Friday, January 27, 2012

sunyi dalam harok pikok


saya di ipoh
saya sunyi dalam harok pikok

Saturday, January 21, 2012

gotong royong blog ni. dah berkeladak blog ni.

(bersawang blog ni)

Lama tak tulis cerita dekat blog ni. aku macam biasa sibuk semenjak mula semester baru dekat politeknik. semester 5. sebenarnya bukan la busy sampai takda masa nak duduk depan komputer cuma mood nak menulis tu tak berapa nak ada. mungkin sebab privacy jadi aku malas nak menulis cerita aku. dekat ipoh duduk dengan min satu bilik. kalau aku online dia mesti nak online. rasa semak pulak. HAHA pastu nak bukak lagu kuat2. dah la speaker tu tak berapa nak sedap. macam speaker henset jer aku rasa HAHAHA.

Macam acara2 yang aku terlepas nak buat ulasan dan catatan. contohnya tragedi pembebasan Anwar Ibrahim 9 Januari haritu. Pasal keadaan aku dekat politeknik. pasal life dekat ipoh. banyak lagi la lupa nak buat catatan. takpa2, nanti slow2 aku akan catatkan.

Right now, aku tengah berada dekat Kajang. sekarang ni cuti empat hari Raya Cina. so aku kena pulang ke kajang sebab aku dah lama tak balik, dalam 1 bulan jugak la duduk dekat ipoh. sekarang ni aku tak berapa nak sihat sebab tengah Batuk dan Seme2.
Gambar yang aku letak ni adalah keadaan aku sekarang. COMOT kan? hahhaha
kertas yang aku pegang tu adalah topeng V untuk flashmob adam adli. aku print siap2 kononnya nak pergi, tapi sebabkan tak sihat dan tak de member, aku duduk sahaja dekat rumah.



Nampak tak getah braces baru aku tu? haaa itu aku baru tukar semalam. ingatkan nak tukar warna PINK tapi takut bertambah jambu muka aku nanti. hahhha so aku tukar warna BIRU. nampak contra sikit warna nye. HIII sepatutnya haritu jumaat semalam tu aku ada kelas. sebab kan ada appointment dengan klinik, aku terpaksa la ponteng kelas. orang kata, sambil menyelam,sambil tu kita minum air. aku terus la sambung cuti. jadi aku cuti 5 hari! hahahha takpa2, aku dah mintak surat dari doktor. papehal kalau lecturer tanya, aku bagi jer surat tu.


haaa ni ada cerita best, nampak apa aku pegang dekat atas ni. haaa ni adalah POSTER untuk PROGRAM MENTOR MENTEE untuk jabatan perdagangan Politeknik Ipoh. haaaa buat pengetahuan korang, semester ni aku jadi AJK PROMOSI bhaiiiiii!! buat pertama kalinya aku rasa aku involve dalam aktiviti politeknik weyyyy!! aku rasa tersangat la terharu. terima kasih la kepada rakan2 aku yang nampak kebolehan aku untuk buat benda alah ni. konsep yang aku ketengahkan adalah konsep MERAH TAHUN BARU CINA. cambodoh tak? HAHHAHAHA aku pun tak tahu ape konsep ni. nampak mcm freemason pun ada. hahhahah ni baru draft ok. btw, aku tekat dalam diri aku yang aku akan cuba untuk involve kaw2 dalam sosiality suasana politeknik. sebab aku rasa aku dah lewat sangat sebab aku dah masuk semester 5! aku nak cuba carik kawan2 baru dari kelas lain terutama kawan PEREMPUAN. hahahahahha apaadahal?? aku memang tengah carik partners untuk hidup bujang aku. aku bukan ada awek pun sekarang. dah hampir 2 tahun aku single dan fuckin unavailable. hhahahah

seriess aku agak sunyi bodoh!!! aku tengok member2 aku semua dah ada awek siak!! hahahahha aku jeles doeee!! hahahahhah
mungkin sebab aku pakai braces awek2 takut nak dekat dengan aku. hahahhah
tapi ada jugak cakap aku cute. hahhahahah

semenjak 2 menjak ni, aku rasa mcm tak puas hati pulak dekat politeknik PREMIER tu. mcm lahanat sekarang ni. takkan aku nak jadi Adam Adli lepas ni? bole jadi tapi sokongan tak berapa nak ada sebab budak2 poli sangat berbeza dengan student2 IPTA yang lain. as the conclusion, student politeknik LEMAH dan OUT OF DATED. sori aku cakap, tapi benda tu hakikat. nanti ada masa aku cuba tulis apa yang aku cakap lemah dan out dated tu.

