Sunday, October 30, 2011

bapak provide us this









Ini family aku. Terutamanya adik beradik aku.
Kira aku beruntung sebab bapak aku seorang yang "into" dalam musik. So aku membesar dengan musik.
Macam2 musik. Dari Oldschool punya musik sampai la musik sekarang ni.

Walaupun bapak aku seorang pensyarah perdagangan, dia takda la suruh kitorang terperap belajar sampai rasa tekanan. Thats why dia provide alat2 musik mcm guitar n piano. Drum dalam gambar atas ni bukan bapak punya, ni kazen aku sewa untuk band dia. :D

setakat ni semua adik beradik aku bole main alat musik. dila dengan islah la untung sebab bapak hantar pegi kelas main piano. aku ngan kakak just bole main guitar. abang tu spesial sikit sebab dia belajar jurusan musik dekat maktab. no wonder dia boleh main byk alat musik.

so jangan terkejut la kalau korang masuk bilik aku ada 3-4 bijik gitar. HEEEE

Saturday, October 29, 2011

kicked your kick!

Kasut2 ni aku kumpul dalam masa 1 tahun!!
Bapak ah boros!! hahahah
tp puas hati bhaii.
ni baru kasut, belum baju. hahhahah

Thursday, October 27, 2011

Heee


HEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE
(SENYUM SORANG2 MALAM NI)

Truth,Lie & Cry

Maybe you knew more than i knew it,
I thought it was my fault. So nothing ever made it right.
There's a moment in my mind i used to be a sentimental guy.
You drifted far away. People talkin' and I'm watching.
We talked but you never spoke a word.
It ain't easy to live just with your ghost.
I dont want you to be a ghost for me.
They say "My God is a good God and he cares"
So will you be there went i need you?

Sunday, October 23, 2011

You and I

selamat pagi semua.
aku pun tak tau kenapa aku bangun pagi sangat harini.
padahal aku tidur lewat kot semalam, 4 pagi. nak taw aku buat apa

MELUKIS RABBIT

hahhhahahha

dan2 jer bangun pagi. segar pulak tu. time2 kerja xda pulak nak jadi cmni.
ahad kot. damn!!

harini aku nak pegi klang, umah paklong.
lama giler tak pegi sana. 2-3 jugak lah. lama siak!!

tah mcm mana keadaan kawasan sana, tah2 dah pavillion dekat klang sana.
hahahahah

barai tak saya.?
mesti tak hensem kan?


Saturday, October 22, 2011

Clothing Plan

semenjak 2 menjak ni, kepala hotak aku asyik fikir pasal nak buat printing and paling major aku fikir kan pasal nak buat CLOTHING.
tak banyak clothing dekat malaysia ni. paling kuat pun produce t-shirt.
kalau aku tengok indonesia punya scene, superb habis.
mcm2 dorang buat. t-shirt,seluar,beg,kasut and etc.

aku cadang nak bukak 1 lah.
mana tahu bole jadi mcm Roxy or Topman. mana tahu kan...
apa yang kurang dekat malaysia ni ialah materials.
susah betul nak carik raw material untuk produce semua benda2 tu.
mana taknya, nak dapatkan Tees kosong pon susah. kalau ada pun import bangla n china.
ada tu ada mcm Oren Sport. tak banyak variety untuk pilih

malam semalam aku dapat idea best.
aku cadang nak belajar jahit T-shirt. okay tak?

beli kain t-shirt, pastu jahit sendiri. pastu jual.
haaaa..amacam..
sambil2 aku jahit, boleh jugak aku buat printing.

aku dapat inspire benda2 ni sebab aku tengok indon semua DIY.
tees print full, sweater nya. dorang punya garment variety.
itu yang bg aku inspire..

papehal pun aku kene survey material dalam malaysia dulu.
kalau takda, baru aku carik dekat indon. apa susah, kawan dari indon besepah dekat fb. :D

the most important thing is CAPITLAL.
aku perlukan modal. that its.


Impossible?? No, I'm possible

"from wat i've read, demak's scrambler got good rating among malaysian... DMX, DTM etc... unlike the kapcai demak which is famous for it's only 1 month lifespan..."

