Saturday, December 31, 2011

2011 sangat awesome!!

Tahun baru akan menyusul dalam masa 30 jam dari sekarang. 2011 dah hampir sampai ke penghujungnya. 2012 akan datang dengan pelbagai andaian dan ramalan. Dunia mengatakan bahawa ada kemungkinan 2012 adalah tahun "kiamat" HAHHAHAHA. itu adalah ramalam pihak barat untuk mempropagandakan dunia yang sememangnya dah hampir dipenghujungnya.

Bagi aku, apa yang penting kita kena teruskan hidup ni dengan lebih mendekatkan diri dekat tuhan. Harini aku nak tuliskan RINGKASAN tentang peristiwa penting dalam hidup aku ketika melalui tahun 2011

Peristiwa penting 2011

  • aku mulakan dengan pelajaran aku. start tahun 2011 aku dah mula fokus untuk belajar. yang paling penting aku dah mula terima hakikat yang aku belajar dalam bidang "PERAKAUNAN". selama ni tahap penerimaan aku untuk belajar kos perakaunan macam "atas angin" saja. :D kalau ikut kronologi keputusan setiap semester aku, aku bermula dengan buruk. mesti ada gagal. starting 2nd semester, aku dah mula meningkat dan terus meningkat dannnnn terus meningkat. CGPA aku dah mula mencapai 3 pointer. :D walaupun 3 tu orang kata biasa, bagi aku untuk diri aku, dah bangga habis. agak lah, ingat aku minat sangat accounting ni?? hahhaha aku akan terus akan berusaha nak naik kan pencapaian aku. ada rezeki bole sambung degree :)

  •  Tahun 2011 bagi aku tahun " tenang " bagi aku. Masalah mental aku dah mula stabil 80%. HAHAHAH aku dah start sosial dengan member2 aku terutama budak kajang. bermula penggal 2 tahun 2011 aku dah mula lepak dengan diorang. lepak lewat malam dekat mamak, main kad, main futsal dan jalan2 membelah malam hening tanpa arah tujuan. aceeeyyyy!! hahhahah orang cakap, kawan2 ni la tempat kita menghalimunan masalah kita. HEEEE

  • penggal ke 2 tahun 2011 aku dapat pengalaman baru iaitu aku dapat pengalaman bekerja. Disebabkan aku belajar dekat politeknik, aku kena berPRAKTIKAL atau latihan industri untuk semester 4. Aku kerja dia company cina HEW AND PARTNERS CHARTERED ACCOUNTANT. 80% aku rasa sangat awesome dapat kerja dekat situ. Bergaul dengan kaum lain dan lebih penting aku dapat kawan Pakistian, Waqas Latif. Walaupun aku jadi "pion" untuk 3 bulan pertama, atleast aku dapat macam2 pengalaman untuk sesuaikan keadaan dengan persekitaran. Jalan2 KL, pusing puchong, pegi Damansara dan banyak lagi tempat aku jelajah! hahhahaha

  • detik 9 july 2011. aku lakukan sesuatu yang agresif untuk diri aku dan negara tercinta ni. Aku hadir PERHIMPUNAN BERSIH 2 bersama teman dari Parit Buntar, Pali. HAAAA!!! ini aku buat bukan atas dasar suka2 or ikut trend tapi atas kesedaran aku. walaupun dapat banyak tentangan dari keluarga, rakan2 dan negara aku tetap dengan pendirian aku. aku anak muda sedar, bukan anak muda diam berpeluk akademik dan tubuh. Aku dapat pengalaman menakjubkan. Realiti politik negara malaysia. bagi yang tak datang tu jangan duduk sembang kencang dengan aku pasal realiti. AKU PERGI BERSIH. gas pemedih mata, kene keja polis, air water canon semua aku kena. itu pengalaman menarik wey, tak tipu. 

  • Aku pergi RANTAI 2011. Macam2 lah ada dekat sana. aku besosial tahap gaban punya. lepas balik Rantai, aku pegi konsert Search Fenomena 30 tahun bhaaii. walaupun aku tak berapa nak search, aku layan kan jer. aku dapat t-shirt bhaaiii. malam tu orang kata malam muda aku lah. balik rumah pukul 5 pagi hahahhahaha

  • Peristiwa ni agak besar jugak la dalam hidup aku. lepas aku praktikal, aku dapat tawaran "bulan jatuh ke riba". Company bagi bonus dekat aku. Company bawak aku pergi trip BANGKOK PATTAY bhaiiii. aku dengar pun dah seram, tapi realiti kot. dorang support semua kot.dalam rm 1500 kot. aku just bawak duit poket. duit alaun terakhir aku buat duit poket. 1st time aku naik KAPAL TERBANG kot. aku terbang wey. thanks AIR ASIA, everyone can fly rite. AHAHAHHAH pegi negara orang, tengok budaya orang. nak carik halal kemain susah. haiiihh hahahahah terbaik lah! thanks hew and partner!! kesian amy dengn iema. hahhahah

  • Ini besar jugak peristawa, sangat2 besar. Aku pakai BRACES!!! hahahhah banyak halangan dan rintangan bhhaaii. cabut 4 batang gigi, demam sana sini. lapar kot. nakmakan susah. jangan tanya kenapa aku makin kurus. orang cakap, beauty is pain. betul la tu. hahahah tapi takda nak beauty sangat la. tak da awek jugak. hhahahah ramai tanya kenapa aku pakai, walhal gigi aku takda la barai sangat. gigi bawah ni je haa barai sikit. hahahhaha dan ramai jugak yang cakap "weyy jambu doeee" hahhahah lahanat punyai! ahhahahah

  • Ini yang last. Paling bermakna buat aku. setelah 2 tahun tanpa perkhabaran dan berita diri masing2, akhirnya ditemukan kembali di laman muka buku. hhahahah kejap dia add, aku tak approve. kejap aku add, dia tak approve. banyak kali jugak lah. last2 ada jugak connection. syukur. Fieza now is my friend at facebook. hhahahah aku tak caye jugak. nak jugak dia kawan dengan aku. 2 tahun tak contact. dapat jugak sembang dengan dia. tipu la aku tak suka. atleast takda la nk musuh-musuh. dia sekarang dah islamic bhaaiaiiiii. hhahahahhah sekarang dia suka makan apple hijau. bajet diet. hahhaha syukur sangat. harap2 berterusan dengan hubungan persahabatan kita. Dulu kita sangat rapat, harap pengalaman buat kita lagi rapat. :D thanks taw! (salam)

for the last word, 2011 sangat awesome buat aku. syukur!

SELAMAT DATANG 2012!!

No comments:

Post a Comment