Sunday, December 30, 2012

testing testing testing

Setelah hampir beberapa bulan diculik piring terbang ke dalam lubang hitam, akhirnya aku lolos juga berpijak diatas tanah gersang ini.

Harini 30 haribulan 12 tahun 2012.
Menurut kalendar Kaum Mayan yang konon kata nak kiamat tahun 2012 ni, nampaknya macam sekadar troll semata-mata.
Dan menurut kalendar kaum peribumi daerah sri lankasuka, terdapat juga ramalan menyatakan bahawa

"SYAMSUL ANWAR AKAN GAGAL SEBANYAK 3 KERTAS PEPERIKSAANNYA DI SEMESTER TERAKHIRNYA..."

Dan dalam banyak2 ramalan kaum seantero bumi ni, ramalan ni paling power dan tepat.

Sekarang ni aku tengah mengextend kan diri aku di politeknik. sepatutnya boleh graduate awal, nampak gaya nya lewat la aku grad...

(penulis tidak ingin menceritakan cerita yang lebih mendalam dan detail tentang kejadian ramalan ini. penulis takut akan bertindak agresif dan condusif akibat gagal mengawal emosi akibat teringat akan peristiwa ini. pembaca disarankan agar jangan nak poyo2 merendahkan personaliti penulis takut2 sepakan sulung melekat dibibir si polan polan)

Setakat ini tulisan saya.

(Penulis merasakan mood untuk menulis cerita-cerita telah datang kembali)

P/S: alahhh, lu tengok la harini tarikh berapa? 30.12.2012.

30.12.2012
4 tahun lepas ?
hang taw?

1st time dalam hidup declare relationship !
BAHAHAHAHAHAHAAK!

yang mencintaimu 4 tahun lepas,
Syamsul Anwar


Saturday, October 27, 2012

Ini surah-surah songsang dari aku (Bahagian 1)

Selamat dan terus selamat untuk sekalian manusia di luar sana. Termasuklah kucing-kucing aku yang setia dan sedia untuk dikaki ditepi dan dibawah ini.
Dengan nada yang tegas lagi radikal, aku mulakan tulisan hasutan untuk penggal terakhir tahun 2012 dengan meseg ABU (Asalkan Bukan Umno).
Sebab apa asalkan bukan Umno? bagi aku, errrrrrrrr.... 

malas aku nak huraikan lah. korang sendiri boleh fikir. dari contoh yang mudah sampailah ke contoh yang kompliketek(complicated). kalau korang nak aku terangkan, boleh. Datang lah ke markas aku dekat ipoh. insyallah aku boleh terangkan. HAHA

eceli, bagi aku, kalau nak bandingkan umno dengan pr, dah tentu2 aku akan pilih pr. Tapi, kalau "atas pagar" dengan Umno, aku akan pilih lagi budak2 umno ni. Aku tak gemar dengan bebudak "atas pagar" ni. "Atas Pagar" ni ada banyak jenis jugak. Antara yang dikenal pasti adalah semacam jenis:

  1. Jenis yang ambil tahu pasal current issue dan follow. Most of yang penah aku jumpe, mereka selalu ingat diorang ni la paling bijak. Kedua-dua belah pihak tak betul. Selalu cakap POLITIK NI SEMUA SAMA. DUA-DUA ADA AGENDA MASING-MASING. Dan yang paling menyedihkan diorang akan cakap dekat budak2 macam aku ni DIPERKUDAKAN OLEH POLITIK. HAHAHA aku tak kesah pun sebab depa ingat depa la bijak dan suci. Itu pasal duduk atas pagar.
  2. Jenis langsung tak ambil tahu. Memang langsung taktahu apa2. Berdasarkan percakapan, kita dah tahu budak ni memang lack of current issue. Bila besembang, dia pun buat kepala taw. nak jugak becakap. apa yang dia dengar itu yang dia pegang. Jenis macam ni selalu keluar statement2 cliche(malas pakai otak). 



Banyak member2 aku jenis atas pagar ni. Aku dah masak dah. masak air masak meggi. kadang2 aku rasa dianjing-anjingkan bila diorang keluar statement pasal aku. Hang ingat hang atas pagar hang bagus. HAHA
antara sebab aku benci budak atas pagar
  • dia ingat dia bagus lagi terpelihara sebab tak follow side mana satu. dia la paling bijak ambil keputusan. tak follow siapa2.
  • kalau dua2 pihak tak betul, kau buat la parti kau yang betul sangat tu. kalau betul kau ada tanggungjawab untuk negara, buat la.
  • tak berani ambil risiko. main selamat. macam situasi ni "aku sokong mana yang menang..."


Daripada tak sokong mana2, baik kau sokong umno. HAHAHA
atleast nampak kau punya keambiltahuan, keambilberatan. takdalah orang kata macam memeluk tubuh sendiri, mulut berbicara macam2. 

Banyak lagi aku nak cerita pasal point of view aku ni. tapi buat masa sekarang ni aku nak stop dulu. so boleh la aku letak (BAHAGIAN 1) dekat tajuk aku tu. HAHHAHA





Mari ABUkan Sg Ramal ini!

Friday, October 26, 2012

ooo aku ada blog ngupenye..HAHA

Hai semua!!

BEKELADAK DAH BLOG NI SIAL!

btw, selamat hari raya haji!

aku rasa dah bape bulan tak login blog ni. siries rasa pelik siot tahap cipan punya.
aku rasa aku nak kembali menulis diary blog aku semula.

esok aku sambung cerita. susah nak dapat balik mood menulis bhaii... cerita banyak, macam2. tapi aku simpan dulu lah. (padahal rasa malas lagi nak menulis ni.)


Sunday, July 1, 2012

QWERTY


Tahu tak aku baru nak merasa cuti

Semalam pegi BBQ dekat rumah henry. Jumpe la jugak budak2 kelas. tapi biasa2 jer, tak havoc sangat. btw bosan la. orang tak ramai so aku plan dengan farid dengan kuda pegi shah alam jumpe pilod.
GAGAGA

macam bangang rasanya weh. takdo halo tojuan haaa..

pukul 3 baru sampai puncak perdana!
pilod sampai dah tdo laaaa

pukul 5.30 sampai rumah. pastu pagi ni bapak dah maki2 aku. HAHHAH

___________________________


esok dah balik ipoh sebab selasa ni aku ada speaking test untuk  muet. perrggg
siries wa cakap lu, wa tak prepare apa-apa. memang spontan jer nnt cakap. memang aku cakap english "beckham" la cite dia.
 adakah lepas Muet nnt aku kene balik semula ke kajang? sebab ada 5 hari cuti sebelum daftar 11 hb ni.
aku bukan nak cakap apa lah. semalam mak apak aku soh teman abang aku balik ipoh naik kereta. sebab abg aku 1st time drive sorang balik ipoh. aku bukan apalah,

TAHU TAK AKU BARU NAK MERASA CUTI.

patut cuti 2 bulan, aku ada kelas time tu.
orang lain lepak rumah, aku jadi batu pegi kelas hari2.
fikir lah, aku nak jugak merasa duduk rumah and lepak2 dengan orang kajang.
aku bukan apa, korang ingat aku ni dekat ipoh kaki lepak hape?

sorry lah, aku dekat ipoh 3 kali ganda baik dari dekat kajang ni.
mana aku ada sosial. kau ingat aku suka sangat hidup sorang2 ni?
orang bodoh jer hidup sorang2 ni.
(marah ni)

Saturday, June 30, 2012

Perempuan saiko

Semalam aku blind date sorang budak perempuan yang aku baru kenal dari internet. Baru bape hari jer tak sampai seminggu pun.
Mula2 aku just ajak2 ayam dia ni, ajak keluar tengok bola. then dia kata okay jer. last2 semalam aku ajak dia keluar pegi tengok wayang. Rumah dia dekat Tasik Permaisuri tu. Dengan berbekalkan skuter barai tu aku pegi jemput dia ni. Atleast budak ni steady jer deal nak keluar dengan aku naik moto. kira sempoi jugak la. aku taw most of girl prefer nak keluar dengan lelaki yang naik kereta "bapak" dia. Aku tahu, tak payah korang nak pusing2 cerita. Orang macam aku naik moto kapcai ni siapa lah pandang. Nak dibandingkan laki2 yang ada moto2 power dah tu kereta. sorrry lah, aku benci perempuan camni. Korang boleh pegi jahanam!