malam ni malam minggu. apa pun tak dapat. sial la puith!

Thursday, January 5, 2012

tak teragak-agak aku beli 2nd kasut figos

Yes!! aku dah ada kasut futsal baru.
aku hadapi masalah carik kasut futsal dekat ipoh ni sebab semua kasut aku dah barai.
so aku ambil keputusan nak beli kasut baru.
dengan tidak teragak-agak, sekali lagi aku beli FIGOS!!!

YEYEYEYEYE

selama aku hidup, aku paling aku rasa paling terbaik adalah brand figos.
tapak lembut, shooting sedap, fleksibel
tapi
just tapak dia tak berapa nak tahan. sangat2 tak tahan.
yela, harga pun rm60 lebey, no wonder lah

so sekrang ni aku dah ada kasut futsal, so tak payah nak pinjam2 orang ipoh punya.

aku boleh menjanjikan persembahan yang terbaik kalau aku pakai figos. HAHAHAH
ala2 messi tu takdahal lah. hahahah

Monday, January 2, 2012

Dia masuk jail pun bagus jugak, baru whole world watch it.


Sama ada Anwar Ibrahim bersalah atau pun dibebaskan, sama-sama kita saksikan peristiwa ini.
Kalau dia bersalah dan dihumban kedalam penjara, aku rasa lebih baik. Ini boleh membuatkan mata-mata rakyat berfikir tentang apa yang dikatakan keadilan dan ketelusan sistem perhakiman negara. Tuduhan liwat ini adalah tuduhan kali kedua selepas tuduhan liwat pertama pada tahun 1998. Jadi ini merupakan tuduhan liwat kedua untuk Anwar Ibrahim selepas dia dituduh meliwat Saifool Bukhari.
Mengikut perkembangan dan penjelasan Anwar, dia mengatakan bahawa jika dia betul-betul meliwat si Saifool ni, Anwar melakukan liwat ini di sebuah apartment yang didalamnya mempunyai lebih 10 orang rakan Anwar termasuk 2 orang pemilik apartment tersebut. Penjelasan yang diberikan ini menunjukkan terdapat kesongsangan fakta dan bukti yang di hebahkan didalam media arus perdana. Siapa yang peka tentang isu ini anda boleh kesan kepelikan tentang apa yang dikatakan didalam media arus perdana terutama TV3 yang setiap hari menghentam keluarga Anwar dan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat. Boleh nilai sendiri kalau mahu. Kalau tak lalu mendengar media arus perdana, cari lah media alternatif. Kenapa aku berani cakap camni? sebab berita tv3 pernah tipu pasal aku ketika peristiwa bersih. Tipu tentang bilangan peserta yang hadir. Depan-depan dia tipu. Itu baru perkara yang kecil, belum lagi yang besar-besar. Nilai lah sendiri wahai rakan-rakanku.

Aku ni bukan la agungkan sangat si Anwar Ibrahim ni. Aku sanjung disebabkan kekuatan dia untuk tegakkan keadilan. Macam2 lah dia dah kena. Tuduhan Liwat 2 kali, kena bogel, fitnah video lucah, tuduhan dia kononnya agen yahudi, amerika dan islam liberal. Aku bole katakan orang yang paling dimalukan di dunia buat tahun 2011 adalah si Anwar Ibrahim. Whole world watch dude!

Kita sama-sama doa yang tuhan aku tunjukkan kebenaran tentang dunia bila dia mengizinkan sesuatu perkara seperti ini.