Saturday, April 30, 2011

Kisah disebalik nama Syamsul Anwar

Ada apa dengan nama seseorang itu? Maksud dari segi Agama ? Kecenderungan minat ibubapa ? kebetulan ? Keturunan keluarga ?

Bagi diriku, nama diberi

SYAMSUL ANWAR BIN KHIR JOHARI

apa pendapat anda?
bagi si tuan punya nama ini, ada kisah yang ingin dikongsikan.

Sejak azali lagi, aku terkadang pelik dan hairan dengan nama aku ini. Kenapa bapaku, KHIR JOHARI MOHD ALI beri nama anaknya begini rupa.
Bagi aku, nama ini sangat RARE or JARANG.
Ketika di awal sekolah rendah, terkecil hati ku ingin menggunakan nama ini. Susah dieja dan disebut. Pada ketika itu, nama MUHAMMAD sangat popular bagi seseorang yang bergelar LELAKI.
Aku dapat lihat, pabila tiba musim peperiksaan, kedudukan dalam dewan akan berdasarkan senarai nama yang telah disusun mengikut abjad. Jadi majoriti budak lelaki yang namanya bermula dengan M atau Muhammad akan duduk dalam kelompok yang sama. Perimeter yang kecik antara mereka. Tapi aku, yang namanya bermula dengan S akan ditimpa nasib yang dahulunya aku rasa sangat malang.

S...Siti..
S...Sofie..
S...Syazana...
S..Shamimi..
S..SYAMSUL

walaupun aku agak malu dan segan orang nya,tapi aku tetap berjaya membuta tulikan diri aku ini.


S juga akan dikait kan dengan huruf yang hampir dengan Z. Antara akibatnya, nama untuk ORAL TEST akan menunggu giliran yang agak lama. Tapi cuba bayangkan jika sesuatu giliran itu dimula kan dengan huruf Z ?
Jatuh akal dan kewarasan aku dibuatnya.

tapi nama-nama yang hampir dengan penamat ini punyai kelebihan. Ianyakan disedari tuan punya nama pabila sudah meningkat dewasa dan agresif. :D

dari zaman kanak-kanak yang indah, melangkau kita ke zaman remaja atau dewasa yang kini aku tengah tempuhi dengan bermacam cabaran.

SYAMSUL ANWAR...SYAMSUL ANWAR...

akan terfikir dalam akal dan mental aku tentang nama ini. Dahulu sangat aku benci dan pelik dengan nama ini. Bukan benci yang membawa maksud melampaui hanya kurang senang.
Pada suatu ketika, wujud perasaan terkejut dan seperti baru tersedar dari mimpi yang membingungkan. Satu panahan elektro telah memanah rohani dan logikku.

SYAMSUL ANWAR.....SYAMSUL ANWAR..

"waaaahhhh, sedap nya nama aku..."

baru aku rasa nikmat nama aku ini. Dengan perubahan akal dan fikiran diiringi dengan perubahan hormon yang sentiasa ingin memberontak melalui dorongan perbuatan.

Di zaman menengah yang gemilang, terasa nikmat nama ini. Oral test,ayat hafazan,pembentangan dan lain-lain lagi sentiasa aku yang paling lewat untuk di panggil. Beruntung sebab aku boleh melakukan bermacam persiapan dan agak tenang dengan perasaan gemuruh.

Bila "remaja" seseorang remaja itu telah datang maka wujudlah perasaan dan pemikiran yang berkait rapat dengan hormon yang sedang memberontak itu.

Budak Perempuan?

Dahulunya agak benci mendengar perkataan ini. Aku yang jenis pemalu dan penyegan ini sentiasa dihantui dengan kelibat-kelibat yang berkaitan dengan "budak perempuan".

Tapi pabila "remaja" itu sudah tiba kepada diri aku ini, wujudlah perasaan dan pemikiran yang sering dikaitkan dengan seseorang remaja.

Dari tidak suka, kepada sangat suka bagi diriku.

Dengan berbekalkan nama yang unik dan lewat dalam giliran, aku boleh mendekat diri aku ini dengan perempuan. Huruf-huruf yang hampir dengan huruf Z selalunya aku dimiliki oleh perempuan. Dengan keadaan ini, aku boleh cuba mengkikis sifat malu dan segan aku yang agak tebal bak tembok besar cina. Tapi aku sedar akan peluang ini ketika menduduki tingkatan 5 penggal akhir. Agak rugi dan melepas akan peluang yang aku dihidangkan selama 5 tahun pada peringkat menengah.

Mungkin sampai disini sahaja episode kali ini. Saya akan masuk episode ke 2 pada post seterusnya.

bersambung....

No comments:

Post a Comment