyusul dalam masa 30 jam dari sekarang. 2011 dah hampir sampai ke penghujungnya. 2012 akan datang dengan pelbagai andaian dan ramalan. Dunia mengatakan bahawa ada kemungkinan 2012 adalah tahun "kiamat" HAHHAHAHA. itu adalah ramalam pihak barat untuk mempropagandakan dunia yang sememangnya dah hampir dipenghujungnya.

Bagi aku, apa yang penting kita kena teruskan hidup ni dengan lebih mendekatkan diri dekat tuhan. Harini aku nak tuliskan RINGKASAN tentang peristiwa penting dalam hidup aku ketika melalui tahun 2011

Peristiwa penting 2011

  • aku mulakan dengan pelajaran aku. start tahun 2011 aku dah mula fokus untuk belajar. yang paling penting aku dah mula terima hakikat yang aku belajar dalam bidang "PERAKAUNAN". selama ni tahap penerimaan aku untuk belajar kos perakaunan macam "atas angin" saja. :D kalau ikut kronologi keputusan setiap semester aku, aku bermula dengan buruk. mesti ada gagal. starting 2nd semester, aku dah mula meningkat dan terus meningkat dannnnn terus meningkat. CGPA aku dah mula mencapai 3 pointer. :D walaupun 3 tu orang kata biasa, bagi aku untuk diri aku, dah bangga habis. agak lah, ingat aku minat sangat accounting ni?? hahhaha aku akan terus akan berusaha nak naik kan pencapaian aku. ada rezeki bole sambung degree :)

  •  Tahun 2011 bagi aku tahun " tenang " bagi aku. Masalah mental aku dah mula stabil 80%. HAHAHAH aku dah start sosial dengan member2 aku terutama budak kajang. bermula penggal 2 tahun 2011 aku dah mula lepak dengan diorang. lepak lewat malam dekat mamak, main kad, main futsal dan jalan2 membelah malam hening tanpa arah tujuan. aceeeyyyy!! hahhahah orang cakap, kawan2 ni la tempat kita menghalimunan masalah kita. HEEEE

  • penggal ke 2 tahun 2011 aku dapat pengalaman baru iaitu aku dapat pengalaman bekerja. Disebabkan aku belajar dekat politeknik, aku kena berPRAKTIKAL atau latihan industri untuk semester 4. Aku kerja dia company cina HEW AND PARTNERS CHARTERED ACCOUNTANT. 80% aku rasa sangat awesome dapat kerja dekat situ. Bergaul dengan kaum lain dan lebih penting aku dapat kawan Pakistian, Waqas Latif. Walaupun aku jadi "pion" untuk 3 bulan pertama, atleast aku dapat macam2 pengalaman untuk sesuaikan keadaan dengan persekitaran. Jalan2 KL, pusing puchong, pegi Damansara dan banyak lagi tempat aku jelajah! hahhahaha

  • detik 9 july 2011. aku lakukan sesuatu yang agresif untuk diri aku dan negara tercinta ni. Aku hadir PERHIMPUNAN BERSIH 2 bersama teman dari Parit Buntar, Pali. HAAAA!!! ini aku buat bukan atas dasar suka2 or ikut trend tapi atas kesedaran aku. walaupun dapat banyak tentangan dari keluarga, rakan2 dan negara aku tetap dengan pendirian aku. aku anak muda sedar, bukan anak muda diam berpeluk akademik dan tubuh. Aku dapat pengalaman menakjubkan. Realiti politik negara malaysia. bagi yang tak datang tu jangan duduk sembang kencang dengan aku pasal realiti. AKU PERGI BERSIH. gas pemedih mata, kene keja polis, air water canon semua aku kena. itu pengalaman menarik wey, tak tipu. 

  • Aku pergi RANTAI 2011. Macam2 lah ada dekat sana. aku besosial tahap gaban punya. lepas balik Rantai, aku pegi konsert Search Fenomena 30 tahun bhaaii. walaupun aku tak berapa nak search, aku layan kan jer. aku dapat t-shirt bhaaiii. malam tu orang kata malam muda aku lah. balik rumah pukul 5 pagi hahahhahaha