Sambung cerita lah, lepas aku first meet dia dekat bawah condo rumah dia tu, aku macam tengok muka dia ni mcm dah matured. padahal baru 19 tahun. naik moto dengan aku, jalan2. then dia ni perempuan paling senyap penah aku jumpe. saiko habis. kitorang pegi viva. aku first time pegi mall tu. okay la. tapi mcam tak lama jer. orang takramai. tengok cite mael lambong. aku layan kan jer. okay jugak lawak dia. HAHA

ingat lepas tu nak ajak lepak minum sembang lagi sebab aku tak puas hati lagi sembang dgn dia ni. dia ni saiko tahu. HAHA last2 tak boleh lepak, akak dia bising. so aku tak kesahlah. lain kali boleh. btw, dia ni aku boleh kata kan seorang perempuan yang tak move on lagi dari masalah lampau. saiko banyak.
then lepas aku hantar dia balik, terfikir pulak si ecah.

call ecah, ajak lepak. then ecah kata jom la lepak. kau datang rumah amy terus. Amy momok adalah praktikal student sama dengan aku time kerja dekat hew and partners tahun lepas.
sampai rumah ecah tengok amy dengan pudin (bf amy) dah ada depan rumah tu. sembang2 sikit dengan dorang. amy dengan kasut barunya. btw, 1st time jumpe pudin. sebab dulu selalu jer amy cerita pasal dia. dapat jugak jumpe. then ecah pulak keluar huuuurrrmm makin lawa aku tengok kau ni ecah. rambut kau laaa. HAHAHA

pegi lepak dekat downtown. 1st time jugak la lepak minum dekat sana. dah macam mat rempit dah weyyy. HAHAHAHHA sedap2 lepak, sekali wan message aku

"sedap lepak downtown nua...."

the fuck!

HAHAHH

usha2, tengok nampak wan, alan dan wan cek amat tengah lepak table lain. dah tu sembang ayang2 lah bagai. konon aku lepak dengan cikaro la bagai. bodoh alan sekor ni. HAHAHHA

balik rumah pukul 3 sebab takda bola kan.
pastu tidooooooo

moral of the story, tak semua perempuan sama. masing2 ada perangai masing2. HAHAHAHHA


Friday, June 29, 2012

huh

I love strangers.
I love blind dates.
I love unknowns.

Thursday, June 28, 2012

Siapa sangka Spain menang penalti.

Apa macam game Spain Portugal semalam?
Tahniah untuk Spain sebab menang.Menang penalti.
Seperti yang aku jangka kan spain akan menang tapi takda la sampai menang penalti. Gila apa, Portugal jer kot. Player takda star kot. Underdog habis.
Nak dibandingkan spain yang hampir 99% superstar. HAHAHA

Apa yang mengejutkan aku, adalah Portugal. Diorang main sangat lah awesome. Nampak usaha sungguh2 diorang nak main semalam. defender nampak garang. attacking nampak semangat tahap dewa. Aku tak pernah tengok spain main macam ayam togel. permainan ala2 barcelona langsung tak menjadi. perancang tak hidup. kucar kacir. jarang2 benda ni belaku.

Memang spain tak boleh main. Portugal pegang game semalam.

Semalam aku tengok dekat bangi 15 dengan maman dan hazwan. ni lagi satu gile. pukul 12 dah ajak gerak.
HAHAHAHA
ingat nak tengok dekat mamak sg chua jer, tapi bila masing2 kata

"wey, baru pukul 12.30 ni bhaaiii.. nak buat apa lama2.."
HAHAHA

so hazzwan kata jom la jalan2. then jalan2 terus ke 15. HAHHAA
lepak sana. time tu tak ramai lagi orang.

dah nak pukul 1.30 baru nak full mamak tu. memang penyookong spain besepah lah. ramai betul.
aku watlek jer ah. terfikir jugak aku, bila masanya ramai penyokong spain ni? kalau belanda or germany tu okay lagi. england ker, HAHAA tapi ramai pulak pakai jersey spain ni. mata aku dah sakit dah ni. HAHAH

asal budak pakai baju spain, aku buat2 cakap kuat sikit

"spain kalah malam niiii..."
AHAHAHHA

bakar line sikit.

wa bukan nak cakap apa lah, dari start smpai la 1st half extra time, penyokong spain sonyap jerr jangggg...
HAHAHHAHAHAHAHAHAH

tersedih jugak lah sebab team aku dah out. kalau ikutkan usaha, portugal deserve to win lah. diorang main sungguh2 sebab diorang underdog. nak harapkan ronaldo dengan nani, memang susah lah. tapi semalam semangat dorang lain main skit.

kan aku dah cakap, dalam cup2 camni, apa2 boleh jadi. prediction atas kertas hanya atas kertas bukan atas padang. fikirkan balik, macam mana greece boleh menang time 2004?
HAHAHHAHAH

so balik2 dari bangi dah azan subuh. perrhhhhhh
aku bawak moto dah macam rossi layan lap tahu. HAHAAH
sampai2 rumah, amek air semayang terus semayang. pastu mak datang bilik.

" baru balik nuaaa.."

"haaa..game tadi takda goal. extra time bagai. sampai penalti...."

terus tidur sampai pukul 2 petang!

HAHAHAHAH
buruk pangai ni haaaa..damn!

Wednesday, June 27, 2012

Cerita Euro 2012 baru nak start

Pelik aku, walaupun sekarang ni musim Euro, aku langsung takda cerita pasal dia. HAHA
Btw, aku masih bersama pasukan negara Portugal since 2004 lagi. Dulu maybe sebab CR7, tapi sekarang ni aku dah tak addict dah dekat dia. Entah lah, aku memang suka player portugal. depa2 ni macam ada satu hensem yang membuat aku rasa minat sangat dekat depa2 ni. Jujur aku cakap, portugal hanyalah pasukan underdog. Tak gempak mana pun. Nak kata main cantik, memang tak la. Portugal ni main tibai jer. Aku rasa kadang2, Rusia tu main lagi best. Tapi dah minat nak buat cemane kan.

Skuad Portugal yang aku rasa langsung tak garang lagi underdog
Ini player aku paling minat, Miguel Veloso. Handsome giler kacak. Actually aku nak buat rambut macam dia. tapi bila tengok, aku lagi handsome. KAHKAH
Ini Meireles. Ke-2 handsome!
Ini lah handsome dia. aku minat tatoo camni. :)

Aku sokong Portugal since 2004 okay. Bukan sebab dia dah masuk suku akhir baru sokong. Bila kita jadi underdog, kelebihan memihak lebih kepada team tu.

Btw, kalau korang sokong Spain nak buat apa. dah tentu2 kuat. Main acah2 barcelona. Player semua hebat2. no wonder la depa boleh menang euro ni. tapi tu lah, belum tentu menang sebab this is Euro la. tournament2 camni selalunya epik. fikir2 balik, camne la Greece boleh menang tahun 2004. camne tuuu??
HAHAHHAHAH

Malam ni Portugal lawan Spain. Siapa menang masuk final. Kalau tengok dekat mamak mesti fun habis. tapi aku rasa atas kertas, komfem2 la spain menang. tapi aku still bersama sekuad portugal.
Kalau aku tanya mufti, apa fatwa sokong team negara kaw2 kristiannya dalam euro 2012?
HAHAHHAHA

Sekitar 2-3 hari ni

 
 Semalam petang, bapak balik kerja terus masuk bilik aku bagi magazine ni.
"bapak carik satu KL ni..beatles punya nii.."
mak aiiihhh! ini rare kot. keluaran baru. banyak info2 tentang band ni dalam mag ni.
better korang dapatkan lah. ini rare kot.
 Petang ni layan The Great White Ocean by Tres Empre. Nice la. Video dia pun bole laaa..

 Ni namanya Labu. Time ni tengah hujan lebat dekat luar. aku keluar dari bilik nak kencing, sekali aku tengok dekat kusi tu dia tengah landing baiikk lahh. siap silang2 tangan ke kaki baii.
 Haaa tuu dia.Mata terbukak. Haaa!! Family aku cakap, aku ni tido camni lah. Mata terbukak. Mostly akan senyum time tidoo..HAHAHA aku tido sambil berjaga-jaga taw. HAHAHA

 Gaya kau tido ni tah macam apa tahu. Mimpi pegi swiming hape.
 Tetiba berubah posisi. Maybe dalam scene mimpi dia tu berubah kot.
 Lain macam aku tengok
Tetiba tejaga kejap!! bukak mata! tapi kejap jer. pastu dia sambung terus tidoq dia.
Plan aku mula2 nak tdo jugak petang tadi sebab hujan lebat kot. leka duduk depan pc last2 tak jadi tdo. Bengong!

Btw, perlukah aku membuat comeback??
lama aku  in silent mood ni. benak dah ni. HAHAHHA

andaulak

siapa sangka mamat metal ada buat blog? 
HAHAHAHAHAK!


bila dah sembang malam2, kene teo suam. takkan nak sembang pasal orang jer. pasal Hati orang mesti cerita punya MAAAAA!! 
HAHAHAHAHHAK!

dah nak 3 minggu aku takda dalam sosial network. entahlah sampai bila. ker memang nak suruh deactivate account semua tu??

duduk dekat kajang ni sangat best. bangun lewat. makanan mesti ada dalam tudung saji tu. dalam peti ais macam2 ada. tapi ikut musim jugak. kadang2 dalam fridge tu memang takda benda menarik. kadang2 ado jer pelik2 dalam tu. Soya lah, yogurt lah, nugget lah. kat ipoh dah tak merasa camtu weh. sial punya kecik pegi amek balik fridge tu. tahu tak bullshit! memang la depan2 aku baik dengan kau cik, belakang2 kau aku maki kau tahu.HAHA sudah la meja mekap lu sapu sekali. cermin besar dah takda. 2-3 minggu jugak la aku hidup tak cermin kan diri ni. itu pasal muka macam isap gam jer. HAHAHA
bila nak bayar yuran? malas la nak pegi kajang, bank islam pulak tu.
aku rasa ada benda yang perlu aku buat dekat kajang ni, tapi tak tahu pulak apakejadahnya benda tu...

