Monday, June 6, 2011

Antidot bagi penyakit





Bila berfikir tentang cinta, tentu aku akan bermain fikiran dalam ruang dan perspektif yang sempit.
Ia hakikat bagi orang yang berada pada situasi aku. Mana tidaknya, si dia sahaja yang aku fikirkan.Tiada lain selain dia. Fikiranku akan selalu menjadikan dia sebagai kayu ukur untuk berganjak dari takuk yang lama. Si dialah yang menjadi penghalang aku untuk cuba dengan perspektif baru dalam hidup ni. Tidak dinafi pabila perasaan ini wujud terasa seperti

"seseorang yang berlari diatas laluan yang sama setiap masa. Kiri dan kanan yang sama setiap masa. Setiap ciri laluan itu telah dihafalnya. Malah mungkin telah difahaminya"

Boleh ditafsirkan ayat diatas dengan situasi aku. Selepas gagal dalam bercinta, aku tetap tunggu dia sampai ke saat ini. Semua yang diharapkan masih gelap lagi gelita. Bak kata orang-orang dahulu seperti " si pungguk rindukan bulan ". Walaupun sudah sekian lama aku tempuhi corak penghidupan ini, tetap aku mahu teruskan begini. Tidak terasa seperti ingin mengubah laluan hidup aku kepada laluan yang lain. Apakah yang telah menyebabkan aku ingin terus begini? melalui laluan yang sama?

Apa yang ada pada laluan yang sedang aku lalui sekarang?

Hari-hari aku terasa teramat bosan sekali. Di tambah pula dengan perasaan sunyi dan sepi di siang hari terutama pada malam hari. Di "darab" pula dengan situasi berseorangan. Perwatakan aku yang separa murung menyebabkan aku jadi pendiam dan suka berseorangan. BUKAN sombong, tetapi tidak sedarkan diri. Akibatnya aku tiada punyai kawan yang ramai disudut kehidupan di Ipoh. Mungkin ada bibit-bibit bibir orang diluar sana mengatakan aku ini sombong.

Mungkin solusi atau antidot untuk aku berubah kepada NUA yang asal akan aku temui tidak lama lagi. Dah dekat saatnya. Disebabkan perilaku negatif yang aku tampilkan itu, sedikit demi sedikit mengajar aku fasal hidup di dunia. Aku sudah mula memikirkan tentang aktiviti-aktiviti yang aku selalu lakukan ketika diriku normal dan sopan kelakuanku. Semua perkara-perkara itu adalah perkara yang aku lakukan disebabkan aku sendiri yang ingin aku lakukan. Kerelaan dan keghairahan itu aku rasai ketika membuat perkara-perkara itu.

Aku sudah mula memikirkan tentang "GAMES" atau permainan komputer yang dahulunya seperti dadah ketika zaman persekolahan. "BOLA SEPAK" yang aku minat dahulunya, telah muncul kembali "wabak"nya di sekitar hati "sukan"ku. Siapa tidak kenal dengan NUA yang berbasikal untuk pergi ke padang taman bersebelahan untuk bermain bola sepak. Kapten bola sepak di sekolah rendah. HAHAHA
Skills aku dalam "SILKSCREEN" dan mencetak baju di sekolah menengah. Kemahiran yang aku belajar dengan sendirinya tanpa meminta pertolongan orang lain. Terasa sangat menghargai ilmu dan kemahiran ini kerana aku sendiri belajar tentangnya. Bermacam ragam dan cabaran untuk mamahami konsep silkscreen itu.

Perkara-perkara ini telah mula bermain dalam hati dan otak aku. Terasa tidak sabar ingin memulakannya. Ini lah solusi atau antidot untuk merawati kelakuan negatif yang sedang aku tanggung di bahu ini.

Mungkin sesuatu telah mengetuk tingkap hati dan pintu akal ku

No comments:

Post a Comment