  • Peristiwa ni agak besar jugak la dalam hidup aku. lepas aku praktikal, aku dapat tawaran "bulan jatuh ke riba". Company bagi bonus dekat aku. Company bawak aku pergi trip BANGKOK PATTAY bhaiiii. aku dengar pun dah seram, tapi realiti kot. dorang support semua kot.dalam rm 1500 kot. aku just bawak duit poket. duit alaun terakhir aku buat duit poket. 1st time aku naik KAPAL TERBANG kot. aku terbang wey. thanks AIR ASIA, everyone can fly rite. AHAHAHHAH pegi negara orang, tengok budaya orang. nak carik halal kemain susah. haiiihh hahahahah terbaik lah! thanks hew and partner!! kesian amy dengn iema. hahhahah

  • Ini besar jugak peristawa, sangat2 besar. Aku pakai BRACES!!! hahahhah banyak halangan dan rintangan bhhaaii. cabut 4 batang gigi, demam sana sini. lapar kot. nakmakan susah. jangan tanya kenapa aku makin kurus. orang cakap, beauty is pain. betul la tu. hahahah tapi takda nak beauty sangat la. tak da awek jugak. hhahahah ramai tanya kenapa aku pakai, walhal gigi aku takda la barai sangat. gigi bawah ni je haa barai sikit. hahahhaha dan ramai jugak yang cakap "weyy jambu doeee" hahhahah lahanat punyai! ahhahahah

  • Ini yang last. Paling bermakna buat aku. setelah 2 tahun tanpa perkhabaran dan berita diri masing2, akhirnya ditemukan kembali di laman muka buku. hhahahah kejap dia add, aku tak approve. kejap aku add, dia tak approve. banyak kali jugak lah. last2 ada jugak connection. syukur. Fieza now is my friend at facebook. hhahahah aku tak caye jugak. nak jugak dia kawan dengan aku. 2 tahun tak contact. dapat jugak sembang dengan dia. tipu la aku tak suka. atleast takda la nk musuh-musuh. dia sekarang dah islamic bhaaiaiiiii. hhahahahhah sekarang dia suka makan apple hijau. bajet diet. hahhaha syukur sangat. harap2 berterusan dengan hubungan persahabatan kita. Dulu kita sangat rapat, harap pengalaman buat kita lagi rapat. :D thanks taw! (salam)

for the last word, 2011 sangat awesome buat aku. syukur!

SELAMAT DATANG 2012!!

Friday, December 30, 2011

saja tanya, mana tahu kau ada perasan 29.12.2009 tu


semalam saja aku tanya kau, tapi nampaknya kau macam dah tak ingat. its okayyyy..
saja nak tanya, mana taw kau ingat. bole la sembang2 'deeper' sikit. :D

aku takda la mention tarikh ni, just nak buat kau 'fikir2' saje. bila kau dah bagi soalan balik dekat aku, errmm aku dah tak berani nak bagitaw. i'm fragile laahhhh.

Tidak mengapa, aku baik sahaja

Monday, December 26, 2011

Mastautin ke Ipoh kembali

wey esok aku dah kene balik Ipoh!!!
kelas maybe start selasa.
jujur aku cakap, aku takda buat preparation pasal nak pegi kelas bagai. excited tu ada lah, tapi mcm 50/50 pulak. HAHAHAHA

harap2 semua berjalan sangat lah lancar

Thursday, December 22, 2011

Kelas mula hari selasa

Aku rasa macam nak deman.
Maybe sebab semalam aku kene hujan time petik rambutan dekat kampung.
Now, aku dekat kajang. Kelas aku start hari selasa lepas krismas.
Semalam jumpa la kawan2 dekat poli.
Agak meliar mata nak cari kawan2.
Tapi lagi liar mata aku tengok budak2 perempuan. Yelah, semua jabatan ada.
HAHAHAHAH

Tuesday, December 20, 2011

Wey penat doe. Esok daftar pulak.

Semalam aku tidur lewat.
Aku buat report latihan industri.
Sampai pukul 6 pagi.
Lepas subuh aku tidur.
Aku bangun pukul 11 pagi.
Aku pergi office nak mintak chop dan sign.
Aku lupa report tu kene Jilid/binding hard cover.
Aku tanya semua kedai, semua kata 2-3 hari baru siap.
Aku jadi buntu. Aku jadi bangang kejap.
Aku search dekat internet.
Ada sorang mamat ni boleh buat siap 1 hari.
Aku kene hantar report tu esok pagi.
Mamat sekor ni katok aku RM 80.
Aku tak fikir panjang. Aku on jer.
Esok pagi aku kene daftar dekat ipoh.
Esok kene gerak awal dalam pukul 6.30 pagi.
Sekarang ni aku tengah kemas barang2 nak angkut bawak ipoh.
Aku jugak tengah tunggu mamat sekor ni siap kan binding aku.
Buat pengatahuan korang, mamat sekor ni duduk dekat Mahkota Cheras.
Korang tahu apa ada dekat Mahkota Cheras?
Dekat Mahkota cheras ada Masterskill.
Dulu kecik2 aku selalu pergi sana.

BAHHAHAHAHHAHAHAHK!!!

Monday, December 19, 2011

Ingat-ingat, mesti aku ingat pasal kau.




Bila tengok muka ni, mesti ingat dekat kau. Bukan seiras, tapi hampir serupa.
Orang kata "shape" muka tu ada la sikit. LOL
Pakai tudung pun lebih kurang.
Kau rasa muka dekat atas ni ada macam muka kau tak?
Mesti kau rasa kembang semacam kan??? HAHAHHAK
Takpa, yang cakap aku bukan kau. So its mean, aku katakan kau cantik macam si Wardina ni.
Wardina sekarang ni agak Islamic dan Agresif sikit. Itu aku sangat suka dan adore. Dia dikaitkan dengan haluan "kiri". ERMMM
Bagi aku, kau pun macam Wardina ni. Islamic Lately. Its awesome you know.



Aku ingat one thing pasal kau. Kau selalu usha aku sambil buat mata camni kan?
Mungkin kau tak perasan sebab aku yang nampak bukan kau. Aku cakap ini "mata hantu".
Kenapa kau buat mata camni bila usha aku. Sebab bila aku bahan-bahan kau, kau konon buat muka moody la sambil buat mata hantu. HAHAHAHHA
Bila kau bengang, mesti kau akan buat mata camni. Series, dulu aku rapat dengan kau. Sangat rapat. Sampai aku tolak semua benda pasal kau. HAHAHHAH

Saje aku cerita pasal benda ni, sebab aku rasa sangat sweet dan meaningful.

Kalau aku ada sebelah kau sekarang ni, aku nak bagitaw kau
 
THANKS FOR EVERYTHING

Si Peluah Perasaan,
Syamsul Anwar

Mostly


Bagitahu aku bagaimana aku nak elakkan?

Sunday, December 18, 2011

3 hari aku buat rumah parent aku macam hotel

Lama tak tulis catatan harian aku dekat sini.
Alasan biasa, aku sibuk dengan aktiviti buang masa.

dah 3 hari aku tak duduk rumah.
Khamis malam haritu tidur rumah Has dekat sentul.
rumah dia memang terbaik sial!!!
kau nak apa???
PS3?? ada 1
IPAD?? ada 2 bijik
Iphone? ada sebijik
Laptop? ada 4-5 bijik
Internet? Unifi bhaiii
Aircond? ada 2 bijik

perrrrrgghhhh
dahh la rumah decoration dia terbaik doe.
memang mcm raje kitorang malam tu. 

jumaat petang dah balik rumah.
tidur.............sampai esok pagi.....

sabtu tengah hari pegi RANTAI pulak dekat Bangsar. makaiihhh
sebagai wakil orang kajang aku gerak dengan min. hahhaha
agak segan sebab aku tak biasa bersosial dengan orang TRENDY dan URBAN ni. HAHAKAKKAKA

lepak sampai pukul 7. usha2 live band. perrgghh

dalam train aku dapat msg dari jagung. dia kata dia ada tiket KONSERT FENOMENA SEARCH 30 TAHUN. aperrhhhhhhh

balik singah serdang pergi mines. usha konsert search pulak.
memang terbaik lah wehhhh. orang muda kurang, byk yg dah berusia. rasanya2 ada la dalam 20-30 ribu orang. memang terbaik weh. dan aku rasa terBALIK pulak sebab aku tak berapa tahu sangat pasal search ni. yela, aku dibesarkan bukan dengan lagu2 ni. mak apak aku bagi aku lagu the beatles, bob marley, jet. hahhahahah

habis konsert pukul 12. lepak dekat semenyih smpai pukul 5 pagi. pastu balik nk tidur tak boleh. tidur2 ayam kampung. hahhah pastu mak kejut pukul 11 kata soh pegi kenduri dekat klang.. haduuuii aaaiii.

sekarang dah balik kenduri. aku tak siap lagi report aku ni. bapak malas nak buat. sial laaaa!!!

