Sunday, May 29, 2011

Ulasan Perlawanan UEFA Final Manchester United VS FC Barcelona





Semalam dah berlansung Perlawanan Akhir UEFA CHAMPION LEAGUE yang menemukan 2 pasukan hebat iaitu pasukan saya MANCHESTER UNITED bertemu FC BARCELONA.

Saya adalah peminat setia MANUTD sejak darjah 1 lagi, dari Beckham ke Cristiano Ronaldo sampai lah sekarang.

Perlawanan semalam telah memihak kepada FC Barcelona, dengan kemenangan MUTLAK 3-1.

Saya memang dah menjangkakan keputusan pelawanan ini.
Tapi saya tetap menyokong sepenuh hati terhadap pasukan kegemaran saya.
Siapa tidak tahu bahwa permainan Barcelona sejak 3-4 musim ni agak mengujakan para penonton.
Saya menggelarkan corak permainan mereka "short pass for short player".
Mereka sangat sempurna dalam strategi short passing dan kawalan bola yang tenang.Agak teruja dan kagum saya melihat mereka pagi semalam.SUPERB

Bagi saya, tunjang kekuatan Barcelona adalah pada

1.XAVI yang dibantu INIESTA.Satu kimia yang sempurna dalam merancang permainan "passing pendek" serta "through pass" atau hantaran lorong yang bijak dan genius.

2.MESSI yang sempurna dalam menggelecek bola serta laju ketika membawanya. VILLA bagi saya hanyalah "shadows" yang bole mengkucar-kacirkan pertahanan Manutd.Sama seperti PEDRO dan BUSQUET, "shadows" yang boleh mengubah tumpuan pemain2 Manutd. Mereka tidak banyak membuat larian deras mahupun hantaran jauh dan tinggi. Konsep "shadows" ini hanyalah membuka ruang padang perlawanan ini.

3.Mungkin tunjang utama pasukan Barcelona ada pada jurulatihnya, GUARDIOLA.

Silap MANUTD dalam perlawanan itu(pendapat saya)

1.Terlalu mengikut corak permainan Barcelona sehingga possesion ball untuk Manutd hanya la 30%. FERGUSON mungkin terpukau dengan corak permainan Barcelona sehingga lupa akan KELEMAHAN Barcelona.


2.10 minit pertama kita dapat lihat Manutd sangat rushing dalam serangan. Barcelona nampak macam kelam kabut pada mula nya, tapi hanya pada 10 minit pertama. Selepas itu kita dapat lihat Barcelona sudah mula menunjukkan cara sebenar pasukannya bermain.

3.Bagi saya, mungkin Ferguson tidak nampak lubuk untuk membolosi benteng Barcelona. Pada pendapat saya, lubuk pertamanya ada pada kedudukan MASCHERANO dan ALVES.
Mereka PENDEK dan LEMAH pada kedudukan bola tinggi.
GIGGS dan CARRICK patut memperbanyakkan hantaran bola TINGGI ke hadapan. ROONEY boleh menekan mereka ketika bola tinggi. HERNANDEZ juga mahir dalam tandukan.

Lubuk kedua, pada PIQUE. Dia hanya hebat dalam tandukan disebab kan ketinggian dia, tapi dia lemah dalam ONE on ONE situation. Kita dapat lihat semalam dengan mudah Rooney melawan dan memintas Pique.

Kesimpulannya:-

-gol tunggal Manutd adalah akibat dari kesilapan benteng Barcelona. Itu saja peluang Manutd pada separuh masa pertama.


-Manutd silap kerana tidak menggunakan strategi LONG PASSES
-Barcelona boleh membuat banyak gol, tapi banyak dipersiakan. Main-main saya rasa.
-Park,Valencia,Evra dan Hernandez tak menjadi. Mereka tidak boleh membuat larian deras akibat terikut dengan corak permain Barcelona.

-Carrick dan Giggs takut untuk membuka perlawanan dengan hantaran jauh.
-Gol ke-2 dan Ke-3 Barcelona adalah akibat kecuaian pemain2 Manutd.
-Gol Messi sepatutnya boleh dipatahkan kerana bola adalah dalam jangkauan VAN DER SAR.

-Gol Villa juga disebabkan kecuaian NANI untuk mengeluarkan bola dari kotak penalti




Ini adalah ulasan ikhlas dari saya walaupun saya peminat setia pasukan Manchester United.
Barcelona berhak menang dan kemenangan semalam adalah kemenangan MUTLAK. Itu saya tak nafikan.
Buat masa sekarang, Barcelona ada UNBEATABLE sebab dengan Real Madrid pon di tapau mcm tu jer. hahhahahahah

2 comments:

  1. Satu lagi, Ferguson patut tukar Valencia mase 1st half lagi sebab dia tak boleh nak perform macam biasa.

    ReplyDelete
  2. ermm btol2. masuk nani agak ubah cara permainan manu time tu

    ReplyDelete