Friday, June 24, 2011

Ini "belas" terakhir

Ini adalah post aku yang terakhir ketika umur aku 9 BELAS tahun. Tepat jam 12 malam, tiada lagi "belas" dalam umur aku. Ini adalah "belas" yang terakhir untuk aku. Sedih ada, Gembira pun ada.

Hari ini aku 19 tahun, esok aku dah 20 tahun !!!
Mungkin setakat aku hidup ini, mungkin ini ulangtahun aku yang paling aku hayati dengan hati yang dah meningkat dewasa. Almaklum lah, hati aku sekarang ni dah banyak sangat berubah dari segi fizikal malahan rohani..KihKihKih

Aku tak harap pun orang nak celebrate aku punya harijadi, tak mintak pun. Tapi kalau celebrate tu, kira untunglah aku. Kebiasaan dalam keluarga aku, if somebody punya harijadi, bapak akan ajak keluar makan "KFC". Cukup seronok dulu. Itu jer peluang nak makan fast food. Dulu macam MCD or PIZZA ker, aku tak pernah pun makan. Baru-baru ni jer dapat peluang makan sebab hidup "sebatang" kera. Duit mak bapak bagi suruh makan nasik, aku pegi MCD beli set no 2..hahhaha

Aku akui jarang sekali celebrate harijadi aku mahupun harijadi orang lain. Boleh dikira dengan sebelah tangan jer berapa kali aku celebrate. Dulu rasanya time darjah 2, penah la celebrate. Bapak buat. Time tu, maksu bagi hadiah, jersey antioni..perrhhhh.bangge habis weh. sampai sekarang aku simpan. siries ada lagi.

Tahun berganti tahun tanpa hadiah, aku melangkau usia2 dewasa dengan macam2 kenangan. Aku ingat lagi, time tingkatan 5. First time aku dapat hadiah dari budak sekolah. Time tu myspace memang top. Bila time birthday, ada reminder dekat profile. So senang lah..hahhaha Aku ingat lagi, pagi2 pergi sekolah naik moto. Sampai tempat parkir, ada orang tegur. 1st time orang tegur weh, lagi2 perempuan. Amalina rasanya nama dia. Dia tanya aku 

"esok birthday kau ehh..."

aku angguk kepala mcam biasa.
tuptup

esok aku sampai pagi kat sekolah dia bagi aku coklat..what!!!
bagi aku agak terkejut dan terharu la. 1st time orang bagi. dalam kelas aku dok pulun makan dengan member2..hahahah

then next year nye, aku dah pun ada 'cewek'. 1st Love aku. Time tu 1st time aku nak celebrate harijadi dengan girlfriend. Memang aku akui, memang special betul time tu. Dia plan lah, apa lah. Agak special sebab betul2 ada orang ambil kesah dengan 'harijadi' aku. Tak silap aku, dia plan sama kakak dia untuk celebrate dekat hotel. Makan dekat hotel. Kt KL sana. tapi plannyer tak jadi sebab hujan satu, pastu aku hanya mampu bawak dia naik motor aku. agak bahaya kalau pergi kl lagi2 hujan. So cancel. Aku tak kesah sangt bab 'celebrate' ni. Tapi kalau ada orang sudi nak celebrate befday aku, kira aku suka sangat lah. Then esoknya kitorang date. Haritu dia belanja aku makan MCD, pastu tengok wayang tak silap aku. Then dia bagi aku hadiah, Tshirt PDI kaler pink. Bagi siap kotak gambar bear2 tu..hahhahah agak terharu lah. Bagi aku baju camtu dah cukup mahal bagi aku. I appreciate that present. seriusly. Bole kira sebelah tangan jer bape kali aku pakai. lepas break, aku langsung simpan baju tu dalam almari. sekali skala, usha2 baju tu..haaiihhh
(cerita banyak pun tak guna jugak, mungkin rezeki tu tak menyebelahi aku)

sempena ulangtahun aku yang ke20 ni, aku nk katakan bahawa aku sekarang ni kena berubah untuk future aku. aku taknak dah murung2 tensyen2 pasal personal life. aku nak kejar impian aku. aku kene kuat untuk teruskan hidup yang nak kiamat dah ni. orang kata, lepas tiup lilin kat cake befday

" make your wish..."

harapan. 
kalau personal life, aku harapkan tuhan tolong kuat kan iman aku jadi mukmin. aku dah banyak kelaut. lalai mcm gampang. 
Aku harapkan, tuhan ubatilah kekecewaan  hati aku ni. siapa ambil kesah pasal kisah aku, mungkin dorang tahu pasal diri aku yang penuh kemurungan.
alhamdulilah, baru2 ni tuhan dah tunjukkan jalan dekat aku. walaupun sakit dan hancur, tapi bila difikir lama2. ada betulnya keadaan ini. biasalah sampai ke mati pun harapan tu ada, tapi hidup ni kene teruskan. :D
4hb aku pegi praktikal. dapat alaun..yesx2!!!

antara wish list aku kalau aku ada duit
1.Aku nak Iphone 4 or galaxy or blackberry
2. aku nak uprgrade pc aku. kasi bole main game.
3. aku nk wacom, DRAWING TABLET
4. aku nk pegi amek lesen kereta
5. aku nk pegi bundle kaw2..sampai makbapak marah

dan banyak lagi..esok sambung

P/S ramai jugak wish.penat nk reply..selamat ada reminder kt facebook..hahaahah

2 comments: