Thursday, June 30, 2011

PAUSE

rasanya dah lama jugak la tak memblog ni.
almaklumlah banyak event2 yang harus aku follow disebab kan BEFDAY aku.
macam2 function dengan mmber2.
celebrate sanasini.
papehal pon, aku nak bgtaw yang buat masa sekarang ni takda mood dan kudrat nak tulis cerita.
cerita tu banyak..banyak sekali. tapi takda kudrat nk taip n fikir.

sekarang  ni aku nak bagitaw yang esok aku nak pergi melaka..VACATION!!!
dengan bestie2 aku beb!
jumaat sampai ahad. lama tak tido hotel weh! hahahha

Isnin aku dah start Industrial Traning dekat HEW AND PARTNERS.
tak SABAR, tapi TAKUT.

Friday, June 24, 2011

Terima Kasih Daun Keladi

semalam malam, ramai kawan2 yang wish aku dekat facebook. masing2 kan..hahahah
sebaik ada remainder dekat fb pasal birthday..senang la korang. kalau nk igt birthday kawan2 memang haram la kan..hahaah

selalunye kalau befday, dapat call free kn. tapi aku tak, sebab no yang aku pakai sekarang ni asalnye bapak aku punye..hahaha so nk call free tggu befday bapak aku lah...haaaa
tggu la bulan 10 nanti.

ada 2 orang jer wish pakai henset, sorang 'edleen gam'..dia paling style..xda pakai fb2 ni.hahaha thanks ed.
ni edleen gam*
hahhaha

sorang lagi Nelly, lepas semayang subuh dia call..agak tekejut jugak lah..hahaha siap nyanyi tu..
'happy beeffdayyy to youu, happy befday nuaa....'
agak sweet jugak  lah kikiki

tapi sorang ni lagi buat aku mcam nk menangis sambil lari sebab terlampau terharu dibuatnya,
siap suroh datang rumah dia, sembang dengan aku nk pesan barang bagai.
sampai2 dia bagi plastik, pastu wish kt aku..
walaweh..ini btol2 buat aku bergelinang air mata.
dia bagi aku coklat

ni la Hany. sumpah nk nanges..
1st time aku tgok gigi hany tampe BRA-CESS

papehal pon, acara kemuncak malam tadi, pukul 3 pagi
MIN, JAGONG, WAN, AM, KAWAN JAGUNG datang rumah aku.
Jagong belanja mcd set 2..tak pasal2 min jugak dapat beger..shiall.hahaha
jagong buat hadiah best, kotak tv dia potong2, pastu tulis 

"Happy befday Nua"
pastu sangkot kat leher..hahahah
style dorang ni.
lepak depan rumah aku mcm gila,,haha

papehal pon, aku ucap kan berbillion  terima kasih yang terlampau kepada kwan2 yang wish aku. kalau bole bagi la hadiah, agak2 la tak bagi..hahahaha

bagi sesiapa yang tahu befday aku, tapi taknk wish. aku tak kesah. mungkin diri aku ni tak penting bagi kau. so aku tak kesah.

akhir kata. Selamat Hari Jadi SYAMSUL ANWAR

P/S sekarang ni aku bengang, kenape ecah rauf tak wish2 lagi ni. shirit punya ecah

HAHA

(befday boy sedang tidur)

Ini "belas" terakhir

Ini adalah post aku yang terakhir ketika umur aku 9 BELAS tahun. Tepat jam 12 malam, tiada lagi "belas" dalam umur aku. Ini adalah "belas" yang terakhir untuk aku. Sedih ada, Gembira pun ada.

Hari ini aku 19 tahun, esok aku dah 20 tahun !!!
Mungkin setakat aku hidup ini, mungkin ini ulangtahun aku yang paling aku hayati dengan hati yang dah meningkat dewasa. Almaklum lah, hati aku sekarang ni dah banyak sangat berubah dari segi fizikal malahan rohani..KihKihKih

Aku tak harap pun orang nak celebrate aku punya harijadi, tak mintak pun. Tapi kalau celebrate tu, kira untunglah aku. Kebiasaan dalam keluarga aku, if somebody punya harijadi, bapak akan ajak keluar makan "KFC". Cukup seronok dulu. Itu jer peluang nak makan fast food. Dulu macam MCD or PIZZA ker, aku tak pernah pun makan. Baru-baru ni jer dapat peluang makan sebab hidup "sebatang" kera. Duit mak bapak bagi suruh makan nasik, aku pegi MCD beli set no 2..hahhaha

Aku akui jarang sekali celebrate harijadi aku mahupun harijadi orang lain. Boleh dikira dengan sebelah tangan jer berapa kali aku celebrate. Dulu rasanya time darjah 2, penah la celebrate. Bapak buat. Time tu, maksu bagi hadiah, jersey antioni..perrhhhh.bangge habis weh. sampai sekarang aku simpan. siries ada lagi.

