Thursday, June 21, 2012

Berpegang pada harapan

baru balik lepak dengan kuda, maman, ijak, baby dan hendri. alot of fun lah jumpa kawan2 lama.
budak kelas time form 4-5. masing2 ada haluan sendiri. baby dah jadi tokey coolblog. ijak study degree dekat UUM sana. hendri baru habis praktikal, dia pun amek akaun jugak. mati la komeee..HAHAHA

tadi hantar hendri lalu la depan saas. Eh, depan saas tu dah ada bumper laahh!! 3 bumper. defak. taktaw pulak aku. banyak dah berubah sekolah tu. btw, rumah fiza depan saas kan. HAHAHA
walaupun pun just lalu laju jer depan tu. sometimes teringat pulak memory2 dulu dekat situ.
naik moto tunggu dekat tepi jalan tu. tunggu dia siap2 pastu meronggeng dengan dia. HAHAHA
nampak la bayang2 dulu tu. flashback gitu. setiap tempat yang pernah aku pergi dengan dia kalau lalu sekarang ni mesti teringat. komfom lah!
macam JJ balakong tu.dulu2 selalu sangat tengok wayang dekat situ. boleh kata everyweek mesti ada dekat sana. after the rapture days, seriously aku mcm separa 'trauma' nak pegi sana. siries tak tipu. 2 tahun jugak la tak jejak jj tu.

since aku praktikal dekat bandar tun hussien onn, aku terpaksa la kena lalu situ.
everyday mesti lalu laluan keramat dewa tu. balik mesti lalu depan saas. kalau nak lunch tu amy and iema selalu ajak makan dekat jj. since that aku dah okay la. takda nak trauma2 sangat. biasa2 jer.
jalan2 dalam tu mesti teringat punya. tipu la kalau tak teringat langsung. itu la kadang2 tersenyum sorang2. penah amy tegur aku sebab aku mcm cakap sorang2 then senyum tetiba. HAHAHAK!

biasalah, memory kan. mana boleh lupa. kalau bole lupakan memory tu, tak mungkin aku nak format memory tu, its a sweet memory in my life until these day. aku prefer, memory ini bole di On/Off kan. sometimes boleh buat sakit hati, sometimes boleh buat hati macam bunga2. but, mostly happy bila ingatkan balik.

kalau lah boleh undur kan masa, tentu aku .........................
tapi nak buat camne, semua nya dah berlalu. tak adil kalau manusia bole undur kan masa. kalau tak jadi tragedy tu, tak mungkin aku boleh hidup dengan life sekarang ni. there a pros and cons in living at this earth. for me, there is a hope beyond the hopes. humans need hope to livin in this human life. kalau semua tak ada harapan dalam hidup ni, apa tujuan manusia hidup dekat dunia ni.? nak harapkan semua benda jadi dengan sendirinya. follow jer tanpa arah tujuan dan objektif. worthless tahu kalau hidup camni.

sama dengan situasi dekat malaysia sekarang ni. as the student in malaysia, kita pasti tidak dapat lari dari hutang. masuk2 belajar tak kira la sijil ke diploma ke, most of the malaysian people akan buat pinjaman belajar. jangan kita fikir banyak2 pasal student yang dapat biasiswa or mara or apalancau semua. yang dapat semua tu bukan majoriti. bilangan nya tak sebanyak yang buat pinjaman PTPTN. fikir balik, tak semua student pandai geliga dalam akademik. TAK SEMUA. kalau semua pandai akedemik, sanggup pulak kerajaan nak bagi biasiswa. so tak semua dapat peluang camtu.

macam aku ni okay lagi, buat pinjaman ptptn then masuk politeknik. yuran murah sebab ipta kerajaan. kira aku antara yang bernasib baik. sebabkan bapak aku kaya sangat, aku dapat hanya separuh daripada pinjaman, rm7000 somethings. kalau full rm14000 camtu. takda la besar sangat hutang tu, tapi still hutang. tapi bila tanya mmber2 yang takdapat ipta atau memang taknak pegi ipta, ptptn dorang sangat2 lah besar. ada mmber sorang ni, pinjaman dia hampir ke rm70000 dan ada yang hampir dengan rm100000 itu HANYALAH DIPLOMA. DIPLOMA gile!

