Monday, January 2, 2012

Dia masuk jail pun bagus jugak, baru whole world watch it.


Sama ada Anwar Ibrahim bersalah atau pun dibebaskan, sama-sama kita saksikan peristiwa ini.
Kalau dia bersalah dan dihumban kedalam penjara, aku rasa lebih baik. Ini boleh membuatkan mata-mata rakyat berfikir tentang apa yang dikatakan keadilan dan ketelusan sistem perhakiman negara. Tuduhan liwat ini adalah tuduhan kali kedua selepas tuduhan liwat pertama pada tahun 1998. Jadi ini merupakan tuduhan liwat kedua untuk Anwar Ibrahim selepas dia dituduh meliwat Saifool Bukhari.
Mengikut perkembangan dan penjelasan Anwar, dia mengatakan bahawa jika dia betul-betul meliwat si Saifool ni, Anwar melakukan liwat ini di sebuah apartment yang didalamnya mempunyai lebih 10 orang rakan Anwar termasuk 2 orang pemilik apartment tersebut. Penjelasan yang diberikan ini menunjukkan terdapat kesongsangan fakta dan bukti yang di hebahkan didalam media arus perdana. Siapa yang peka tentang isu ini anda boleh kesan kepelikan tentang apa yang dikatakan didalam media arus perdana terutama TV3 yang setiap hari menghentam keluarga Anwar dan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat. Boleh nilai sendiri kalau mahu. Kalau tak lalu mendengar media arus perdana, cari lah media alternatif. Kenapa aku berani cakap camni? sebab berita tv3 pernah tipu pasal aku ketika peristiwa bersih. Tipu tentang bilangan peserta yang hadir. Depan-depan dia tipu. Itu baru perkara yang kecil, belum lagi yang besar-besar. Nilai lah sendiri wahai rakan-rakanku.

Aku ni bukan la agungkan sangat si Anwar Ibrahim ni. Aku sanjung disebabkan kekuatan dia untuk tegakkan keadilan. Macam2 lah dia dah kena. Tuduhan Liwat 2 kali, kena bogel, fitnah video lucah, tuduhan dia kononnya agen yahudi, amerika dan islam liberal. Aku bole katakan orang yang paling dimalukan di dunia buat tahun 2011 adalah si Anwar Ibrahim. Whole world watch dude!

Kita sama-sama doa yang tuhan aku tunjukkan kebenaran tentang dunia bila dia mengizinkan sesuatu perkara seperti ini.

No comments:

Post a Comment