Saturday, June 16, 2012

Cerita semalam

15 June 2012, Jumaat.

Aku memang takda kelas untuk hari jumaat. So lepas semayang jumaat, aku cadang nak pegi usha bundle. Dah selesai makan semua. Siap2 nak gerak, tetibe aku dengar suara Kecik. apa lahanat ni tak kerja ke? HAHA
usha bawah, tengok dia tengah baru nak bakar okok. Dia tak kerja semalam. Dia hantar isteri dia balik kampung,kedah nun. so dia bujang 3 hari walaupun semalam Hari Bapa. AHHAHAH
So dia offer pegi bundle dengan dia. bagus lahnaik kereta.rezeki jgn ditolak. hehe

jauh jugak bundle yang aku nak pegi ni. dekat jusco baru sana nun. pasir putih. berat jugak aku nak terima offer si kecik ni sebab aku takut aku selam dalam bundle lama sangat. disebabkan xnk bagi dia rasa bosan, aku selam kejap2 nie. kalau aku gerak sorang takpe lah. sukahati aku lah nak selam lama2. lagipun kecik tak minat sangat bundle2 nie. dua bundle aku pegi. pastu kecik aku bawak pegi makan mee goreng mamak special. dia kata mee ni top dekat ipoh. tapi aku tak pernah pulak dengar pasal mee ni. dia kata ramai orang beli. sampai beratur2 bagai. sampai depan kedai, dah taknmpk mcm kedai sebab kecik haramnye kedainya. semata-mata jual mee goreng. aku tengok ada la 2-3 orang tengah tunggu. aku cakap la dekat kecik, takda la ramai sangat.

turun kereta, aku pegi la order 3 bungkus. nak tahu dia cakap apa?

" mee goreng 3 bungkus!!! 1 jam lagi siap eh bang..."

wtf!! sekarang baru pukul 5.30 petang. so mee siap pukul 6.30 lah. gila bab lah. kecik kata ok jer, jalan2 dekat pekan usha orang. pukul 6.15 tu datang kedai balik tengok dia goreng mee camne. Lain macam wey dia goreng. Aku rasa dia pakai sihir ni. kau penah tengok orang masak pegang kuali. gentle jer bhaii. tak kesah la, sekarang tu aku lapar. balik rumah, torai makan.

Perrrgghhhh MEMANG SEDAP LA GILEEE!!!!

bungkus macam kacang rebus tu,dengan daun pisangnye. perrgghhh memang tak cukup sebungkus wey. rasa 2 bungkus lagi aku bole lagi tu. siries shitt.

lepas mandi pegi rumah baru kecik, mandi sana. pastu lepak dengan member2 kecik tengok bola dari pukul 11 sampai la pukul 4.30. memang bertapa la dekat sana. balik rumah sewa, tengok fikri tido asal tilam aku. PERHHH aku memang pantang la. Cilake sama dia tapi aku malas la nak kacau. sikit lagi aku maki jer. pagi ni aku dah maki sikit2 dah. tunggu masa sesuai aku tepek maki dia.

hari ni, hari sabtu. husni ajak pegi ke Pengkalan Hulu. nun hujung sana tu. hujung sekali tu. naik kereta kecik. 3 orang. nak amek penapis air then letak dekat rumah ni. haaaa

memang weekend ni aku bejalan tak duduk rumah la. duit pun habis banyak lahhh. HAHAHHHA
nanti aku sambung cerita. nak siap2 dah ni. gerak sat gi.
bye2.muahx2! HHAHHAHAH

No comments:

Post a Comment