Tuesday, December 6, 2011

leaked


perasan tak?
elok lah kalau tak perasan.
self confident sekarang ni dah kurang sikit.
malu ada, tak malu pun ada. :)

ramai cakap JAMBUUUUUUU 

HAHAHHAHAH PALE BUTOHH!!!

Monday, December 5, 2011

Pasport

Hari aku bangun pagi pukukl 10. pagi ker? pagi la jugak walaupun aku dah tak pegi kerja sekarang ni.
Latihan Industri dah habis. so aku ada cuti 2 week.

Hari aku pegi pejabat imigresen. nak buat pasport sebab khamis ni aku nk pegi bangkok dengan company. untungkan. hahhahah

mula2 pegi imigresen putrajaya. dekat bangunan yang besar2 alam tu. stendet lah. masuk nmpk ada program pemutihan tu. mak indon ramai. aku buat relek jer, walaupun muke aku ada sipit2 mcm mak indon. hahhaha
sampai2 pejabat dia dekat atas

pegawai tu bole cakap yang dekat situ tak boleh nk buat passport dah. diorang dah pindah dekat presint 15.
daffuuuugggg. xkan la tak bole. pejabat besar2 tu xkn la tada sial. babi btol la. buat apa buat besar2 babi. kata HQ. mmg babi la.

Pastu aku pegi lah presint 15. pegi2 bapak ah ramai. mcm shit btol. siries shit ramai. no wonder la cuti sekolah. daaayyuuumm

pastu aku pegi dekat jalan reko kajang. ermmmmmmm sama jugak..ramai jugak. daaayyuuummmmm..
nak buat cmne lagi. kene buat jugak harini. so aku tggu dengan penuh sabar dan cekal.
selamat aku ada sediakan novel 1. aku dah prepare awal2 lagi. so xde la bosan sangat. aku baca sementera nk tggu no giliran bagai.

aku sampai jalan reko dalam pukul 11.30 dan aku dapat passport pukul 5.30 PETANG!!

style tak. mcm haram jadah rasanya. damn!!

dah la aku tak sarapan makan tengahari. babi btol. nk menunggu punye pasal. lastt2 dapat jugak.
harap2 bebaloi.

Now i got my passport!!!

Sunday, December 4, 2011

Buatlah macam rumah sendiri


 
Now you got a shelter. Please have fun with your family and "buatlah macam rumah sendiri"

Saturday, December 3, 2011

Temporary Rested

YEY!
Its Freedom!!

Praktikal Sudah habis, so sekarang ni focus nak edit report kasi cantik2 dan cuba faham dengan lebih mendalam tentang praktikal yang aku buat selama 5 bulan lebih.
harap2, time interview nanti baik baik belaka. dalam 3.5 lebih. itu aku target.

Friday, December 2, 2011

Rancang itu bagus, tapi jangan mengharap rancangan itu


Tidak salah merancang tentang apa di hadapan sana.
Setidaknya ada rancangan untuk terus berada disini.
Akan tetapi, di hadapan sana belum tentu kesampaian dan hadir.
Jadi, lebih baik merancang tentang apa yang sedang berlaku daripada yang belum berlaku.
Jangan terlalu berpegang dan tunduk akan rancangan masa hadapan.
Apa yang penting, disini dan sekarang ini.
Tidak semua yang dirancangkan akan terhajat.
Hidup dengan kitaran arus semula jadi dan usaha mencapainya.
Biarkan hidup ini berjalan atas rancangan yang diatas sana.
Berpandukanlah pesanan dan kata-katanya.
Seiring doa dan usaha, manfaatkanlah diri ini.
Kelak, akan sampai waktu untuk mengadap perancang utama.

SYAMSUL ANWAR 2.20 PAGI 2.12.2011

Thursday, December 1, 2011

Walaupun aku tiada kekasih, masih ada lagi orang hargai benda yang aku dah buat


NAMPAK APA BENDA ATAS NI???
Dengan ini aku mengumumkan esok bersamaan dengan 2 haribulan December 2011 bersamaan hari Jumaat,
TAMMAT lah sesi latihan industri untuk budak politeknik dan seangkatan dengan nya.