Tahun berganti tahun tanpa hadiah, aku melangkau usia2 dewasa dengan macam2 kenangan. Aku ingat lagi, time tingkatan 5. First time aku dapat hadiah dari budak sekolah. Time tu myspace memang top. Bila time birthday, ada reminder dekat profile. So senang lah..hahhaha Aku ingat lagi, pagi2 pergi sekolah naik moto. Sampai tempat parkir, ada orang tegur. 1st time orang tegur weh, lagi2 perempuan. Amalina rasanya nama dia. Dia tanya aku 

"esok birthday kau ehh..."

aku angguk kepala mcam biasa.
tuptup

esok aku sampai pagi kat sekolah dia bagi aku coklat..what!!!
bagi aku agak terkejut dan terharu la. 1st time orang bagi. dalam kelas aku dok pulun makan dengan member2..hahahah

then next year nye, aku dah pun ada 'cewek'. 1st Love aku. Time tu 1st time aku nak celebrate harijadi dengan girlfriend. Memang aku akui, memang special betul time tu. Dia plan lah, apa lah. Agak special sebab betul2 ada orang ambil kesah dengan 'harijadi' aku. Tak silap aku, dia plan sama kakak dia untuk celebrate dekat hotel. Makan dekat hotel. Kt KL sana. tapi plannyer tak jadi sebab hujan satu, pastu aku hanya mampu bawak dia naik motor aku. agak bahaya kalau pergi kl lagi2 hujan. So cancel. Aku tak kesah sangt bab 'celebrate' ni. Tapi kalau ada orang sudi nak celebrate befday aku, kira aku suka sangat lah. Then esoknya kitorang date. Haritu dia belanja aku makan MCD, pastu tengok wayang tak silap aku. Then dia bagi aku hadiah, Tshirt PDI kaler pink. Bagi siap kotak gambar bear2 tu..hahhahah agak terharu lah. Bagi aku baju camtu dah cukup mahal bagi aku. I appreciate that present. seriusly. Bole kira sebelah tangan jer bape kali aku pakai. lepas break, aku langsung simpan baju tu dalam almari. sekali skala, usha2 baju tu..haaiihhh
(cerita banyak pun tak guna jugak, mungkin rezeki tu tak menyebelahi aku)

sempena ulangtahun aku yang ke20 ni, aku nk katakan bahawa aku sekarang ni kena berubah untuk future aku. aku taknak dah murung2 tensyen2 pasal personal life. aku nak kejar impian aku. aku kene kuat untuk teruskan hidup yang nak kiamat dah ni. orang kata, lepas tiup lilin kat cake befday

" make your wish..."

harapan. 
kalau personal life, aku harapkan tuhan tolong kuat kan iman aku jadi mukmin. aku dah banyak kelaut. lalai mcm gampang. 
Aku harapkan, tuhan ubatilah kekecewaan  hati aku ni. siapa ambil kesah pasal kisah aku, mungkin dorang tahu pasal diri aku yang penuh kemurungan.
alhamdulilah, baru2 ni tuhan dah tunjukkan jalan dekat aku. walaupun sakit dan hancur, tapi bila difikir lama2. ada betulnya keadaan ini. biasalah sampai ke mati pun harapan tu ada, tapi hidup ni kene teruskan. :D
4hb aku pegi praktikal. dapat alaun..yesx2!!!

antara wish list aku kalau aku ada duit
1.Aku nak Iphone 4 or galaxy or blackberry
2. aku nak uprgrade pc aku. kasi bole main game.
3. aku nk wacom, DRAWING TABLET
4. aku nk pegi amek lesen kereta
5. aku nk pegi bundle kaw2..sampai makbapak marah

dan banyak lagi..esok sambung

P/S ramai jugak wish.penat nk reply..selamat ada reminder kt facebook..hahaahah

Thursday, June 23, 2011

Klimaksnya seperti yang dijangkakan

Cerita Kajang

Kajang..nahhhh
Tak tahu nak buat apa.

(mata kelip2)

Wednesday, June 22, 2011

Futsal Terakhir Untuk Tahun 2011 di Ipoh

tadi pukul 10, aku dengan budak2 kelas "repeat" main futsal dekat jalan kampar.
team aku lawan team budak sijil..hahhaha

mula2 agak risau sebab dah lama tak main. ye la dok ipoh haram jadah nk bersukan. ada pulak mmber2kan..haiih

agak happening la main tadi. dengan abe@faiz yang macam haram skiping kelate dalam court..hahaha

lepas main lepak minum kt belakang medan gopeng..cam biasa lah, penat beraksi. kene la minum. aku bukan nurTALAHA pon. hhahaha

ada sorang dak kelas ni Anip dok tanye aku..

"kau asal mana SAM??"
babi. dah 1bulan lebey 1kelas baru nk sembang ngan aku..hhahahah
almaklum la. aku pendiam dan penyegan orang nya..acecece

"aku asal kajang..."

anip dengan muka gelabah tetek nye..

