Tuesday, November 29, 2011

Dulu-dulu sudah habis, tapi dahulunya membawa makna

Bila bercakap pasal harapan, teringat aku pasal diri aku yang penuh dengan harapan dalam duniawi ini. Biar pun diri ini rasa kecil dan biasa sahaja, harapan pasal masa depan tetap besar dan menggunung. Semuanya kalau boleh nak juga tercapai. Bukan cita-cita jadi sandaran, tapi harapan itu jadi sandaran buat aku. Ungkapan "kalau boleh, nanti Nua nak....." selalu bermain dalam fikiran dan kadang-kadang keluar dari mulut sendiri. Dahulu masa dibangku persekolahan, cikgu selalu akan tanya cita-cita hendak jadi apa bila sudah besar nanti. Soalan ini selalunya akan ditanya pada awal tahun persekolahan atau masa tahun baru disebab "azam tahun baru".Bila besar nanti, nak jadi Doktor lah, Polis lah, Engineer lah dan macam-macam lagi. Tapi sekarang, semua jawapan-jawapan itu hanya jadi kenangan zaman sekolah. Doktor,Polis,Engineer,Askar itu hanya jawapan "common" bila ditanya. Setiap tahun pusing-pusing ayat itu sahaja. Bila fikir-fikir balik rasa lawak jugak.Tiada seorang pun nak jadi Akauntan, Graphic Designer mahupun Pegawai Perubatan.

Kalau tanya aku masa sekolah rendah dulu, mesti aku akan jawab hendak jadi pemain bola sepak. Almaklum lah, aku sangat gila akan bola zaman kecik-kecik dulu. Main bola petang-petang dengan abang kesayangan serta kawan-kawan abang yang 2-3 tahun lebih tua dari aku. Menjadi kebiasaan bila tengah main, bila aku mula dikasari dengan kawan-kawan, mesti air mata aku akan perlahan-lahan aku keluar tetapi tetap juga hendak main sampai tidak tahan dan terus balik rumah sambil tangan digenggam dan bibir diketipkan. Esoknya tetap akan main.

Darjah 5 adalah zaman kegelapan dan segala kejatuhan maruah diri aku jatuh jauh kedalam lubuk penghinaan. Ianya disebab bola sepak juga. Disebabkan terlampau asyik bermain bola, aku lupa akan tanggungjawab aku sebagai seorang anak dan seorang pelajar. Bayangkan jika seawal darjah 5 aku dah mula mewakili sekolah dalam acara bola sepak. Bersaing dengan pelajar darjah 6. Bayangkan. Asyik bermain, bermain, berlari, menyepak dan menanduk lupa pula untuk pergi ke sekolah agama. 2-3 hari ponteng sekolah boleh tahan lagi, bila 2-3 minggu ponteng mula rasa seronok dan bila 2-3 bulan ponteng rasa sial rasanya. Lepak mall sambil memegang duit yang dicuri. Berfoya-foya. Tipu sana sini. Akhirnya aku tewas dipihak yang benar.

Pernah rasa dikurung?
Pernah rasa ditindas oleh keluarga seperti aku bukan anak mereka?
Pernah rasa dicaci dengan guru-guru?
Pernah rasa tekanan separa mati di usia muda?
Pernah korang rasa?

Demi ALLAH aku malu bila hendak memikir tentang kisah silam yang aku rasa macam seekor syaitan yang bermukakan manusia.

Betul apa orang bijak-bijak berkata,

jangan terlalu taksub dengan sesuatu
jangan terlalu ambil ringan tentang sesuatu
jangan terlalu kejar dunia ini
jangan lupa asal usul kita
jangan lupa siapa pencipta kita

No comments:

Post a Comment