2-3hari lepas, time ada dekat ipoh, aku ada nampak 1 bundle baru bukak dekat taman cempaka tu. depan umah jer. tapi macam meriah semacam jer.segan nak pegi, kang orang tu kata mesti Poser lahhh. HAHAHHAH


Monday, June 25, 2012

UBS done!

Okay. Exam dah tammat. aku tak taw la nak cakap camne. selalu buat latihan jawapan ada bole buat rujukan mana satu silap, mana satu betul. tapi takda pun semua2 tu. betul salah aku pun taktaw.s

So sekarang ni aku dah boleh balik kajang semula. tak sampai 24 jam kot. HAHAHAH rasa kejam pulak. duit banyak pakai bhaii. haaaiihhhh
sekarang ni takda siapa nak hantar aku ke station bus ni. :(

Sunday, June 24, 2012

UBS ACCOUNTING wak-ang

Esok Exam UBS ACCOUNTING
Pukul 9 pagi
Tak silap aku esok exam ni online. Dan tak salah dengar, esok bole bukak buku.
HAHAHA

Harini balik ipoh mcm lancar jer. Sampai2 pudu, tiket cepat. takda tunggu lewat mcm selalu tu. sejam setengah baru ada tiket. tadi tunggu sepuluh minit jer. bas gerak terus.
sampai ipoh uni amek naik moto. steadyyy!!

Ni nak cerita lah, semalam aku ada download mp3 Sawancara Bersama Aznil dan Din beramboi. ada la dalam 30 episode. setiap episode ada la 2-3 minit lamanya. so sebelum gerak balik, aku masuk la kan dalam mp3 player aku. boleh la dengar2 dalam bus ker kan.

Damn fak, tahu tak aku gelak sorang2 dalam bus. Dalam train tadi aku dengar sikit. senyum,sengeh, gelak sorang2. wey tak bole tahan machaaa..aku dah cuba tahan dan cover baik punya. tapi lawak dia mmg macam gampang tahap dewa la. arwah din beramboi punya lawak aku rasa paling awesome dalam dunia ni. aku dah cuba tahan gelak. tak boleh. aku ada la perasan 2-3 manusia usha slek aku dalam train tadi.
mana taknya, berdiri dalam train sorang2. pastu sengeh,senyum n gelak2. sorang2? tak ke gila namanya. HAAHHAHAH

tadi aku ada la bukak sikit buku tu. tapi tak lama la. 2-3 minit jer. pastu rasa mcm penat pulak. HAHAHAHAH
apo la nak jadi esok ni..hhaaaiihh

eh 21 dah wey

So bangun2 ni aku dah 21 tahun. gile betul. semalam aku 20 kot. HAHAHAH
semalam lepak dengan geng "judi" tengok spain france dekat sg chua. kaw2 gelak hinggat. alan thaipan ni babi perangainya. cilakak. HAHHAHAH
 Antara yang wish aku punya bufday
1. Cheah 1st
2. Fieza 2nd
3. Edleen 3rd
4. Farid 4th (baru dapat tengahari ni)

terima kasih semua!
Lepas makan ni aku nak balik Ipoh dah.
Macam biasa. Naik ktm Kajang, terus pegi pudu naik bus.
aku dah biasa dah sorang2 gerak. takdahal lah.
nnti aku updated kalau ada masa dekat sana nnt.

almaklumlah aku tak stdy lagi untuk exam esok ni. HAHAHAH
Rasa macam forever alone pulak bufday boy balik sorang2 dan sunyi. HAHAHH

Sorrylah tak hello2 korang. Kalau korang ingat cerita2 aku, simcard yang aku pakai sekarang ni bukan lah simcard yang didaftarkan untuk nama aku. Ini simcard bapak aku dulu2. aku rembat time sekolah dlu sebab nak try test handphone lama tu. lama2 terus jadi hak aku. so aku memang takdapat call free bagai. kalau nak call free tunggu bufday Bapak aku bulan 10 nnt. HAHAHAHA

Saturday, June 23, 2012

So, I turn 21 tomorrow

So, I turn 21 tomorrow. So what bhaaiii? Hahahak
Malam ni kalau tak keluar, memang tak function la. Game malam ni best kot.
Kalau lepak port2 ramai orang style jugak kan. HAHAHA

tahu tak hari isnin ni exam UBS. HAHHAHAHAH
aku apa pun tak fikir pasal exam tu. esok dah balik ipoh. isnin petang boleh balik kajang dah.

berkabung sampai bila konon

pejam celik, pejam celik
dari mula start euro sampai la masuk quater final
baru aku perasan dah 2 minggu aku tak bersosial di facebook. HAHAHA
ramai jugak yang tanya kenapa aku dah lama tak online.
kalau tak, news feed aku jer ada dalam fb tu.HAHA
ramai yang perasan aku tak online. pastinya aku cakap

"aku berkabung...."

bila ditanya sampai bila, aku akan jawab

"tak tahu lagi lahhhh..ni dah 2minggu, maybe 2bulan maybe terus deactivated.."

entah lah. walau pun rasa rindu nak online, tapi hati ni macam berat pulak nak menglogin. HAHAHAK!

--------------------------------

tengah hari ni aku makan nasik beriani. mak tak masak. bapak nak suruh aku makan nasik beriani tu. soh rasa.

"hello nuaa, kain dah angkat?? hujan takk?? harini kita makan nasik beriani. mak beli...mak nak beli barang sat...."

dengar suara bapak pulak bersuara

"befday diaa esokkk..."

hurmm. terharu jugak lah. ingat jugak dorang walaupun sibuk menjalani hidup buat itu ini. befday anak dia yang paling barai pun dia masih ingat. itu la mak dan bapak aku.


i need a new reality
i need to find a stability

Tahun lepas punya

Peace Be Upon You

Sebenarnya aku pun baru perasan yang harini adalah 23hb Jun 2012. Esok 24hb adalah tarikh lahir aku. Lahirnya seorang bayi lelaki 21 tahun yang lalu. Dilahirkan oleh seorang emak yang bernama Salina bt Md Som dan berbapakkan seorang yang bernama Khir Johari Mohd Ali. 2 insan yang tiada tolok bandingan nya.

Syukur kepadaNya. 21 tahun telah aku bernafas diatas bumi yang serba nazak ini. Macam2 telah aku lalui dalam hidup ini. Dari kecil sampai ke besar panjang. Dari gembira kepada duka. Dari berjaya kepada kegagalan. Haaaiiihh macam2 lah lagi woiii.
Nak cerita memang tak habis gile.

Ianya tahun pertama untuk angka selepas dua puluh. Dua puluh satu. Dua puluh satu tahun.

Takda apa yang aku harapkan selain mendapat keampunan dan keredhaan hidup ini. Kalau disambut party hari jadi apa salahnya. HAHAHAK!

Teringat aku tahun lepas. Hadiah dan sambutan yang sangat menggalakkan.
Nelly buat suprise bagi hadiah dekat aku. Aku ingat lagi haritu, Nelly ajak aku pergi KL. Dia mintak aku teman dia beli barang. Dalam kepala hotak aku memang tak terfikir langsung pasal suprise ni. Pergi butik cotton on, dia suruh pilih baju, kasut bagai. Dia kata ini untuk mmber laki dia.
 Last2, dia bagi semua benda tu sebagai hadiah hari jadi untuk aku. Sumpah aku rasa nak menangis wey. Tapi takkan la aku nak nangis depan dia. gentle la sikit. HAHAHAHAK
Cotton on bhaaiii. aku ada barang butik  kotttt.. HAHAHAHAK!

Hany bagi cokelat dekat aku. Siapa suruh datang rumah nenek dia kononnya nak bagi benda. Memang tak terfikir langsung pasal hadiah gila. HAHAHA

then, Ecah rauf dengan Nut celebrate befday aku siap dengan cake boboy boy tuu dekat rumah ecah. peehhhh siries tak tipu weh. korang buat aku terharu doe. Ecah bagi bear, Nut bagi aku keychain dari jordan. ishhhhhhh aku memang jarang celebrate2 ni. tapi bila korang buat, aku rasa macam sebak doe. HAHAHAK!
time tu jugak la aku jumpa si shasha comel tu. aku ingat lagi time tengah buat wish tu, shasha kencing aku cakap befday dia semalamnya tu. aku pun masukkan la sekali dalam ucapan wish depan cake tu. tak silap aku cakap

"moge shasha dimurahkan rezeki dan ditambah-tambahkan kecomelan utnk dia....."

last2 dapat tahu dia kencing aku pasal befday tu. mallluuuu aku shasha..selamat kau comel sangat2. aku tak kesah pun. HAHAHAHAH

Nut kejap lagi dia nak kawin dah. Aku akan sungguh2 untuk cuba hadir ke majlis kawin kau dokat somban esok. sekarang ni ecah tak roger2 doe. tolong jangan buat hal ecah..haaaiihhh

dulu jumpa ecah dengan nut time befday aku tahun lepas. befday aku tahun ni jumpa dekat rumah nut pulak. Nut kawin dahhhh..