"the previous version from demak is like comel & nitro, spesis pakai buang, but lately demak seems like increasing their source quality, i've heard good comments about the newer models... "


"i juz called Demak salesman (not the manufacturer, the shop selling lotsa Demak bike), he said the quality worse than comel, he didnt recommend the bike, but he said DTM and gang is good... other than the scrambler, dont.. "



Thursday, October 20, 2011

Aksesori

Harini takda benda nak tulis.
tekak mcm gatal.
mcm nak batuk.

Wednesday, October 19, 2011

wey gambar raya weh.

 
KAMI CUCU LELAKI NENEK PALING HENSEM LAGI NAKAL
style tak songkok kitorang??
hahhahahah
Ni la famili aku yang tersayang sangat sekali.
gambar raya famili aku mesti slek setiap tahun.
tahun lepas mak tutup mata.shake sana sini.
tahun ni camereman wat hal lak, tangkap tak penuh.
sihall lahh. hahahhaa
Naim, Nua, Mak
nampak cute lak posing mak. kannn??
Dila, Kakak, Mak
Islah takda pulak dalam ni.

Naim dengan "abang Nua"
HAHAHAHAH

Baru sekarang aku ada masa nk kongsi gambar raya aku. sebelum2 nii sibuk la doe.

Tuesday, October 18, 2011

Betullah, hari ini lebih baik daripada semalam

harini 2nd day audit dekat company gasworld.
bapak la bosan. tapi ok sikit la harini.
"hari ini lebih baik dari semalam.."

semua bejalan mcm biasa.
balik agak lewat. sampai2 office dah pukul 6.40 petang.
jarang aku balik lewat2 ni. selalunya sharp pukul 6 aku dah siap2 nk berambus.
hahahhaha

ni aku nak cerita sikit la pasal semalam.
semalam budak2 office ajak lunch dekat Paparich.
terus terang aku tak pernah pergi makan dekat sana. disebabkan boleh claim, aku follow jer la dorang.

masuk2 jer dah rasa exclusive giler babi. rasa mcm orang kaya.
tengok menu dia.

HUUUHHHHH!!!

air paling murah RM 6.50!!!
makanan tak yah cite lah...haiihhh

disebabkan duit office, aku pilih la yang paling mahal. alang2 kn.
aku order chicken chop dengan mocha chocolate float.

chicken chop dalam RM14++
air mocha RM10++

kaya tak gaya aku??? puiiii!!

ingatkan sedap la makan dia sebab mahal. sekali rasa.

makkkk aaiihh!!!
tukang masak dia ni belajar masak tak ni. mcm lahanat rasa nya
sumpah tak tipu. TAK SEDAP!!

kalau 5 bintang, aku tak bagi bintang la cibai.
haram jadah rasanya.

nasik sumpah sikit. mixed vegetable mcm dah 2 hari tak masuk frige. sos black paper chicken chop tak rasa apa2. mcm pakai pewarna jer. beby!!!

kenapa mahal sangat sedang kan tak sedap?

tapi air mocha float dia memang terbs la. tu aku puas hati. rasa mocha dia tu.

fikir2 balik, aku xkn pegi paparich dah. nyesal.selamat bukan duit aku.

harini kitorang makan Pizzahut. BHAHAHHAHAH
sedap tu sedap la. tapi tak kenyang.

Monday, October 17, 2011

it's so grey day

Hari isnin macam biasa, pergi kerja. Tapi isnin hari ni kena datang awal sikit sebab harini kena pergi Kepong Lama audit company, GASWORLD SDN BHD.

Aku datang awal pun bukan pergi awal pun. Dorang pulak yang datang lewat.
Pagi tadi aku tak sarapan. Selalunya aku akan sarapan walaupun datang lewat. Tapi hari ni even aku datang awal, aku tak sarapan. lain macam jer hari ni.