" laaa aku duduk b.tun husin on..."

hahahhah orang dekat ni beb..hahhah

dia sembang lah, dia praktikal kat saujana, bapak dia ada company kat sana..bla bla bla..hahahaha

lepas lepak minum..balik..
sembang dengan abe. dia nk balik kelantan esok, NAIK MOTO..farkkk!! hahahhah

papehal pon, agak enjoy dengan budak2 kelas nakal..sama spesis ngan aku.
ye la budak2 kelas aku yg dlu PANDAI..aku tak setaraf dorang..hahahah

apa nk buat sekarang. bdan penat. baju ada yg nk kene basuh.
esok nk balik kajang.YAAAAAAAAAAAAAAAAAAEEEEEEEEEE!!!

tak sabar weh...siries shitt tak sabar. esok cadang bangun pagi. basuh2 baju. pastu pegi balai polis* hahhahaha

P.S. Esok kelas pukul berapa arrr?? HAHHAHAHA wa freedoommlaaaa

Tuesday, June 21, 2011

Jasad di Ipoh, Jiwa Ragaku di Kajang

YES!!!!!!!!!
Exam dah habes penat tunggu, padahal 1 paper jer..hahhahah
alhamdulilah..syukur ke atas allah..

aku dah agak, soalan2 math komfom senang sebab soalan kementerian yang buat. selaras semua politeknik.
aku dah agak, sebab time sem 3 lepas, semua soalan senang..hahhahah

syukur, aku buat 70% soalan tu.. buat exam dalam dewan tadi, bole tahan sejuk aircond nye..

time kutip kertas, ada lecturer laki hensem ni tanya aku

"kamu kelas C kerr?? tak pernah pon nmpk aku,..."

hhahahhaa
 agak kebluran jugak aku mula2..

"eh ada lah.."

then dia menyampuk..

"kamu tak datang ya kelas yang akhir tu.."

aku jawap

"haaaa..saya tak datang kelas akhir tu..hahhahah"
senyum tapir aku buat..

weeyyyy..jasad aku jer kt ipoh ni, jiwa raga aku dah kat kajang kot..hahaha

malam ni main futsal dengan budak kelas..perrrhh tak sabag aku..
lame giler tak main futsal.
mlm ni pukul 10 aku main dengan budak2 kelas yang jarang aku tegur dorang..mesti dorang igt aku sombong.
aku mlas la nk sembang dalam kelas sebab aku FOCUS dalam pembelajaran...BHAHAHAHHA

Monday, June 20, 2011

Main gila weh

HUH main gila lah aku ni.
tak study2 lagi.
esok exam la cirite

If I Needed Someone


P.S. setakat harini, belum lagi lah.. entah lah..

See her

on jer fb, scroll2 page wall orang..tgok kawan aku sorang ni upload gambar.
haiihhh..kalau gambar dia takpa..ni gambar kawan2 dia.

more specific gambar si dia..haihh..
taktaw nk ckp mcm mana. hope dia doing fine lah.

(sebenarnya rindu la lahanat)
menci2..puii

lek nua, kau buat2 rabun jer tgok update member2 kaw..buat2 rabun tahap dewa jer.
sabar ya nua. KUAT!!

sehelai sepingan..

sori 2 hari tak updated blog.
sibuk kemas barang nk bawak kajang.
buku,baju,komputer etc..

5beg plastik hitam
2beg
1desktop

igt tak muat masuk dalam kereta, lupa bapak aku dah pakai kereta baru..hahhahah
alhamdulilah td muat dengan jaya nya..
mak bapak datang putih mata dorang tgok barang2 aku..hahhahah

90% BUNDLE

masak...masakk...

tapi syukur la bapak aku xda pulak cakap..

"duit tu dah jangan beli bundle..."
AHHAHAHAHA

so maknanya aku still bole membeli belah seperti biasa..hahhahah

pagi tadi pegi loken,
i got some KICK dudeee!!!

hahahhaha

skrang ni aku on9 pakai lappy abg aku. pinjam sat.bosan karang tada komputer.
beby komputer aku dah sampai kajang.tp tuan dia masih kt ipoh. HUH

masalah sekarang aku tak study apa2 lagi pasal exam aku yang hari selasa ni,,
damn!

slow2 la stdy. lagi pon aku takda masalah sangat subjek ni. dlu fail pon sebab aku tak nk blaja..tu pasal fail.
skrang ni aku NAK belaja..OK la..tak berat sangat nk buat revision..

sokey. aku nk main game..hahahah

Saturday, June 18, 2011

HOMEPACKING

PENAT
KEMAS BAJU UNTUK BAWAK BALIK KAJANG


SUMPAH BANYAK!!!!


TAKUT MAK MARAH
TAKUT TAK MUAT BAWAK DALAM KERETE!!!!!!!

Friday, June 17, 2011

Fabric Softener

Hari ini memang takde kelas. So aku cadang nk basuh baju. teringin lak hati ni nk basuh baju pakai SOFTLAN.
hahaha
time beli nasik ayam kt kedai, singgah kedai beli softlan. xtaw nk beli yang mana. cadang nk amek paket kecik2 jer.sebab 3-4 hari lagi aku dah nk berambus dari ipoh ni. usha2. DOWNEY, SOFTLAN, DAIA..
nk pilih mana 1? usha yang kecik, DOWNEY..yg lain2 semua besar peketnye..

DOWNEY RM3.50 kecik
SOFTLAN RM3.70 besar

perrrhh..awat mahal sangat downey ni..haram jadah mahal nya.
baik aku amek yg besar. bole la sedekah sikit kt rumah ni..

aku beli softan kaler purple..HEE

lepas makan, kutip2 baju yg nk basuh..banyak jugak la..cadang nya nk basuh kt dobi baru bukak tu. SELF SERVICE dobi..tapi ttbe mcm malas lak..

dah isi air semua..terfikir..

macam mane nk guna softlan ni haa??

terus call mak..