-----------------------------------
Nut, aku takdapat datang lah. Bukan sebab apa, sebab aku takda teman la nak pegi sana. ecah boleh bantai kerja la harini. damn tak bagitaw aku. aku mintak maaf banyak2 laahhhh. siries wey.
(ecah punya pasal la ni)

Bulu Kepala dah potong dekat macha

Petang tadi, entah macam aku dapat hidayah nak pergi potong rambut yang panjang lagi tidak sihat ni. Memang plan nak potong rambut ni dah lama dah. Dari dekat ipoh lagi aku rasa macam nak potong rambut. Seriesly, aku memang minat nak berambut panjang2 ni. Bila rambut panjang ni mesti teringat zaman lepas sekolah dulu. Sebelum masuk kolej, rambut aku tu boleh digigit masuk mulut la. Siap kunyah2 lagi tu. HAHAHA itu menunjuk rambut aku dah panjang. Dulu nak potong sayang kot. Tapi last2 kena potong jugak. Nak masuk belajar punya pasal.

Aku rasa dah 1 tahun lebih aku tak potong rambut dekat kedai gunting rambut. Aku jenis potong dekat rumah jer. Aku punya hairstyler adalah min. dia la rajin potong rambut aku selama ni. takda pegi kedai2 ni. tapi petang tadi, aku cadang nak pegi gunting dekat kedai. HURRMM

Mula2 nak pegi saloon la. naik moto sorang2 pegi sg chua. sekali sallon tu ramai orang. cilakak. baru nak dapat kan khidmat hairstyler cina. last2 hati aku berat nak ke kedai india. HAHAHAH

siries2, aku last potong rambut dekat kedai india time sekolah dulu2. lama dah. zaman belum akil baliqh lagi tu. HAHAHA tadi aku pergi la kedai macha gedega tu. aku duduk jer la atas kerusi tu. aku nak potong pesen mcm mana ni. aku tengok gambar2 dekat dinding tu. beckham lahh. shahrukhan lah. rajinikan lah. HAHAHAHA

aku cakap potong jer la chhaaaa!!!

mesin tepi belakang, pastu atas nipis sikit. baru skema habis. HAHAHAH
pastu aku suruh dia mesin Tinggi sikit tepi ni. nampak mcm biasa sangat la kalau tak tinggi selop tepi ni. jawapan yang telah aku agak dari mulut macha tu

" jangan. tak cantik...."

aku dah agak dah. tuan punya kepala nak camtu, nak style camtu, nak pesen camtu DAN-DAN dia taknak buat sebab dia nampak takcantik. PUIIHH!!!
ini la karenah tukang gunting rambut yang bajet power. ikut kepala dia jer nak potong pesen camne. kalau aku tak suruh buat apa2 tu, baru la kau buat apa yang kau rasa cantik sesuai. Ini aku dah cakap aku nak camni camtu rambut tu. tetiba kau mekak2 pulak. Selamat macha tu potong cantik la jugak.

balik2 aku tanya mak, acanee..

"haaa, kan okay tuuu..."

aku tanya lagi,

"hensem tak mak??"

mak jawab..

"haaa hensem la tu..nanti tak lama lagi mesti ada makwe..."

mak jahat! nganjing kuat!
HAHAHAHAHAK


haaa ini rambut baru aku. ni style SKEMA KECEWA punya style. HAHAHAH
kalau mak dah cakap hensem, aku tak boleh nak kata apa lah.
Lu tunggu jer la wa ada awek nnti. wa bagi tahu whole world lah! HAHHAHAHAK! (aku tak tahu apa jenis statement ni)

so kejap lagi aku nak main futsal dengan budak2 ni. lama jugak la tak main ni. 2 minggu jugak lah.
wa dah pun balik main futsal ni. aku lupa nak publish tadi. HAHAHAH
harini main macam taik!!!
semua tak kena. tapi ramai cakap muka aku stress tadi. mana tak stress, tak sampai 2 minit dah keluar.
BEBY betul! HAHAHAAK!


Friday, June 22, 2012

macam biasa

Happy Friday Guys,

agak slow sikit nak update blog ni sebab dah duduk dekat kajang ni banyak jugak halangan nak focusing on writing stories. Melepak,mentidur, dan lain2 lagi. Sangat2 perlukan social untuk diri ni.

semalam punya cerita lah, whole day dekat kedai motor sebab hantar repair skuter haram jadah ker. mula2 tukar bateri, semalam tukar coil pulak, rm100 lagi. pastu yang paling menyedihkan, moto still mcm biasa. padahal dah keluar rm200 tu. tapi still tak ubah apa2. cina tu check2, dapat tahu yang magnet dekat coil dah lemah. tak kuat dah kuasa magnet dia. so kalau nak tukar kene beli ori then harga dia Rm500!
defak habis la camni. fikir2 balik, duit tu boleh buat muka beli moto baru la giler! tapi tu la, tengok gaya bapak mcm xnk repair dah. kalau ikutkan aku, dah lama aku pegi campak lombong skuter tu. taknak aku jual, aku nak campak lombong jugak. HAHAHA

sakit hati, sakit kepala sakit badan fikir pasal moto ni. babi betul lah! haaaiiihhh

semalam lepas bla dari kedai motor. min ajak lepak mamak kenari. sampai depan kedai tu, tengok min ada, wan cendol ada, afif pun ada. haaaiihh
lepak kejap, terus bla.

malam tu lepas isyak, kakak ajak pegi chowkit nak pegi usha bundle. idea yang bernas tu. sampai chowkit, terniyang-niyang BERSIH 3.0 bhaaiii. hotel, jalan2 tu. hahahah

aku tengok akak aku ni cuak2 pulak masuk situ. nak menyelam pon tak best sebab time tengah selak dia duduk tepi. rimas setan!! HAHAHAH
semalam dapat la jugak 1 sweater winter. nice jugak la tapi mcm besar sikit. tapi watlek jer ah, komfem nice lepas basuh nanti.
dalam 30minit camtu kitorang gerak balik. aku petak jugak dengan akak aku ni,

"weh cantik nyer bapok tu..macam mana tetek dia besar wehhh..."

hadoooiii akak aku ni, dia ni tak penah tengok bapok apa. kecoh giler. HAHAHAH
ingat balik tu nak singgah la downtown cheras, tepi sekali tengok nakharam penuh. pejadahnya hari khamis ramai orang. btw, aku tak suka sangat downtown2 ni. siries shit!

sesampai rumah ajak min keluar pegi rumah wan dekat semenyih. cadang2 nya bole la lepak tengok bola pagi tu. gerak rumah wan yang baru dekat depan taman jasmin tu. besar jugak lah.
lepak sembang dekat kdai sup ali power tu sampai la 2nd half match portugal czech. pastu kedai tu halau kami. HAHHAHAH wan bawak kereta lepak ayza pulak. sambung tengok situ. sembang punya sembang, luah punya luah. last2 apa pun takdapat. HAHAHAHHAHAHK!

Thursday, June 21, 2012

ni jer

kakak ajak pegi chowkit. jom2, bole selam2 bundle. :D

Berpegang pada harapan

baru balik lepak dengan kuda, maman, ijak, baby dan hendri. alot of fun lah jumpa kawan2 lama.
budak kelas time form 4-5. masing2 ada haluan sendiri. baby dah jadi tokey coolblog. ijak study degree dekat UUM sana. hendri baru habis praktikal, dia pun amek akaun jugak. mati la komeee..HAHAHA

tadi hantar hendri lalu la depan saas. Eh, depan saas tu dah ada bumper laahh!! 3 bumper. defak. taktaw pulak aku. banyak dah berubah sekolah tu. btw, rumah fiza depan saas kan. HAHAHA
walaupun pun just lalu laju jer depan tu. sometimes teringat pulak memory2 dulu dekat situ.
naik moto tunggu dekat tepi jalan tu. tunggu dia siap2 pastu meronggeng dengan dia. HAHAHA
nampak la bayang2 dulu tu. flashback gitu. setiap tempat yang pernah aku pergi dengan dia kalau lalu sekarang ni mesti teringat. komfom lah!
macam JJ balakong tu.dulu2 selalu sangat tengok wayang dekat situ. boleh kata everyweek mesti ada dekat sana. after the rapture days, seriously aku mcm separa 'trauma' nak pegi sana. siries tak tipu. 2 tahun jugak la tak jejak jj tu.