Kitorang pergi 4 orang, aku, waqas, iema and wong. Wong bawak kereta sambil belek GPS GARMIN NUVI baru aku rasa.
Sampai2 kilang company tu, depa ajak naik office kat atas.
Waqas bagi taw, company ni buat sales RM 15 JUTA!!! palehotak dia la. tapi office sumpah mcm reban babi. aku pun tak paham. ahmoi banyak yang lawa2. daaayyuummm!! HAHAHAH

tempat kitorang buat vouching tu sumpah mcm tempat pelacuran. barai habis. teruk la cibay!!!

entah laaa, harini serba tak kena la. padahal buat kerja senang. memancang buat silap. tak focus. sampai kene tegur la dengan waqas. jarang si pakistan tu tegur aku.

"this not at college anwar...you need to focus on your work..."

haihhhh. terus aku takda mood sampai balik. duduk dalam kereta senyap jer. memang la senyap dah aku TIDUR!!!!!!!!

BAHHAHAHAHAH

Balik2, aku tengok dekat pintu rumah ada notes tampal.

" mak pergi rumah maksu, kunci tempat biasa...."

pelik jugak aku, bila masa ada "tempat biasa" ni.. hahahhahah

carik la aku kunci dalam kasut2 kt luar tu. padahal dekat kunci motor aku tu ada kunci..last2 baru ingat.
baru nk carik kunci tetibe ada orang bukak pintu. sekali kakak la..beby!!!

masuk2, kakak cakap...

" weh kau taw tak nenek masuk hospital??? sekarang ni nenek dekat klinik al-zahrah.."

aku pun jadi pisang kejap..blur la jugak.
pasal nenek sakit jantung tu aku dah taw dah 2-3 minggu lepas. tp pasal masuk hospital ni buat aku terkedu lah.
risau dibuatnya.

patut la harini serba tak kena....
sangat moody la awak..
awak dekat mana haaa?
sihat takk?
ingat lagi tak dekat saya?

BEBY*!!!!!
*BABI

Sunday, October 16, 2011

Ipoh = hope

Malam ni selamat aku sampai kajang dari ipoh.
selama aku ada dekat tanah darul ridzwan, ipoh perak, mcm2 bende aku alami.

tipu la tak rindui life ipoh bhaii.
antara perkara aku akan rindu bila aku dah balik kajang

- Life bujang. tentu2 la rindu. mana taknya, kalau aku duduk kajang dah tentu2 aku hidup senang. duduk dengan mak bapak citanya memang senang lah. semua orang buat kan. kadang2 mcm takda function bila fikir balik. hahahahah

- makanan dekat ipoh. waaa..ni paling besshhhtttt. antara hidangan special bagi aku, nasik goreng usa dekat HB road, nasik 2 rengget, nasik goreng usa taman cempaka/celaka, lenkong susu(ni paling stim)

- lama tak basuh baju sendiri. lama tak kemas rumah sendiri. urus kan diri sendiri. hahahhahah

-BUNDLE. hahhaha loken la citenye. tempat tu mcm ada mambang la. bangun pagi2 semata-mata nk jengok tempat tu. kalau ada duit sedap la.takda duit usha bodo jer la. hahahah

1 tahun lepas, memang ipoh la tempat aku selesaikan masalah jiwa aku ni. hhahahah
dengan hidup kesunyian, kesepian, kepalatan, kebangsatan, kelancauan dan lain2, aku recover sikit demi sedikit masalah aku ni.
sekarang ni aku dah okay sikit2 la. tapi bukan 100%. bak kata Yuna,

"setiap gambar ada lagunya.."

entah la, semenjak 4-5 menjak ni, rasa lain mcm jer. ontahhh lahhh..

Friday, October 14, 2011

Ipoh

wey, kejap lagi aku nk terbang ke Ipoh. rindu giler dekat ipoh.
sekarang ni tgh tggu siapkan baju production min.
sekarang dah pukul 8.30 malam. ?? tak tahu nk gerak ker tak?