" mak, camne nk guna softlan nii..."
hahahhaha

mula basuh dulu baju then bilas baju2 tu..then rendam pakai softlan tu..campur air sket..

hahaahahah

aku buat cepat2..sebab GILA babi panaas kt lua ni..saket mata aku. dah la aku saket mata..
siap2..

ok jugak panas terik.cepat sikit kering..yer er??
tak sabar nk rasa baju yg aku basuh td..ada rasa mcm org putih tak??? HAHAHAHHA

tangblur


Dah nasib

memang dah cadang nak ponteng kelas sekali dalam shortsem ni.
aku dah lama plan haaa..
hari ni aku rasa mcm bebal sangat nk pegi kelas.
dan ttbe mata aku pagi ni KETUMBIT.lahanat. bila masa aku skodeng orang berak.
semua zakar kot dlm rumah ni..hhhahahaha

puii cam shiialll..hahahah

so aku ponteng..
dengan mata berpinar harini , aku mcm tak sedap badan nk demam pulak. damn!

abe ada bg taw aku yang ada assgmnet nk kena buat.
so aku cadang nk buat la.

td baru balik rumah abe buat(salin jer kot) assgmnt..hahaah
sembang2 ttbe abe ckp yg esok mana ada kelas...hahahaha

esok dah takda kelas..harini last kelas...hahahah
selamat aku ponteng harini..kalau tak memamg cemerlang aku kt poli tu..
hahahaha

selama aku blaja kt ipoh, aku tak penah miss dapat surat amaran setiap sem...hahahah

sheet la..mata aku sakit..

Wednesday, June 15, 2011

Down in the valley

nampaknya hari ini aku tidur petang. Jarang sekali aku buat perkara sebegini. Mungkin disebabkan turunnya hujan yang begitu gelap di samping cuaca yang begitu gelap. Lagi pun dah lama tak hujan lebat2 kat ipoh ni.

bangun2 tidur semua orang tak ada. HAIHH. biasa lah. dah biasa macam ni. PETAK2..
tetibe abang aku msg kt hp.

"mana nak beli VANS online????"

hooii..ini soalan mengundang untuk ajak bergaduh ni..kuang ajaq ni..hahaaha
lagi buat aku panas, abg ckp.

"mak bagi rm250, kasut aku dah koyak. "

aku ckp balik

"habes aku ni takda ker"

abg ckp

"mak kata kau dah banyak kasut.."

farkkk!!!

sumpah jeles ni..aku baru cadang nk beli kasut baru..damn!
kene jugak beli ni. mana bole mcm ni.

lepas balik makan dengan BUTTIA tadi, aku balik sakit perut kaw2 ma...
sakit kot...
2 kali aku masuk jamban..2 kali keluar taik. 2 kali cebok..hahahaha

nmpknya exam aku yang dijadualkan pada 20hb ni..di tukar kepada 21hb ni..haiihh
saje jer lecturer ni. bikin aku panas saja. dah panas bontot aku dekat ipoh ni. rindu la jgak kajang.
entah la. time shortsem ni aku rasa lambat betul masa berjalan.kdang2 cepat..tapi selalu nya lembab.
1 hari mcam 5 hari..hahahahah

harap2 exam khamis ni boleh buat ngan jayanya. esok maybe kelas la kalau jumaat takda kelas.yes!!!
esok lecturer baru masuk ajar new topic..ermmm. LELAKI lak tu..hahaha harap2 dia ok la. sebab rambut aku tgh panjang ni..HAHAHAHAH

Tuesday, June 14, 2011

Sekarang aku terasa

2-3 hari ini aku baca2 kt internet konon nya malaySIAL nak block File Sharing Website. HAHAHHAA
lawak pulak aku baca. aku ingat dorang nk block web2 lucah and blooger2 anti negara, rupa2 nya dorang nk block FILE SHARING doe!!! shiall!!!

antara web feveret yang dorang akan block
warez-bb
filesonic
fileserve
megaupload

dan lain2 lagi web yg berunsurkan sharing.
FUCK!

mana bole doe. korang nk taw, web warez-bb tu aku dah join sejak FORM 3 !!! haaaa
sebelum facebook2 ni wujud, dah lama aku main forum tu..
dan dalam forum tu aku dah buat post 734. ala sikit jer...weh babi!! sikit haram jadahnya.. 734 kot!!!
siap dah ada pangkat aku dalam forum tu..

dari web tu la aku dapatkan sumber2 yg penting. seperti contoh MOVIES2. LAGU. SOFTWARE mcm photoshop. segalanya lah.
bole kira hari2 aku bukak forum tu. usha2..

sekarang dorang dah block. server2 yg penting semua dah tak bole masuk..
haaaaiihhhh..

kitorang nk kebebasan internet la. ni lagi bersemangat aku nk pangkah sama kerajaan ni. lanciau!!

hagak2 la sampai nk kene block. aku download pon bukan movies2 negara malaysia..choi!!
kau ingat aku mampu nk pegi tgok wayang? beli dvd ori or cetak rompak punya??
beli software2 ori yang beratus2 ringgit tu??

sekarang ni HACKER2 malaysia tengah menyerang web2 kerajaan..haaa pandan muka..
kau bagi peruntukan juta2 nk buat web, tapi sistem keselamatannya mcm haram jadah..apa ni, jgn mcm ni.
kalau mahal2, tapi tak power nak buat apa?
sah2 dorang pakai servis yang murah2, duit selebihnya lesap..tak yah sembang la setan.
kerajaan najib sekarang memamg byk rasuah.
semakin hari menjadi2..BODOH!
sekarang ni aku rasa sangat teraniaya. aku tau bukan aku sorang jer rasa mcmni. ramai "orang2" mcm aku kt lua sana.

semakin berkobar2 aku nk pegi demo BERSIH 2.0 9 july ni..
aku taw ramai yang rimas kalau aku sembang politik. aku tak kisah. nnt2 korang taw la. korang tak paham lagi.