since aku praktikal dekat bandar tun hussien onn, aku terpaksa la kena lalu situ.
everyday mesti lalu laluan keramat dewa tu. balik mesti lalu depan saas. kalau nak lunch tu amy and iema selalu ajak makan dekat jj. since that aku dah okay la. takda nak trauma2 sangat. biasa2 jer.
jalan2 dalam tu mesti teringat punya. tipu la kalau tak teringat langsung. itu la kadang2 tersenyum sorang2. penah amy tegur aku sebab aku mcm cakap sorang2 then senyum tetiba. HAHAHAK!

biasalah, memory kan. mana boleh lupa. kalau bole lupakan memory tu, tak mungkin aku nak format memory tu, its a sweet memory in my life until these day. aku prefer, memory ini bole di On/Off kan. sometimes boleh buat sakit hati, sometimes boleh buat hati macam bunga2. but, mostly happy bila ingatkan balik.

kalau lah boleh undur kan masa, tentu aku .........................
tapi nak buat camne, semua nya dah berlalu. tak adil kalau manusia bole undur kan masa. kalau tak jadi tragedy tu, tak mungkin aku boleh hidup dengan life sekarang ni. there a pros and cons in living at this earth. for me, there is a hope beyond the hopes. humans need hope to livin in this human life. kalau semua tak ada harapan dalam hidup ni, apa tujuan manusia hidup dekat dunia ni.? nak harapkan semua benda jadi dengan sendirinya. follow jer tanpa arah tujuan dan objektif. worthless tahu kalau hidup camni.

sama dengan situasi dekat malaysia sekarang ni. as the student in malaysia, kita pasti tidak dapat lari dari hutang. masuk2 belajar tak kira la sijil ke diploma ke, most of the malaysian people akan buat pinjaman belajar. jangan kita fikir banyak2 pasal student yang dapat biasiswa or mara or apalancau semua. yang dapat semua tu bukan majoriti. bilangan nya tak sebanyak yang buat pinjaman PTPTN. fikir balik, tak semua student pandai geliga dalam akademik. TAK SEMUA. kalau semua pandai akedemik, sanggup pulak kerajaan nak bagi biasiswa. so tak semua dapat peluang camtu.

macam aku ni okay lagi, buat pinjaman ptptn then masuk politeknik. yuran murah sebab ipta kerajaan. kira aku antara yang bernasib baik. sebabkan bapak aku kaya sangat, aku dapat hanya separuh daripada pinjaman, rm7000 somethings. kalau full rm14000 camtu. takda la besar sangat hutang tu, tapi still hutang. tapi bila tanya mmber2 yang takdapat ipta atau memang taknak pegi ipta, ptptn dorang sangat2 lah besar. ada mmber sorang ni, pinjaman dia hampir ke rm70000 dan ada yang hampir dengan rm100000 itu HANYALAH DIPLOMA. DIPLOMA gile!

takkan la kau nak belajar sampai diploma jer. dengan keadaan sekarang ni, sijil diploma tu buang2 jer. takda siapa pandang. degree pun susah nak dapat kerja. tu kakak aku tu, pejadahnya keje kedai printing dengan gaji tak seberapa. boleh campak jauh2 la degree tu.

ini situasi2 yang aku cuba gambarkan bila belajar pun kena hutang sampai berpuluh-puluh ribu dekat malaysia ni. bayangkan lepas graduate, hutang ptptn rm70000 (tak termasuk interest). umur baru 21 tahun. 21 tahun bhaii. konfem2 kena kerja sebab nak bayar balik hutang tu. itu pun kalau dapat kerja. kalau tak dapat terpaksa la kerja luar bidang contoh kerja la kilang2 or kedai2 biasa ni. if korang taknk sambung belajar kan, kerjaaaaa sampai la umur 25 or plus2. then konfem nak kahwin. nak kena ada kereta moto sendiri. dah kawin nak kena beli rumah. xkan nak duduk rumah mak apak lagi. larat pulak kan. nak beli kereta buat loan lagi, paling kokak kereta malaysia sekarang ni kereta harga 40k-50k. komfem2 hutang. pastu nak kawin lagi. sekarang ni kita tengok takda 30k duit lu orang, takdapat la kawin. mesti buat loan lagi kan. then 1-2 tahun kawin, mesti nak kena ada rumah sendiri. lalu pulak nak bayar sewa.(ini bole dibawak bincang ikut situasi masing2). kena la buat loan lagi. rumah2 sekarang ni takda jer murah mcm dulu. flat pun dah 40k-50k. standard rumah sekarang ni 150k-250k laaa..

gaji pun tak seberapa kalau tak kena dengan kerja nya. if diploma, basic 1200 jer kalau sekarang ni. tapi tengok tempat jugak lah. paling kuat 1800 kalau nasib baik. bila buat kiraan kasar dengan situasi ni, aku kira2, hutang dalam tangan kita, adalah dalam rm200000 untuk umur bawah 30 tahun. ni kiraan kasar bagi aku.

so apa kaitan cerita hutang ni dengan harapan diatas?
lately, opposition party dekat malaysia buat tawaran untuk rakyat malaysia untuk mansuh kan bayaran PTPTN. what the hek? its good for student lahhh. adalah kurang sikit beban rakyat ni haa.. timbul la macam2 isu kononnya negara bankrup kalau buat camni. tapi takkan la bodoh sangat opposition party sampai sanggup tawar tawaran camni tanpa usul kajian diorang kalau dapat memerintah negara untuk masa akan datang. adakah perancang2 ekonomi dorang adalah cikai2 punya orang, takat lepas degree jer?

so harapan student sekarang ni adalah MANSUHKAN BAYARAN PTPTN. kalau harapan nak mansuhkan benda ni takda dalam jiwa pelajar2, memang gelap la masa depan seperti yang aku gambarkan situasi dekat atas.Harapan dan Usaha. Bagi yang menentang pemansuah bayaran ni, aku boleh katakan seperti

Babi yang sombong menaiki anak tangga sedangkan lif sudah tersedia ada untuk sampai ke atas

lebih kurang camtu lah. orang dah bagi tawaran dan laluan yang bermanfaat untuk semua tapi still nak lalu laluan sukar. padahal destinasinya sama jer. HAHHAHAH

mungkin Harapan aku untuk mansuhkan ptptn ni kurang sikit sekarang ni sebab aku hutang pun tak seberapa nak dibandingkan dengan mmber2 yang pinjam smpai berpuluh-puluh ribu tu. tapi mana mungkin masa depan aku akan berada dekat situasi sama mcm mmber2 aku sekarang ni. so Harapan tu masih utuh untuk Sokong permansuhan ptptn ni. aku akan berikan solidariti kepada semua pemegang harapan untuk mansuhkan ptptn ni. mungkin untuk masa depan anak2 aku(kalau kawin).

itu sahaja untuk malam ni.

P/S:- aku rasa mula2 tadi aku cerita soal hati, tapi dan2 jer pasal politik. HAHAHAHAHK!

Wednesday, June 20, 2012

Baju dah basuh


Baju dah wangi. takda bau bundle dah. HEEHHE
mak pening kepala tengok aku beli baju2 ni, tapi dia kata

"pandai kau pilih nua, cantik...."

HEEEEE sejuk hati ni dengar mak cakap camtu. so bole la beli lagi kan mak. kan kan...HAHAHA
 bila bercakap pasal bundle ni, satu benda jer boleh aku cakap,

Pandai pilih, kena gayanya. Pandai gayanya, cantik rupanya.  by Syamsul Anwar

aku bukan lah anti sangat nak beli baju baru or dekat butik2 tu tapi aku suka something yang rare. aku taknak apa yang aku ada, orang lain pun ada. lagi2 benda tu digunakan kebanyakkan orang. ishhh tak gemar aku. eh maybe tanggapan orang ramai terhadap si pemakai bundle ni mesti ingat kami2 ni Takda duit nak beli baju baru. Standard kitorang ni mat2 indon, bangla, nepal bagai. btw, tak kisah la korang nak cakap apa. ada tu cakap, ish gatal kalau pakai bundle ni. HAHAHA ini statement sangat la mcm taik. selama aku pakai bundle ni, tak penah lagi la gatal2 kudis bagai. kau ingat aku ni basuh ke baju tu bila 1st time pakai? takdo jo, pakai dulu. 2nd time tu baru basuh. takda benda jer lah.

btw, kalau nak kutuk2 pemakai bundle ni kena la ingat sikit. sekurang kurangnya pakaian kitorang mostly made in USA, MEXICO. susah la nak dapat made in China macam pakaian sekarang ni. HAHAHHAH kitorang lagi kelas okay!!! (bongkak)

bukan nak cakap aku ni belagak or what tapi setakat nak baju beli dekat padini or pdi or apejadah lagi tu, mampu jer beli tapi tak minat lah. konfem2 tak rare. btw, sekali sekala ok lah.