Wednesday, October 12, 2011

Aku sayang janda aku, LABU :D





Pernah tak korang semua beli kucing???
haaaa. ni aku nak bagitaw korang semua.
Ini lah kucing aku. namanya LABU.
azali (actually), kucing ni sebenarnya kucing jalanan. entah macam mana dia bole lepak rumah aku.
setelah sekian lama di maki cerca, di sepak terajang, di penyapukan.
akhirnya bapak aku dengan rasa rendah diri setuju nak jaga dia.
BAHAHHAHAH

takda la setuju nak bela, tapi yer la. sikit2

" miawww...miaawwww..... "(sambil gesel2 badan dia dekat kaki)

tak nak rasa rimas pulak kan.
so baik kitorang bagi dia makan.
kadang2 senyap, kadang buat cacat pulak.
sbbkn dia buat cacat taknak makan, maka makan lah penyapu lidi.

hahhahahah

Labu ni janda sebenarnya. sebab apa dia jadi janda aku tak tahu.
samada dia cerai talak 3 ataupun laki dia mati di medan perang.
itu aku tak dapat pastikan.

kadang2 kesian tengok dia, selalu dijadikan bahan pemuas nafsu jantan2 diluar sana.
tu pasal setiap tahun "kucing" dia akan bunting. sedih aku.

APAHAL KAU NI NUA?? KAU KUCING APA NAK TACING2 ??

BHAHAHHA

entah macam mana, aku pon mcm dah sayang dia sangat2..hahahahah
walaupun aku maybe ada alergy dengan kucing, aku tetap nak rabe2 dia. hahhahah
kadang2 aku tidur dengan dia. tapi lain2 bantal OKAY??
tidur jer, tak lebih dari itu..
HAHAHHAHA

yang paling bestnya harini, time aku tengah kusyuk buat kerja dekat office tadi.
tibe2 hp aku masuk msg..sapa pulak msg aku pagi2 ni. jarang aku dapat msg.. setahu aku, aku mana ada makwe. hahhahaha

sekali daaaa..Mak wa aku msg.

"nua, labu dah besalin.."

BAHHAHAHAHHAHAH

sumpah sweet doe. MAK aku bg msg pakai HANPHONE bhaaiiii!!!!!
entah mcam mana mak aku pandai nk taip msg pakai hp. hhahahaha

Harini Labu dah bersalin.
3 ekor anaknya. syukur...

sekarang ni dia dalam kotak. sapa2 dekat dengan dia, KUKU dia keluar. haaaa
nampak disitu mcm mana tanggungjawap mak terhadap anak2.
malu la dekat manusia2 yang ada akal tu tak pandai jaga anak.
ahhahahahah

haritu bapak ada ckp nk pegi beli sangkar untuk anak2 labu. balik2 dari kedai natang, dia bawak kotak pampers la..mcm gampang!! hahahhaha

Monday, October 10, 2011

Dorang dah ada, aku takda lagi. babik!!





kadang2 okay.
kadang2 tak okay.
kadang2 happy.
kadang2 tak happy.
kadang2 nak jugak merasa main message sampai lewat pagi.
kadang2 nak jugak merasa call orang sampai tertidur.

orang cakap single ni best.
memang best. tapi kejap jer shial. tak payah la nak nipu aku. kejap bole lah.
dah lama2 lonely jugak babik!!
hahahahah





Aku takda, company tu tak jalan weeyyy

semenjak pc dekat office tu rosak. aku dah tak bole online dah. malahan aku tak boleh nak buat kerja.

"nua, tolong buat cover letter.."

"Pc rosak la u..."

hahahhahah

tup tap tup tap
dah 3 bulan lebey aku ada dekat company tu.
banyak jasa aku taburkan disitu.
senang cerita,

Aku takda, company tu tak jalan weyyy..

HAHAHAHHAHA

minggu ni banyak kejutan untuk diri aku.
tak tahu nak buat apa.
adakah aku memerlukan nasihat orang lain??

aku rasa TIDAK.
hidup aku, risiko aku.

Sunday, October 9, 2011

Suckseed



aku baru habes layan cite siam ni wey, SUCKSEED.
wey best wey. awek dalam ni sangat2 la comey doe. laki2 dorang pon comei doe. hahhahaha

cite ni pasal cinta, persahabatan. memang sewwiitt doe. sedey pon ada shial.
selamat happy ending. hhahahah

aku senyum sampai ketelinga la tengok cerita ni. hahhahah
tah apa yang aku senyum pon aku tak paham..

aku mungkin dilahirkan untuk menjadi seorang yang "loser", tapi aku bukan dilahirkan untuk jadi lemah.
YEAHHHH!!!

shit la. aku sunyi ni shial. memang empty hidup aku sekarang. apa nak buat??