Monday, June 13, 2011

Duit

saya perlukan duit yang banyak sekarang.
sebab masa saya pegi loken, saya nampak kasut cantik dan nice.
saya perlukan duit.
saya sedang usaha untuk mencari penghutang saya yang bebas diluar sana.
saya pun ada tahap kesabaran, kalau sudah tidak boleh tahan saya akan perlu ke rumah keluarga beliau dan mintak saja.
saya tidak tipu, saya nak beli kasut itu. tolong paham.

DUIT

Sunday, June 12, 2011

Loken

MAK BAPAK!!! 
NUA DAH TAKDA DUIT
MASUK LA DUIT
BANYAK SIKIT

(segan nk mintak)
HAHAHHAHAAHHA

Saturday, June 11, 2011

Budu Vs Keropok Lekor

aku pilih kelantan sebab aku bukan jenis racist punya orang.
kawan2 aku ramai yang racist kelantan.
aku cuba taknak ikut dorang.
kalau tengok yang buruk jer, memang la buruk.
macam la negeri2 lain tak buruk.
mentaliti dah set buruk, semua nya buruk.

asal perangai teruk, mesti orang cakap kelantan. 
padahal korang penah ke bergaul dengan orang kelantan.???
kalau lelaki mesti cakap taknak kawan ngan perempuan kelantan.
cakap la camtu...
mak aku cakap, mana yang kau benci tu la kadang2 allah jodoh kan??
hahahhaha

cuba la buang mentaliti anti-kelantan tu.
tak baik racist. 
setiap tempat semangat asabiah lain2.

aku cuba terima semua masyarat.
xnak buat kayu ukur mana2 orang.

sama la mcam musik.
cuba terima genre2 lain.
ni kalau dah hardcore, pop jazz langsung taknak terima. tah pape tah

Muhammad Fazlee a.k.a Nyu



Muhammad Fazlee ataupun lebih aku kenali sebagai Penyu@Nyu hari ni genap lah umur dia 20 tahun KALAU dia masih hidup.Tapi malangnya dia sudah pun kembali menemui Allah yang Esa 2 tahun sudah.
haiiisshh sedey la nyu.. cukup sedey bila aku teringat kat kau.

aku igt lagi dlu2 time kitorang celebrate befdey kau yang ke 18 tahun. tu firsttime dalam hidup aku celebrate befdey orang. aku igt lagi, lepas aku habes kerja kt beger angah, aku terus gerak ngan faiz pegi beli telur ngan tepung. HAHAHAHHA
jahat kan aku..hahahah apa ada hal. befdey kau, aku beli tepung n telur pakai duit gaji aku malam tu..hahahahah

sampai2 alim korner kitorang buat mcm biasa..(bajet) hahhahaha
last2 kitorang pancing kau pegi rumah pilod..

haa time ni la kau kene.hhahahaha
bukan aku yg start aaaa, dorang2 ni yang start. lepas tu baru aku follow..hahahah

aku igt lagi, aku baling telur kt kau tapi tak pecah. dia lantun balik...hahahah
aku amek telur aku tepuk kt badan kaw...AHHAHAHAHA

puas hati bhaiii..padan muka kaw..hahahah

tangkap gambar pakai henset yang baru kau beli tu..hahahaha

last2 kesian aku tgok kaw..HAHAHAHAH

TAPI sekarang kau dah takda laaaa...

Friday, June 10, 2011

Bittersweet - Empire's Transition [2011]

setelah lama tggu orang upload kt internet. akhirnya ada jugak insan yang baik ni upload
ni aku nak share album terbaru BITTERSWEET.
agak superb la. album ni mengetengahkan element DRUM yang mantap. recording yang lebih kacak.











Artist: Bittersweet
Album: Empire's Transition
Year: 2011
Tracklist:
01 - Untitled
02 - Four Years
03 - Ceritera
04 - Burn It Down
05 - Knights Of The Round Table
06 - 1234
07 - What I've Been Looking For
08 - Midnight Tripping
09 - Older Than Before
10 - Secret
11 - Shiver
12 - Next Aidilfitri
13 - Getaran Jiwa (Bonus Track Indiepretasi)
 Download:
http://hotfile.com/dl/119226316/17c2aaa/BS_-_ET_2011.rar.html


THANKS banyak2 kat blog PELIK sebab share album dorang <3

Kodiang Gangster..

alamak!! dah 2 hari tak tulis diary..hahahah
agak busy melayan tetamu yang tak berapa nak tetamu lah, PALI and CDAN

2 hari lepas aku ngan dorang pegi tgok wayang.
KL GANGSTER..