..................................................

kuda dah ajak lepak dengan baby. tak sabar nak keluar rumah menjadi burung hantu. HAHA
terperap dalam rumah ni tak best jugak. nak online apa lah sangat. kan sekarang tengah tak online fb. 11 hari dah ni. taktaw sampai bila. maybe cukup 2 minggu okay kot. tapi tu lah, tak tahu la lagi.

lepas satu, satu pulak

haaiiihh aku sedih betul la dengan skuter hijau dekat rumah ni.
asal aku balik, kau mintak duit. itu lah, ini lah. haaiiiyyaaa

lepas 1, satu la gile.
harini jer dah 80 hengget terbang.bateri rosak sebab coil rosak. coil haritu baru tukar.
sekarang ni aku nak pegi mintak warranty kt cine tu. tutup pulak kedai dia. cilakak la

siapa suka tengok benda rosak terbiar. kalau ikut hati ni, lak pi la. tapi aku tak suka tengok benda barai2 ni. lagipun benda aku nak guna.

fakk!!!

Kajang, tolong jangan bosankan keadaan.

kalau balik kajang ni, wa rasa bebulu jer tahu. ada 2 benda yang wa bebulu sangat dalam rumah bapak wa ni.

1. Internet. Serupa haram jadah tahu iinternet dekat rumah ni. kadang2 aku rasa bapak aku tak langgan internet bulan2. sebab nak bukak google pun lembab siput. pastu putus2 line dia. ehhh bebulu ke anak cucu la camni

2. Keadaan komputer. ada sahaja masalah. tak macam pc wa dekat ipoh tu. steaddy jer. pc dkt rumah ni. haaiihh malas nak cakap, kang kata tak besyukur. padahal tak sepatutnya camtu. eshhhh

rindu pulak dekat workspace aku dekat Ipoh doee.
ini workspace waa. wa lagi lama buang masa dekat sini daripada buang masa atas tilam untuk tidur. JYEAH!
eh kadang2 aku fikir kenapa la aku bukak internet tapi tak besosial. rugi kot. muda2 camni. online tu online tapi tak menikmati apa yang online sebenarnya. sepatutnya aku carik la banyak2 scandal perempuan, buat2 chating time bosan2. takda la FOREVER ALONE jer dalam dunia ni. tapi itu lah, jarang sekali aku buat camtu. online2, online2 jer lah. apa pun tak dapat.

macam ni. orang dah tak main YM aku masih berYM lagi. dulu bole la time tengah fallin love cinta pertama. HAHAHAHAHAHHA

aku rasa dah masa nya aku jadi gila dan nakal sikit. aku kena tambahkan tahap kesosialan aku sebab aku rasa selama ni aku malas nak bersosial. itu pasal aku kadang2 suka duduk diam perhati orang. berseorangan.
aku kena jadi rajin nak bersosial macam orang lain yang hidup dorang tak empty mcam aku. HAAAAAAA

I'm in Kajang. I wanna hangout with someone, pleaseee..

Okay, Im in Kajang now.
Time balik tadi, dekat KTM Kajang ada jumpa someone person lah. sebenarnya dah perasan lama time naik train dari KL central lagi. tapi buat2 tak nampak jer lah.

Sampai kajang, time2 tengah tunggu kakak jemput. tetibe dapat msg hp.

FROM: Wanie
U ada dekat ktm eh?

ohyeah, rupa2nya dia pun perasan aku ni. walaupun tak pernah jumpe, tapi still ingat lagi kot. pernah la jugak on call dengan dia dulu.
Wanie ni junior aku dekat sekolah Saas. dekat sekolah tidak sama sekali penah nmpk. kenal dekat Fb la ni.

Tadi 1st time nampak dia depan2. WOW
dia sangat2 la comel tapi tak cantik. Comel sangat2. putih pulak tu. dalam gambar gelap mcm anak keling kot. HAHAHA

sebenarnya aku tahu dia tengah tunggu sama2 depan ktm tu. dia dengan mmber dia. LAWA jugak. HEHE
tetibe dia msg aku,

"cuba tengok kiri.."

dengan berpura-pura konon tak perasan aku toleh kiri dengan buat muka curious gile. pastu dia senyum lambai tangan..HEEHEHEH

dia datang pastu salam aku. sembang sikit2 pastu dia bla pegi dekat mmber dia balik. aku rasa member dia tu yang suruh dia datang balik sebab hp dia msuk msg then terus dia pegi.

aku tak kesah pun. janji dapat jumpe. ni geng2 dengan edleen and alya la ni.
tapi wanie makin comel dengan hidung bear dia tu. haiiihhhh

so malam ni tak buat apa2. 50/50 nak keluar sebab motor maybe takda minyak. takut nk keluar sebab lampu pun nak ada takda. damn!
tadi pegi rumah min, pastu adik dia cakap dia takda. eh gemuk ni pandai dah keluar rumah tak ajak aku. kalau tak, nak beli rokok pun ajak aku. puuuiihhh cilakak punya gemok!

........................................

sedar tak sedar harini adalah hari ke-10 aku tak online facebook. rare tak?? HAHAHA
aku pun taktahu apa benda yang aku buat sebenarnya. siriesly aku cakap, otak aku mentap sikit tentang isu semasa terutama politik sebab tak online fb. nak harap kan malaysiakini dengan blog2 jer susah. tak sepantas information facebook.

persoalan yang timbul, sampai bila aku akan terrus tidak mengonlinekan facebook aku??
kenapa aku perlu begini sedangkan diri aku ni memang perlu di sosialkan agar tidak bosan dalam aktiviti harian. arhhhh aku pun tak tahu sampai bila

.............................................

nampaknya jadual exam muet dah keluar. so agak cuak hati ni. sebab kelas muet 3 kali jer aku datang. yang lain tak datang pun. damn betul. yelah, kelas muet malam kot, HAHAHAH

kena banyak baca subtitle BI ni. baca buku artikle BI. perhhhh aku tak mintak banyak la, band 3 pun okay la. HAHAHAHAH tapi kalau ben 10 ok jugak. HAHAHAH

Tuesday, June 19, 2012

Rumah Sakit

Disebabkan terlalu fikir nak balik rumah halaman, remaja ini sengaja mengenakan t-shirt "homesick" 
YEY!!
kelas dah tammmmmmmaaaatttt !!
tunggu exam jer 25hb ni.
so sekarang ni dah boleh dah balik KAJANG!!

tapi, sekarang ni takda siapa dekat rumah. so siapa nak hantar aku pegi station medan gopeng?
damn shit!

nak bawak baju lebih sikit sebab weekend ni nak pegi kenduri kahwin member. Nut @Nadhirah. Dia ni aku kenal time jumpa ecah rauf dekat rumah dia. Nut belajar dekat jordan amek medic. so Doctor Wannabeee soonn. baru 2 kali jer jumpa si nut ni tapi agak rapat. tapi dia dah nak kawen weekend ni, 23hb. HAHAHHA future husband dia nama Muchtar tak silap. Balik Malaysia kejap sebab nak kawin.

sekarang ni,  ecah mana ni? cilakak call tak angkat. hidup lagi tak budak ni.
Kiri yang comel oren tu shasha. Yang tengah gila tu la ecah rauf. HAHA
Apa nak bagi hadiah dekat nut ni haaa? Kena bagi special sikit ni. Sebab time bufday aku tahun lepas diorang bagi hadiah dekat aku. terharu la....

......................................

okay jom kita packing barang!!!
kali ni nakbawak kad matrik sekali. bole torai naik ets balik nanti. selalu lupa nakbawak. alah, kalau bawak nak buat apa? buat hilang ada lah. errhhh

Kalau aku cakap baju dekat atas ni hanyalah 15% daripada hasil bundlelism aku selama ni, mesti tak caya kan? tapi percayalah kataku ini. HAHAHAK

kadang2 bila fikir balik, kalau la aku tak beli semua2 bundle tu.savin duit. mesti aku dah berkeluarga anak sorang. HAHAHAHAH

tahu tak adik aku ni masuk UIA? HAHAHAHAHAH
padan muka dia.

"kau nak tahu nua, ada haritu aku TADAH DOA sebab aku dengar mcm ada orang baca doa. Rupa2 nye orang tu tengah cakap arab dekat orentasi..."

HHAHAHAHAHK!!
padan muka kau gile!!

Monday, June 18, 2012

tak jadi balik hari isnin

Aku masih di Ipoh.
Kelas masih ada untuk esok hari.
Apalah nasib begini rupa.
Hajat nak balik ke tanah Darul Ehsan tidak kesampaian lagi.
Apalagi si Fauzi mahu. Kelas serupa takda function.
Latihan demi latihan tanpa pencerahan.
Kepala bana untuk dia.
as you can see, ada eyebag !!!
bukan sebab nangis eh, ni sebab tak cukup tidoq. HAHAHA

so malam ni tak tahu nak buat apa. tadi ada plan, tapi tak jadi pulak. tayar moto pecah. citenya camni, tayar moto tu memang dah pancit. pegi la pam. sekali tak bole jugak. nampak ada kedai moto bukak lagi, terus gerak tukar tiup.
dalam perjalanan untuk melaksanakan plan tu, tetiba bocor lagi. terus takda mood nak buat apa. shiaalll!!!