YEAY!!!!
lama dah aku tunggu tarikh ni. walaupun rasa sekejap sekarang ni tapi bila fikir masa masuk dulu rasa mcm lama lagi pulak nak habis. HAHAHAHAH

Syukur, hari ini 1 haribulan december. datang office seperti biasa. tiada apa kerja berat yang boleh aku buat dan diorang boleh bagi dekat aku. masing2 faham masing2. target aku buat report yang tak siap lagi walaupun bos dah bagi awal bulan 8 haritu. report yang bermuka surat 115, dengan berbahasa english serta padat dengan maklumat. pelik jugak kadang2, aku ni takda la hebat mana bahasa omputihnya, tapi still gatal2 nak gunakan bahasa tu. mungkin sebab aku dah kenal dengan 'TERM' english yang kalau di translate ke bahasa melayu tentu2 lain bunyi nya. HAHA

report tu aku tak risau sangat, tapi pasal BUKU LAPORAN HARIAN. apa bendenye nk aku tulis dalam buku tu?? cube habaq kt aku.
ni jujur aku cakap, 40% dalam praktikal aku, aku jadi MESSENGER BOY. haahha

susah camni tat, apa aku nk tulis dalam buku log tu. takkan aku nk tulis aku pegi merempit siak. hahahhaha
panjang ceritanye camni. aku kene mereke cerita paling best dalam abad ini untuk tulis dalam buku tu. hahahha
orang kata, CERITA KENCANG PADAHAL...hahahah

tadi siang bos ajak keluar pegi jalan duta, LHDN. pegi2 aku kene tunggu dalam kereta. bila semua dah selesai, bos sampai. dalam kereta dia tanya aku

"ANWAR, KAMU ADA PASSPORT TAK???""

aku jawap lah,

"MANA ADA, SAYA NAK PEGI MANE JERRRRR.."

dia gelak2 pulak kan. aku pun petak. dan2 jer dia tanya..

pastu dia cakap

" KAMU NAK PEGI BANGKOK TAK????"

maaakkk aaaiiihhhh. apa jenis soalan dia tanye ni. tak masuk akal la shial. tibe2 jer tanya..hahhahahah
aku buat la buka bangang aku walaupun aku sememangnya dah bangang. hhahahahha

then dia cakap

"KAMU BUAT PASSPORT, NANTI COMPANY SUPPORT SEMUA BELANJA PEGI SANA. KAMU BAWAK DUIT POKET JER. BUDGET RM500 JERR. INI COMPANY TRIP...."

MAAKKK AAIIIHH.. aku jadi bengong kejap tadi.

GILA BESSTT!!!!!! aku naik kapal terbang pon tak penah, apetah lagi pegi negara orang. HAHAHAHAHAH

kiranya aku ni untung lah. itu kira bonus aku la. sebab dah akhir tahun kan. padahal aku praktikal student jer. bukan parmenent staff. hahaha untung aku weh.

ini kalau amy n iema tahu. mesti dia nangis guling2 pastu terjun dari rooftop uitm. hahahahah
balik office terus aku call mak, pastu mak kata

"PEGI LAHHH..KAU ADA DUIT KAN...."

HAHAHHAHA

so moral of the story, aku kene siap kan report dan buku log malam ni, ataw esok sebab ESOK AKU LAST DATANG KERJA!!!!!!!!! AHHAHAHAH

untung aku weh. macam2 dah fikir ni. ini bos banyak bagus lah. pandai jaga pekerja. baru orang suka kerja camni. dihargai walaupun rasa kekurangan.

Tuesday, November 29, 2011

Dulu-dulu sudah habis, tapi dahulunya membawa makna

Bila bercakap pasal harapan, teringat aku pasal diri aku yang penuh dengan harapan dalam duniawi ini. Biar pun diri ini rasa kecil dan biasa sahaja, harapan pasal masa depan tetap besar dan menggunung. Semuanya kalau boleh nak juga tercapai. Bukan cita-cita jadi sandaran, tapi harapan itu jadi sandaran buat aku. Ungkapan "kalau boleh, nanti Nua nak....." selalu bermain dalam fikiran dan kadang-kadang keluar dari mulut sendiri. Dahulu masa dibangku persekolahan, cikgu selalu akan tanya cita-cita hendak jadi apa bila sudah besar nanti. Soalan ini selalunya akan ditanya pada awal tahun persekolahan atau masa tahun baru disebab "azam tahun baru".Bila besar nanti, nak jadi Doktor lah, Polis lah, Engineer lah dan macam-macam lagi. Tapi sekarang, semua jawapan-jawapan itu hanya jadi kenangan zaman sekolah. Doktor,Polis,Engineer,Askar itu hanya jawapan "common" bila ditanya. Setiap tahun pusing-pusing ayat itu sahaja. Bila fikir-fikir balik rasa lawak jugak.Tiada seorang pun nak jadi Akauntan, Graphic Designer mahupun Pegawai Perubatan.