hahahahaha perghhh..gila babi punya la.
sampai2 wayang aku tgok gila ramai gangster2 kat ipoh. jadi takut aku. silap aku sebab tak bawak kayu..hhahahaha

siries ramai gangster2.

movie dia ok lah..aksi tu padat, tapi TERLAMPAU banyak aksi.. jalan cerita tak berapa nak rumit.
tp ok la. skrip dia mantap. tu aku suka.

pagi tadi aku ada exam..lahanat!!
aku dah prepare, tp aku silap formula la..hadooii..
silly mistake lah. cm shial la. aku tak puas hati. soalan sumpah senang. kacang tahap gaban. tp tu la silap..

malam ni dok sorang2 lagi. semalam ok lagi ada tetamu. mlm ni aku yg tunggu tetamu.
sambil tggu tetamu aku dok kemas files kt desktop aku ni. bersepah-sepah. geli rasanya..hahahah

Wednesday, June 8, 2011

unknown

who is this stranger
i should be scared could be dangerous

Tuesday, June 7, 2011

Suka

PAGI TADI KELAS TAKDE



Monday, June 6, 2011

Antidot bagi penyakit





Bila berfikir tentang cinta, tentu aku akan bermain fikiran dalam ruang dan perspektif yang sempit.
Ia hakikat bagi orang yang berada pada situasi aku. Mana tidaknya, si dia sahaja yang aku fikirkan.Tiada lain selain dia. Fikiranku akan selalu menjadikan dia sebagai kayu ukur untuk berganjak dari takuk yang lama. Si dialah yang menjadi penghalang aku untuk cuba dengan perspektif baru dalam hidup ni. Tidak dinafi pabila perasaan ini wujud terasa seperti

"seseorang yang berlari diatas laluan yang sama setiap masa. Kiri dan kanan yang sama setiap masa. Setiap ciri laluan itu telah dihafalnya. Malah mungkin telah difahaminya"

Boleh ditafsirkan ayat diatas dengan situasi aku. Selepas gagal dalam bercinta, aku tetap tunggu dia sampai ke saat ini. Semua yang diharapkan masih gelap lagi gelita. Bak kata orang-orang dahulu seperti " si pungguk rindukan bulan ". Walaupun sudah sekian lama aku tempuhi corak penghidupan ini, tetap aku mahu teruskan begini. Tidak terasa seperti ingin mengubah laluan hidup aku kepada laluan yang lain. Apakah yang telah menyebabkan aku ingin terus begini? melalui laluan yang sama?

Apa yang ada pada laluan yang sedang aku lalui sekarang?

Hari-hari aku terasa teramat bosan sekali. Di tambah pula dengan perasaan sunyi dan sepi di siang hari terutama pada malam hari. Di "darab" pula dengan situasi berseorangan. Perwatakan aku yang separa murung menyebabkan aku jadi pendiam dan suka berseorangan. BUKAN sombong, tetapi tidak sedarkan diri. Akibatnya aku tiada punyai kawan yang ramai disudut kehidupan di Ipoh. Mungkin ada bibit-bibit bibir orang diluar sana mengatakan aku ini sombong.

Mungkin solusi atau antidot untuk aku berubah kepada NUA yang asal akan aku temui tidak lama lagi. Dah dekat saatnya. Disebabkan perilaku negatif yang aku tampilkan itu, sedikit demi sedikit mengajar aku fasal hidup di dunia. Aku sudah mula memikirkan tentang aktiviti-aktiviti yang aku selalu lakukan ketika diriku normal dan sopan kelakuanku. Semua perkara-perkara itu adalah perkara yang aku lakukan disebabkan aku sendiri yang ingin aku lakukan. Kerelaan dan keghairahan itu aku rasai ketika membuat perkara-perkara itu.

Aku sudah mula memikirkan tentang "GAMES" atau permainan komputer yang dahulunya seperti dadah ketika zaman persekolahan. "BOLA SEPAK" yang aku minat dahulunya, telah muncul kembali "wabak"nya di sekitar hati "sukan"ku. Siapa tidak kenal dengan NUA yang berbasikal untuk pergi ke padang taman bersebelahan untuk bermain bola sepak. Kapten bola sepak di sekolah rendah. HAHAHA
Skills aku dalam "SILKSCREEN" dan mencetak baju di sekolah menengah. Kemahiran yang aku belajar dengan sendirinya tanpa meminta pertolongan orang lain. Terasa sangat menghargai ilmu dan kemahiran ini kerana aku sendiri belajar tentangnya. Bermacam ragam dan cabaran untuk mamahami konsep silkscreen itu.

Perkara-perkara ini telah mula bermain dalam hati dan otak aku. Terasa tidak sabar ingin memulakannya. Ini lah solusi atau antidot untuk merawati kelakuan negatif yang sedang aku tanggung di bahu ini.