#nowreading
its a english Ebook!!! (gagap)

Damn tired!

awshitpentlah.

kalau tengok gambar baru kat atas ni, mesti macam kpop kan. HAHAHA
aku nak tunjuk baju tu jer. nampak tak kedut2 tu? nak tahu pasal apa?
itu menunjukkan itu baju bundle yang baru dibeli di siang hari, dan di malam hari terus sedap memakainya. HAHAHA nice!! sekarang ni aku layan baju2 yang di KAIT. kadang2 rasa mcm pakai kain guni sudeee.. tapi aku sangat2 suke. lantak p la nak kata apa. janji aku ada, kau ada? HAHAHAH

malam ni malas nak cerita banyak2. Menurut sumber, esok adalah kelas terakhir untuk shortsem ni. so happy la jugak nak cuti kejap. ikut plan esok la balik kajang. lepas kelas, siap2 terus gerak naik bas.
minggu ni banyak pakai duit la. hadoooo.. damnfakbetul.

nak tengok bola sat lah..bye2

Sunday, June 17, 2012

Cerita semalam, Sabtu punya

Seperti yang dirancang, aku akan ke Pengkalan Hulu, Perak mengfollow si Husni dan Kecik.

"cik, esok pagi2 kita gerak then tengahhari boleh balik dah...." kata husni dengan tegasnya dan yakinnya pada malam Jumaat sebelum tu.

ini semua sembang macam lahanat tahu. pukul 11 pagi baru gerak dari ipoh. HAHAHAHA
macam gampang taw. masing2 buat hal. sembang lepas subuh la. pagi2 la. pukul 11 pagi jugak kan?
HAHAHA

Gerak Kuala Kangsar amek mmber husni, Along. pastu terus gerak sana. Kalau nak ke pengkalan hulu, memang highway tu memang takda wey. jalan memang jalan kampung kot. gila btol. pukul 1 lebih sampai rumah si Along ni. 1st thing aku tengok si along ni, memang barai orang nye. Mat Rempit 100%. hitamnya cukup. kurus mcam aku cukup. ingat barai2 la. rupa2 nya bapak dia kira jutawan jugak la dekat P.H tu. tanah nak haram banyak. mak dia ustazah. adik beradik dia semua putih. dia sorang hitam. mula2 aku ingat dia ni anak angkat lah. HAHHAHA

Husni sembang dgn bapak si along ni mcm sembang dengan aku. petak jugak la aku. tapi keluarga dorang baik2 weh. rumah dorang ni memang ceruk wey. depan rumah ada sekolah tahfiz. internet memang takda la. jgan cakap internet, line tepon pun jarang2 ada. perrhhh kalau la aku duduk sana, memang aku jadi pokok la wey. duduk hutang sampai jadi pokok. taktaw nak buat apa.

Tapi,

5 minit dari rumah tu adalah Betong, Thailand weeyyyyy!!!!

patut la uni suka sangat pegi sini. HAHAHAHA

semalam uni ajak masuk. passport takda. borderpass takda. masuk camtu jerrrr..aku dah cuak tahap dewa dah time kene tahan imergeresen. pastu polis. pastu kastam. perrrhhhhh

tapi semua lepas la. berbekalkan kereta swift kecik kitorang masuk.
1st thing kitorang buat ada lah makan. wey ini thailand taw. masuk thailand takda jumpe dah kicap2/sos2 bahasa kita. semua bahasa thailand. lepak warung 1 ni. order nasik goreng ayam. uni order nasik goreng pattaya. samada orang tu tak paham bahasa or memang style nasik goreng pattaya dekat thailand ni TAK BALUT DENGAN TELUR. mcm nasik biasa jer. HAHAHHAH

pastu, uni bawak jalan2 pegi pekan dia. memang thailand la wey.

acctually, betong ni adalah one of the darkness side of thailand la. Pusat urut and pelacuran camtu la. tapi aku takda la buat. uni bawak jalan2 jer. uni selalu la kot pegi. HAHAHAHHA

dalam sejam dekat thailand kitorang balik malaysia semula. HAHAHHAHAHA!

lepas makan semayang magrib. gerak balik ipoh. dalam pukul 1 pagi sampai rumah terus "dead" dengan seluar jeans aku. tidur sampai pagi....HAHHAHAHA jarang aku tidur pakai seluar jeans weyy. penat sangat dah niii

Saturday, June 16, 2012

Cerita semalam

15 June 2012, Jumaat.

Aku memang takda kelas untuk hari jumaat. So lepas semayang jumaat, aku cadang nak pegi usha bundle. Dah selesai makan semua. Siap2 nak gerak, tetibe aku dengar suara Kecik. apa lahanat ni tak kerja ke? HAHA
usha bawah, tengok dia tengah baru nak bakar okok. Dia tak kerja semalam. Dia hantar isteri dia balik kampung,kedah nun. so dia bujang 3 hari walaupun semalam Hari Bapa. AHHAHAH
So dia offer pegi bundle dengan dia. bagus lahnaik kereta.rezeki jgn ditolak. hehe

jauh jugak bundle yang aku nak pegi ni. dekat jusco baru sana nun. pasir putih. berat jugak aku nak terima offer si kecik ni sebab aku takut aku selam dalam bundle lama sangat. disebabkan xnk bagi dia rasa bosan, aku selam kejap2 nie. kalau aku gerak sorang takpe lah. sukahati aku lah nak selam lama2. lagipun kecik tak minat sangat bundle2 nie. dua bundle aku pegi. pastu kecik aku bawak pegi makan mee goreng mamak special. dia kata mee ni top dekat ipoh. tapi aku tak pernah pulak dengar pasal mee ni. dia kata ramai orang beli. sampai beratur2 bagai. sampai depan kedai, dah taknmpk mcm kedai sebab kecik haramnye kedainya. semata-mata jual mee goreng. aku tengok ada la 2-3 orang tengah tunggu. aku cakap la dekat kecik, takda la ramai sangat.

turun kereta, aku pegi la order 3 bungkus. nak tahu dia cakap apa?

" mee goreng 3 bungkus!!! 1 jam lagi siap eh bang..."

wtf!! sekarang baru pukul 5.30 petang. so mee siap pukul 6.30 lah. gila bab lah. kecik kata ok jer, jalan2 dekat pekan usha orang. pukul 6.15 tu datang kedai balik tengok dia goreng mee camne. Lain macam wey dia goreng. Aku rasa dia pakai sihir ni. kau penah tengok orang masak pegang kuali. gentle jer bhaii. tak kesah la, sekarang tu aku lapar. balik rumah, torai makan.

Perrrgghhhh MEMANG SEDAP LA GILEEE!!!!

bungkus macam kacang rebus tu,dengan daun pisangnye. perrgghhh memang tak cukup sebungkus wey. rasa 2 bungkus lagi aku bole lagi tu. siries shitt.

lepas mandi pegi rumah baru kecik, mandi sana. pastu lepak dengan member2 kecik tengok bola dari pukul 11 sampai la pukul 4.30. memang bertapa la dekat sana. balik rumah sewa, tengok fikri tido asal tilam aku. PERHHH aku memang pantang la. Cilake sama dia tapi aku malas la nak kacau. sikit lagi aku maki jer. pagi ni aku dah maki sikit2 dah. tunggu masa sesuai aku tepek maki dia.

hari ni, hari sabtu. husni ajak pegi ke Pengkalan Hulu. nun hujung sana tu. hujung sekali tu. naik kereta kecik. 3 orang. nak amek penapis air then letak dekat rumah ni. haaaa

memang weekend ni aku bejalan tak duduk rumah la. duit pun habis banyak lahhh. HAHAHHHA
nanti aku sambung cerita. nak siap2 dah ni. gerak sat gi.
bye2.muahx2! HHAHHAHAH

Friday, June 15, 2012

Friday I'm In Love


I don't care if Monday's blue
Tuesday's gray and Wednesday too
Thursday I don't care about you
It's Friday, I'm in love

Monday you can fall apart
Tuesday, Wednesday break my heart
Oh, Thursday doesn't even start
It's Friday I'm in love

Saturday, wait
And Sunday always comes too late
But Friday, never hesitate...

I don't care if Mondays black
Tuesday, Wednesday - heart attack
Thursday, never looking back
It's Friday, I'm in love

Monday, you can hold your head
Tuesday, Wednesday stay in bed
Or Thursday - watch the walls instead
It's Friday, I'm in love

Saturday, wait
And Sunday always comes too late
But Friday, never hesitate...