Kalau tanya aku masa sekolah rendah dulu, mesti aku akan jawab hendak jadi pemain bola sepak. Almaklum lah, aku sangat gila akan bola zaman kecik-kecik dulu. Main bola petang-petang dengan abang kesayangan serta kawan-kawan abang yang 2-3 tahun lebih tua dari aku. Menjadi kebiasaan bila tengah main, bila aku mula dikasari dengan kawan-kawan, mesti air mata aku akan perlahan-lahan aku keluar tetapi tetap juga hendak main sampai tidak tahan dan terus balik rumah sambil tangan digenggam dan bibir diketipkan. Esoknya tetap akan main.

Darjah 5 adalah zaman kegelapan dan segala kejatuhan maruah diri aku jatuh jauh kedalam lubuk penghinaan. Ianya disebab bola sepak juga. Disebabkan terlampau asyik bermain bola, aku lupa akan tanggungjawab aku sebagai seorang anak dan seorang pelajar. Bayangkan jika seawal darjah 5 aku dah mula mewakili sekolah dalam acara bola sepak. Bersaing dengan pelajar darjah 6. Bayangkan. Asyik bermain, bermain, berlari, menyepak dan menanduk lupa pula untuk pergi ke sekolah agama. 2-3 hari ponteng sekolah boleh tahan lagi, bila 2-3 minggu ponteng mula rasa seronok dan bila 2-3 bulan ponteng rasa sial rasanya. Lepak mall sambil memegang duit yang dicuri. Berfoya-foya. Tipu sana sini. Akhirnya aku tewas dipihak yang benar.

Pernah rasa dikurung?
Pernah rasa ditindas oleh keluarga seperti aku bukan anak mereka?
Pernah rasa dicaci dengan guru-guru?
Pernah rasa tekanan separa mati di usia muda?
Pernah korang rasa?

Demi ALLAH aku malu bila hendak memikir tentang kisah silam yang aku rasa macam seekor syaitan yang bermukakan manusia.

Betul apa orang bijak-bijak berkata,

jangan terlalu taksub dengan sesuatu
jangan terlalu ambil ringan tentang sesuatu
jangan terlalu kejar dunia ini
jangan lupa asal usul kita
jangan lupa siapa pencipta kita

Monday, November 28, 2011

orang berumur itu pengalamannya lebih banyak daripada yang muda


baru balik dari Ipoh tadi.
kawan paling tua pernah aku ada sudah pun kahwin hujung minggu lepas. MAT@Fitri Aziz
Umur dia dah 29, agak tua lah.
semenjak aku kenal dengan dia dekat ipoh tu, aku banyak belajar tentang sifat MATANG based on perwatakan Mat ni.
Macam mana hidup dia agak susah. Asal felda sajer. Sifat SABAR dia buat aku rasa tenang bila aku ada masalah hidup.
dengan pengalaman hidup dia agak menangis dibuatnya.
Tahniah buat mat sebab dah pun kahwin dengan pasangan tercinta, Aminah.

2-3 menjak ni aku tak update blog ni sebab agak sibuk dengan hidup ni. itu ini nak kena uruskan.
so agak rasa kekurangan bila tak update blog ni.
Walaupun aku rasa takda siapa blog aku ni, tp aku suka nk cerita melalui medium ni. even takda siapa nk bace, aku still aku "catatkan" cerita aku yang aku rasa penting dan berharga.
bagi aku bila kau tulis cerita dalam blog ni, aku rasa oneday bila semuanya dah jauh kehadapan, aku akan bace balik cerita2 aku daripada post yang pertama.
bagi aku, blog ni adalah TIMELINE hidup aku. mcm mana mood aku dalam sesuatu masa.

esok minggu terakhir aku kerja@Latihan industri. so esok aku akan bagi ALLOUT dekat company tu.
minggu ni aku akan gosok baju dan seluar aku. sebab selama aku kerja ni, boleh kira dengan sebelah tangan jer berapa kali aku gosok baju aku. itu baju jer, seluar memang tak pernah aku gosok. HAHHAHAHAH

okay aku nak rest lah. penat aku pegi ipoh sana. gembira dapat jumpe mmber2. tak sabar nk balik ipoh balik.
mesti BEST!!!!!!!!!!!