Mungkin sesuatu telah mengetuk tingkap hati dan pintu akal ku

Moto Kris 120

fuhhh..
smlm lepas aku sampai ipoh dari tanjung tualang aku terus dead...hahahah
penat kot.. tolong kenduri kawen tu..(next post aku cerita pasal majlis tu)

bangun2 pukul 12 mlm. aku terus bukak buku study..
risau lak. pagi tadi ada mid test.

perrrghhh..pagi td datang liwat. tggu abe tu siap. saket prot lah..
last2 masuk kelas kene duduk depan..
tp mcm haram, macam bukan test kautaw. semua dok mekak2 bincang soklan..hahah

aku jer paling senyap HAHHAHAHAH

boleh laa..xde la susah. aku target sikit2 jer lah..takde banyak sangat.
harap2 dapat la tampung carry mark yang tak seberapa tu.

dah siap, aku balik kelas.. aku terus pegi hantar moto aku yang dah MAN OPOS tu pegi bengkel.
moto tu dah teruk. bape bulan tah aku tak hantar servis. minyak hitam nya.. dah tahap keladak bakteria habes dah.
aku tau moto tu dah sakit. smlm bapak ada bagi duit lebih sikit. so aku amek duit tu aku nak kasi servis moto aku tu..

pukul 2 tadi aku baru amek kt bengkel..

WOW.. nice lah moto ni..sedap dah.. lembut jer..rantai dah ketat..
huhuhuhuhh

Sunday, June 5, 2011

Saturday, June 4, 2011

sebenarnya

sebenarnya aku kat KAJANG ni.
semalam malam aku sampai.

HAHAHAHHAHA

time dalam bas, bole pulak min call aku.
aku weng la dia, cakap aku kt lumut..HAHAHAHHHA

semalam sampai2 ktm kajang, aku suro abang aku amek.
dah la phone aku bateri kong. dok pekak cari public phone nk call abang.

agak liwat la aku sampai kajang. pukul 12 camtu. aku bengang btol la driver bas tu.
lambat nak mampus bawak. padahal malam kot. patut nye cepat la sikit. tak sesak. ni lambat.
3 jam la ipoh kl..haram.

esok aku nak balek perak. esok nak pegi malim nawar belah tanjung tualang, sedara aku kawen. ABG AJIB. pegi la.
jarang2 aku dapat pergi sedara mara kawin.
esok jumpe la family belah bapak aku..haihh

Friday, June 3, 2011

Its so early

1st time dalam semester pendek ni aku ada kelas TER-pagi, pukul 8 pagi.
Agak mencanak aku nk bangun tadi. Dah la tidur liwat. Time kelas liwat petang, aku dok tidur awal.
Time kelas awal pagi, aku dok tidoq liwat..haiihh

Semua budak dalam kelas lemau jer. memasing mcm bangang lagi2 yang memang dah bangang macam aku ni.
hahahaha
Tapi aku buat rilex jer, sebab aku rasa biasa jer. Just badan ni tak berapa nak aktif. almaklum lah tak sarapan lagi.

tadi time tgh buat kerja, lecturer HELIZA AF tu datang kat aku,then dia tanya

"awak ni orang mana haa...??"

aku jawab lah
"saya orang KAJANG.."

"ooo..muke awak macam ex-boyfriend saya.." ( ni aku tambah2 jer)
BHAHAHAHAH

seee..lecturer pon dah tertarik dengan aku, walaupun aku jarang bercakap..hahahahahah

balik kelas, aku ttbe rindu nak bersarapan. aku pegi singgah kedai nasik lemak.
balik makan kt rumah.

lepas makan aku on9 then fanny dok kacau aku.
dia IM,

"senagal"
"eh sengal"

hahhahah bodo ar..nk kata aku sengal, kau yang sengal..hahaha

then aku ajak dia tengok wayang, dia kata JOM!!

tengah tggu dia siap lah ni, maybe tengok X-MEN kot.
weh dah lama aku tak tgok wayang ngan GIRL..hahahah

seat biasa or seat COUPLE??
HAHAHHAHA

My Tragedy

thanks dear,
you make me strong and twenty.
you shows me how to learn to being lost.
how human being disposition on the earth.

Maybe your are my tragedy.

Thursday, June 2, 2011

Setakat Aaron Aziz, senang jer aku tapau...

pui!!
hari2 mcm ni petak jugak wa.
tadi wa dinner best, OTAI BURGER
gentle wa cakap, wa ter order 2 beger!! SPESIAL LAK TU!!
wa terikut kan nafsu hanjeng wa lah. jarang nafsu2 ni datang.
hahahha

wa terlampau ikutkan nafsu tadi. mana tak nya, wa bengang la.dah 4-5 hari wa makan sorang2.
dah la sorang2, wa makan MEE SEDAP jer kot. wa tensyen mcmni. kepala wa bole pulau kalau makan mee sedap banyak sangat. kang wa jadi bongok bertambah lak kang. wa taknak fail lagi.
lu pikir la, wa makan tadi mcm orang kaya.
pada mula nya wa pikir makan 2 ketul berger luar dari jangkaan. tapi jangkaan wa dah berubah. wa boleh habis makan 2 ketul beger.
kalau hari2 wa makan mcm ni, badan wa boleh jadi mcm ARON AZIZ. wa tak tipu. sekarang ni wa punya six pack dah bertambah jadi ten pack..wa.wa.wa. wat ta fak!! haahha

tadi petang wa tgok tv, mula2 wa tgok cerita karton bodo apa tah.
dan2 cerita wa dah mula
NORA ELENA..walaweh..
episode petang tadi wa rasa macam nak pegi carik perempuan then kawin malam ni jugak. wa tak kira!!
wa tgok dorang dalam cerita tu BAPAKLAH sweet!! wa jeles..
kalau wa jadi ARON AZIZ wa nangis2 wa cakap..