takkan la kau nak belajar sampai diploma jer. dengan keadaan sekarang ni, sijil diploma tu buang2 jer. takda siapa pandang. degree pun susah nak dapat kerja. tu kakak aku tu, pejadahnya keje kedai printing dengan gaji tak seberapa. boleh campak jauh2 la degree tu.

ini situasi2 yang aku cuba gambarkan bila belajar pun kena hutang sampai berpuluh-puluh ribu dekat malaysia ni. bayangkan lepas graduate, hutang ptptn rm70000 (tak termasuk interest). umur baru 21 tahun. 21 tahun bhaii. konfem2 kena kerja sebab nak bayar balik hutang tu. itu pun kalau dapat kerja. kalau tak dapat terpaksa la kerja luar bidang contoh kerja la kilang2 or kedai2 biasa ni. if korang taknk sambung belajar kan, kerjaaaaa sampai la umur 25 or plus2. then konfem nak kahwin. nak kena ada kereta moto sendiri. dah kawin nak kena beli rumah. xkan nak duduk rumah mak apak lagi. larat pulak kan. nak beli kereta buat loan lagi, paling kokak kereta malaysia sekarang ni kereta harga 40k-50k. komfem2 hutang. pastu nak kawin lagi. sekarang ni kita tengok takda 30k duit lu orang, takdapat la kawin. mesti buat loan lagi kan. then 1-2 tahun kawin, mesti nak kena ada rumah sendiri. lalu pulak nak bayar sewa.(ini bole dibawak bincang ikut situasi masing2). kena la buat loan lagi. rumah2 sekarang ni takda jer murah mcm dulu. flat pun dah 40k-50k. standard rumah sekarang ni 150k-250k laaa..

gaji pun tak seberapa kalau tak kena dengan kerja nya. if diploma, basic 1200 jer kalau sekarang ni. tapi tengok tempat jugak lah. paling kuat 1800 kalau nasib baik. bila buat kiraan kasar dengan situasi ni, aku kira2, hutang dalam tangan kita, adalah dalam rm200000 untuk umur bawah 30 tahun. ni kiraan kasar bagi aku.

so apa kaitan cerita hutang ni dengan harapan diatas?
lately, opposition party dekat malaysia buat tawaran untuk rakyat malaysia untuk mansuh kan bayaran PTPTN. what the hek? its good for student lahhh. adalah kurang sikit beban rakyat ni haa.. timbul la macam2 isu kononnya negara bankrup kalau buat camni. tapi takkan la bodoh sangat opposition party sampai sanggup tawar tawaran camni tanpa usul kajian diorang kalau dapat memerintah negara untuk masa akan datang. adakah perancang2 ekonomi dorang adalah cikai2 punya orang, takat lepas degree jer?

so harapan student sekarang ni adalah MANSUHKAN BAYARAN PTPTN. kalau harapan nak mansuhkan benda ni takda dalam jiwa pelajar2, memang gelap la masa depan seperti yang aku gambarkan situasi dekat atas.Harapan dan Usaha. Bagi yang menentang pemansuah bayaran ni, aku boleh katakan seperti

Babi yang sombong menaiki anak tangga sedangkan lif sudah tersedia ada untuk sampai ke atas

lebih kurang camtu lah. orang dah bagi tawaran dan laluan yang bermanfaat untuk semua tapi still nak lalu laluan sukar. padahal destinasinya sama jer. HAHHAHAH

mungkin Harapan aku untuk mansuhkan ptptn ni kurang sikit sekarang ni sebab aku hutang pun tak seberapa nak dibandingkan dengan mmber2 yang pinjam smpai berpuluh-puluh ribu tu. tapi mana mungkin masa depan aku akan berada dekat situasi sama mcm mmber2 aku sekarang ni. so Harapan tu masih utuh untuk Sokong permansuhan ptptn ni. aku akan berikan solidariti kepada semua pemegang harapan untuk mansuhkan ptptn ni. mungkin untuk masa depan anak2 aku(kalau kawin).

itu sahaja untuk malam ni.

P/S:- aku rasa mula2 tadi aku cerita soal hati, tapi dan2 jer pasal politik. HAHAHAHAHK!

No comments:

Post a Comment