Braces atau pendakap gigi

nak bagi taw ni, aku dah start nak pakai braces ni bhaii..
buat masa sekarang, step petama sebelum pakai besi tu aku kene letak "band" atau getah dekat celah gigi belakang2.
tujuan nya aku tak paham sangat. doktor kata nak jarak kan gigi tu. still aku tak paham lagi. kenapa gigi belakang jer. hahahah

mula2 pakai tu mcm excited nak mati weh. doktor letak getah kecik warna biru dekat celah gigi belakang.

2 bawah kanan
2 bawah kiri
2 atas kiri
2 atas kanan

exticed la sangat. lepas pakai tu, aku balek. tidur. doktor tu kata kene pakai 1 minggu jer. ok la.kejap jer

balik tu aku tidur..bangun2 petang tu aku cek2 getah tu tinggal 7 !!!!!!!!!!!!!!!!!

shibey weh. getah tu terbukak time aku tgh tidur and aku DAH TERTELAN.. hhahahhaha

cemana la benda tu bole tebukak. aku bukannya tgh tidur tu makan kopok lekor. hahahhaha

hari pertama ok lagi bhai. masuk hari kedua. pagi2 nk pegi kerja

OMG!!!!!!!!!
SUMPAH sakit gusi2 aku babi!!!!!!!!!

sakit giler!!!!!
tak tipu weh!!!
sakit giler!!!!

aku dah mcm cacat la shial. tak bole kunyah bnde. sakit sangat. tangkap satu badan.

hari2 aku makan bubur. mak masak kan bubur untuk aku. family semua gelak jer. hahhahaha

sampai lepak dekat 15 bangi pon aku bawak bubur ayam mekdi la doe. hahhahah

semalam gusi aku dah macam pulih sikit. mlm semalam aku dah cuba berani kan untuk makan selain bubur.
malam lepak mamak aku order roti sardin dengan frenckiss eehhh frenchfries.. hahhahaha

syukur. aku dah boleh la makan sikit. hahahah

PERNAH TAK KORANG MAKAN SEBIJI KARIPAP DALAM MASA 5 MINIT????

aku boleh buat time sakit tu. hahhahaha

Sebab bila sakit gigi mood terganggu. seriously. patutlah ranking sakit, bagi tangga ke-3 jatuh kepada sakit gigi, selepas sakit mati dan sakit bersalin.

doa kan aku dikuat kan semangat time sakit2 ni.

kan best ada orang suapkan bubur untuk aku..??
anyone ???

Saturday, October 8, 2011

first step first

MORNING!!!!!!!!!!!!

Hari ni hari Sabtu..CUTIIIII...

Harini nak update blog ni

YES2...

Tuesday, October 4, 2011

X-ray days

nak nangis and nak nangis and nak nangis guling2.
Harini aku tak kerja sebab harini aku pegi Hospital Serdang buat Xray untuk braces aku.

itu benda takda masalah, tapi masalah datang time aku nk print baju untuk event bapak aku, "akustika, teknika,"

baju warna Hitam, design nak warna kuning. aku tak jangka masalah akan timbul bile kombinasi warna ni aku pakai.
senang cita 50/50 la. aku tahu kaler kuning tu memang takkan solid, mesti ada kabur2 sikit. tapi time aku print.
BABI!!!!!!!!

kaw2 kabur la. belak2 warna kuningnya. mcm lancau!!

aku buntu doe. aku tension la shial. aku nk lari masuk hutan la doe.

disebabkan aku nk jaga maruah aku, aku akan gunakan plan Z.
aku akan ganti 23 helai baju hitam tu dengan kaler putih...
so maknanya aku takda untung and aku rugi.

so malam ni aku tak bole tidur selagi baju putih ni tak siap.
malam ni aku nk pegi damansara damai amek baju tu. selamat akak tu ada time urgent2 ni.
syukur.

tibe2 aku nk bukak blog tulis benda ni. padahal takda point pon kan.
ehhh, suke hati aku la. ni blog aku. hahahhahaha