wa sekarang ada job sikit. kawan lama wa bagi. Hannah. edit gambar sikit.
wa dah lama tak edit. wa agak kekok. dah la kekok, kokok lak tu.

wa dah tunjuk sikit hasilnya kat dia, wa harap dia suka. kalau dia tak suka wa sudi tukar tema gambar tu.
sebab wa tak taw apa tema nya. ya lah wa punya sense lain, dia punya sense lain.
dia client wa, wa akan buat yang terbek untuk client waa..

wa fikir wa dah lama tak selam bundle. wa agak tak tenteram.
wa nak carik bundle.

mengikut kajian wa, wa punya wardrobe akan bertambah setiap SEMINGGU.
wa kalau ada duit lebih ni, wa tak bagi chance.

P/S: wa nak carik girl yang nama NORA or ELENA. Umur bawah 30. Muka macam kat tv tu.

Pensyarah HELIZA AF, tapi

Hari ini kemasukan air di kepala. Kelas yang aku jangka 2.30 petang rupanya pukul 10.30 pagi. HAHAHA
Nasib baik, PAIH@ABE menelefon aku.

"sol, jom la pegi kelas..."

HAHAHHAA

Kali ini aku sempat mandi serta gosok gigi berkaitan sabun,tidak kesempatan. HAHAHA

Agak kelam kabut serta gersang aku dibuatnya.
Sesampai di kelas, pensyarah baru sudah berada dalam kelas.

Agak berkecamuk jugak hati ini pabila melihat muka pensyarah baru itu.
WTF! muka dia macam HELIZA. Tapi lebih comel dan berair..BHAHAHAHAH

Tapi malangnya dia mengajar TAK RETI..
Setakat ikut modul baik tak payah lah. Cuba la buat sendiri punya cara mengajar.
Tak menarik langsung cara kau mengajar, setakat muka jer comel tapi tak reti mengajar.
HAHAHHAHA

aku ni memang pandai mengomen..hahhaha
tapi aku tak paksa kau terima komen aku tu.

LU NAK LU TERIMA, LU TAKNAK LU BOLEH GO. aku tetap kene pergi kelas kau.
HAHAHAH

Funny Honey

i saw you eat like a baby dinosaur
sitting on the chair like a fat girl got a chocolate
i think i love you honey, you're funny

with a face like that, i know you're happy
i dont mind if i did't eat
cause i know you're happy,my honey

you got two pearls of eyes
placed at the right ways
i should keep you in my box
so i can look at you all the time


by:Syamsul Anwar

Wednesday, June 1, 2011

Lazy Song

(Bruno Mars)
hari ni wa takda kelas, so wa duduk rileks jer.
bangun2 dah ada org offer belikan lunch. untung lah weh!
trimas kepada SHAM EK yang tolong beli kan aku nasik untuk lunch
hari ni cadang nak basuh baju, air dah masukkn dalam mesin tapi takjadi
aku leka mengadap pc on9..haish
bukan buat apa pon.
baru lepas layan muvie TANGLED..waahhh
so sweet cerita kartun tu.
biasa lah DISNEY punya. mata tak putih mata tgok,

Hey JUNE, dont make it sad

thing kidong...thing kidong...thing kidong...
Tahun 2011 sudah pun sampai di pertengahannya.
Tak percaya sangat deras masa memecut kehadapan seperti derasnya air paip di jamban rumah sewa aku.
Bukan tahun saja sudah di pertengahannya, malas semester pendek yang aku duduki pun sudah sampai di pertengahannya..YESSS!!
Mungkin tidak lama lagi berakhir musim kebosanan hidup bersendirian yang aku alami sejak aku gagal dalam merancang suatu elemen hidup yang pasti akan semua manusia lalui, CINTA.
Persoalannya bukan aku akan mendapat cinta baru, tapi aku akan memulakan hidup yang baru dengan meletakan sesuatu yang baru untuk aku kecapi untuk masa akan datang yang tiada siapa dapat tahu akan apa yang berlaku.

Aku perlukan sesuatu 

1. Matlamat yang baru
2. Iman yang baru
3. Batu loncatan yang baru bukan batu api
4. Impian yang lama tapi cara yang baru

Semua ni akan aku cuba semungkin mana untuk aku dapat.

Sudah lah, ini SEMUA MEMANG SALAH AKU. Aku yang gagal..MAAF TUHAN...
Mungkin kebosanan yang kau berikan ini adalah satu rahmat bagi aku. Selama aku hidup dalam perimeter SUNYI dan BOSAN, banyak benda yang aku dapat belajar tentang kehidupan di dunia ini.
Walau bagaimana ujian yang kau beri, akan aku tetap cuba terima sebab aku tahu, KAU LAGI TAHU PASAL AKU bukan mereka yang diluar sana.
KAU LAGI TAHU bagaimana aku dapat menempuh ujian2 kau.

Kadang kala rasa berdosa dan hina bila memikirkan tentang apa yang aku cakap selama ini. Merungut tentang apa yang telah kau uji. Semuanya serba tidak kena. Semuanya seperti salah kamu.
Rupanya aku silap. Silap tentang diriku. SILAP!!!!