Dressed up to the eyes
It's a wonderful surprise
To see your shoes and your spirits rise
Throwing out your frown
And just smiling at the sound
And as sleek as a sheik
Spinning round and round
Always take a big bite
It's such a gorgeous sight
To see you eat in the middle of the night
You can never get enough
Enough of this stuff
It's Friday, I'm in love

I don't care if Monday's blue
Tuesday's gray and Wednesday too
Thursday I don't care about you
It's Friday, I'm in love

Monday you can fall apart
Tuesday, Wednesday break my heart
Thursday doesn't even start
It's Friday I'm in love


Walaupun Pagi Jumaat, Tapi Sudah Jumaatkan. Hujung minggu ni aku stay Ipoh. Tengok macam mana, pegi ke tak. HAHAH

Sultan? Apakah?

lekluhhh!! esok takda kelas la. watlek je ah.. HAHAHAK

fuhhhh!!! penat tapi puas hati. apa yang puas hati?
artwork work in progress sangat bejalan dengan lancar. artwork tak artwork lah, tapi rasa macam puas hati pulak. tak sangka bole buat sampai camtu. nampak komersial. HAAHAHA
nanti aku ceritalah pasal apa. tapi meh aku tunjuk sikit preview nye. HEEEE!!
wa cakap lu orang, benda ni memang exclusive gile babeng tahu. siapa usha blog aku jer boleh tengok. lagi pun tak on9 FB dah 6 hari. aku taktaw la sampai bila. Sampai Ok kot. HAHAHAK! tapi ni teaser sikit aku tunjuk. Part 1 dah selesai, maybe akan ada Part-Part lain akan menyusul. tengok la camne. :D


............................


sekarang ni perut aku lapaq dah ni. aku makan mee goreng ayam mamak petang tadi. ingat bole la tahan tapi macam tak kesampaian jer. lepas mandi tadi sampai sekarang aku duduk depan pc jer. mata ni dah naik kelam kelabu tahu. kalau ada speck kan best. pasal mata kelabu ni memang dah lama dah. ye la aku ni manjang duduk depan pc jer, komfem mata rosak balik. haaiihh. ada duit aku buat nanti, sekarang ni aku memang takda duit. kalau ada duit pun tak pernah nak ingat buat speck. cisshh

haaa!! tadi aku tengok la berita tv3. kebetulan turun nak carik air, tertengok la berita tu.

"sultan johor murka kepada nizar.."
hurmm tak habis2 la isu ni. defak tahu.

pastu dengar dia cakap. lebih kurang camni lah.

" kepada pemimpin yang tersebut, tidak perlu lah mencari kudis orang lain. diri sendiri itu perlu jaga. kan lebih baik kalau kita diam daripada bersuara...." (lebih kurang camtu lah)

fuuuu!! apakah??
mula2 aku macam nak tergelak la dengar dia cakap camtu. lagi pun aku gelak2 sebab si karim tu orang johor. kalau dia takda, dah lama aku baling cerek dekat tv tu. apa punya statement lah. BONGKAK!!

dia ni reti faham bahasa tak? dia ada baca ker tweeter si nizar tu?
ceritanya macam ni lah. pasal no plat WWW1 harga sampai RM500000!!. sultan johor beli. laaaaa!!!! siapa tak kenal memang bangang lah. Sultan mana yang popular dengan koleksi kereta mewahnya? yang pakai buggati verron tu. ehhh, bukan terkenal dengan koleksi kereta tempatan okay. takda dia nak kumpul proton saga 1st edition sampai sekarang ni. komfem2 la kereta2 mewah. hadooii!
Kalau no plat pun sampai RM500000 dia mampu beli. berapa pulak dia mampu beli keretanya. FIKIR!!!

Dia sultan. Dia memang kaya dari dulu lagi. Keturunan raja2 ni tak pernah lagi aku dengar susah hidup makan beras cap rambutan dan minum air masak pakai cerek. Tapi aku rasa ada kot Raja yang pernah buat camtu, nak tahu siapa? RAJAGOBAL coach malaysia tu. AHHAHAHA

Persoalannya sekarang bukan pasal duit dia or duit rakyat or duit atok abah dia. Isu sekarangnya, Isu Pembaziran oleh Ketua Negara, Ketua Agama dan Ketua Bangsa. itu jer. tergamak dia boleh belanja camtu, sedangkan ramai lagi rakyat susah dan sakit. Kalau Doktor Rozmy or Datuk K beli aku tak kesah lah. memang dia takda kaitan dengan kita. Tapi Raja kita buat camtu.

Mana keperihatinan hati itu?
Hati perut?
Moral berbelanja?
Mana simbol pembela agama?
Mana simbol pembela bangsa?
Mana simbol pembela negara?

MANA!!!!

kalau macam ni la perangai sikap kau. apa guna kau duduk di atas sana??

Satu jer aku boleh cakap terutama dekat orang melayu ni, FIKIR!!!!
Ini bukan zaman hang tuah berlawan keris. Ini zaman akhir zaman, jadi FIKIR!!!

Korang nak tahu tak PATIK tu apa maksudnya?????
sebabkan aku membaca, aku tahu lah. HAHAHHA
Nanti aku cerita.

P/S: eh! ada orang tegur Ym aku lah...haaaa

Thursday, June 14, 2012

Work in progress

Kejap lagi aku updated blog.
Sekarang ni tengah form habes nak buat benda alah ni. Nanti kan lah eh.

WORK IN PROGRESS........

Tergoncang diri ini




Takda apa yang lagi sakit melain someone that you love cakap taknak fikir dan jumpa kau lagi. Memang sakit tak berair mata. Aku rela kena potong kedua-dua belah kaki ni tanpa suntik anesthesia daripada melalui kesakitan serupa ini.


Tengah duduk sorang-sorang dekat tempat sunyi rasa hati ini macam nak tarik keluar dari dada ni pastu nak goreng masak kunyit. Mana mungkin seperti ini sahaja sepanjang usia muda begini, rugi. Sudah muak dengan kata-kata cliche orang sekeliling. Benar semua kata-kata mereka, tapi aku mahu realistik. 


Jangan tanya kenapa aku tiba-tiba post benda macam ni. Ini sebab tiba-tiba hati ini tersentuh. Ini soal hati, jangan nak banyak bunyi. Sekor-sekor aku pukul karang. Aku sendiri tak boleh buang element ni. Nak bagi sebab pun tak boleh. 
Dah tu buat benda ni. Saja2 jer. Takkan nak kempen lagi. :P

Ini soal hati. Tak perlu aku terangkan lagi. Sorang pun takkan faham. Baik aku diamkan diri, teruskan membaca hehehe

Esok takda kelas. Nak balik or tak? dengar cerita ceritun bapak dari perlis satu haluan balik kajang. Boleh la dia singgah amek aku sat. Tapi nak buat apa aku balik tempat sumpahan selalu. Boleh kena sampok tahu. 2 minggu straight balik kajang. Kelas hari isnin minggu depan kelas last, lepas tu tunggu buat test 25hb tak silap aku. Better aku stay sini, selasa minggu depan baru balik kajang.

Tadi ceritanya macam gampang sikit. Kelas pukul 10. So semalam aku cadang nak tengok bola pagi tadi. Tapi haram tetidur. Tejaga ayam2 sikit tengok macam belanda kalah dengan germany. Tak pasti lah aku. Aku set jam pukul 8. Alarm pagi tu aku snoze lah sebab kelas lewat. pukul 9.30 sedar tapi macam berat2 pulak nak bangun. Ingat boleh la tidur 10 minit camtu, sekali sedar2 pukul 10.30. peehhhh gelupur gosok gigi. Bawak moto dah macam apa tah. HAHA

Sampai kelas tengok takda lecturer. Watlek jer la. Pastu sorang mmber ni sound aku

"sam!! sebab u datang lambat. Kita tak boleh buat test. kenapa u selalu lambat???"

HAHAHHAHA
cibai btol. test apa lagi ni. banyak betul test. selamat lecturer sporting habis. buat test sikit siap terus boleh balik. Balik kelas pegi CC beli kredit internet. Nak beli 1bulan or seminggu jer? yerla, kalau beli sebulan mesti rugi. nextweek dah takda kelas. Kalau beli seminggu ok jugak, tapi rugi la. Mahal. so aku beli jer lah seminggu punya. RM15. Sangap nak beron9 punya pasal. Tapi bukan on9 fb eh. HAHAHA 

Then aku lepas beli, aku gerak kedai makan. Hari ni makan nasik lauk lemak labu dengan ayam goreng plus sirap bandung. Sedap tu sedap. time tengah makan dekat rumah tengok WHI tetiba sakit perut sangat2. terus takda mood nak makan. Makan setengah pastu buang. ishh membazir betul. Berak dekat longkang ehh dekat jamban la gile. Kat mana lagi. Aku bukan anjing semalam tu berak dekat rumput. HAHAHHAH

Terus onlineeeeee carik bahannnnn.. rasa macam nak tengok movies la. TAKNAK cerita cinta. semalam boleh aku tertengok cerita indon, Heart 2 Heart. cilake betul. sampai habis lak tu. padahal dah tengok. tapi rasa macam nak nangis pulak petang semalam tu. Sedih betul la.






 Macam lisa surihani kan gegirl ni. weh, cite ni sweet saddy tahuuu. Pandu!!!! Indah!!!