Tuesday, February 21, 2012

Duit ada 50 jer, tapi nak beli sampai 800

Mood nak menulis blog ni selalunya ada time2 cuti or betul2 tengah bosan. So bagi aku, acara menulis blog ni selalunya aku akan buat bila aku balik ke Kajang. Dekat Ipoh memang takkklaa nak menulis. Salah satu sebabnya ialah dekat Ipoh toooo much people and activity had to been made. Enviroment tu tak berapa nak sedap. Contohlah, aku tengah feeling2 tulis blog ada 2-3 budak rumah aku tengok aku menulis. Tak segan aku dibuatnya. Lagi2 kalau budak2 tu bukan datang dari golongan tahun 90an. Komfem kena gelak punya.

So hari ni aku just online memanjang saja. Tak buat apa2. Suff internet yang tak laju ni memang buat sakit hati. Rasa macam nak patah kan jer keyboard ni. So aku carik altenatif lain camne nak increase internet. Ada tu ada, tapi kena pakai duit. Kena beli VPN and Berukband. Series aku cakap, aku memang dah takda duit. Duit aku tinggal 50 ringgit dalam dompet tu jer. Benda nak beli kemain lah. Macam2. Antara wishlist setakat ni.

  1. Upgrade komputer aku. Aku cadang nak tukar graphiccard pastu nak tambah RAM baru pastu nak tukar processer baru, AMD PHENOM. so aku dah estimate berapa banyak budget yang aku perlu gunakan. cincai..cincaii...RM700!!! siapa nak bagi aku duit banyak tu?? citanya memang aku akan cuba mintak tolong bapak aku. tapi aku tak bgtaw dia lagi. TAKUT! hahahah tapi aku rasa 50% dia boleh tolong sebab dia kaki komputer jugak. Aku tengok abang aku paw bapak aku ilex jer. Abang aku tu lagi lah, setiap semester mesti upgrade pc dia. setan kan!
  2. Hari tu aku dah deal dengan mmber aku sorang ni nak beli camere Instax dia. dia jual dalam RM200. Memang semat lagi sebab dia tak penah pakai lagi. Haritu aku dah belek2 dah, tapi tu lah. Duit ni memang cepat cair kalau tak beli barang. Atleast bila kita beli barang, NAMPAK LAH hasil nya. Ni kalau beli benda2 ngarot2. Makan boros bagai. haaaiihhh mengesal taktentu!
  3. Ada jugak cadangan nak buat balik specmata sebab dah silau pulak mata ni. Dulu penah pakai spec tapi bila dah buat "rawatan" tu kurang pulak sakitnya. sekarang ni silau datang balikkk...duit jugak.
  4. Cadang nak UPDATE wardrobe. Kemeja and Seluar. dah bosan lah, pusing2 baju tu. eeee bosan! walaupun aku rasa baju kemeje aku belambak, tapi dah bosan. aku taw, mmber2 aku lain takkan ada kemeja yang banyak macam aku. kalau tengok budak kelas aku, kemeja dorang rasa bole kira sebelah tangan jer. kalau kemeja aku, kira pakai 2 belah tangan pun takkan cukup even kau kira tambah jari kaki pun takkan cukup. i have lot of shirt. walaupun baju2 aku tu bandel jer, aku sayang nak buang. Bab pakaian, korang semua jangan main2 dengan aku. tolong jangan main2. lagi2 kalau baju feveret. memang bole bawak putus member, ajak begaduh pun takpa. silap2 aku nangis tak berenti mcm putus cinta. pecaya lah cakap aku. HAHAHAHHA tapi aku tekat nak carik seluar kelas dalam cuti ni jugak. sebab seluar kelas aku ada 1 jer feveret akuuu. kalau korang nak taw, seluar tu dari aku belajar KPTM dulu. lu orang kira lah dah berapa abad.. 3tahun bhaaii. seluar tu warna hitam, tp sekarang warnanya jadi warna maroon HAHAHAHAHAHAH tapi still pakai lagi!!!!
tapi aku rasa benda2 alah ni susah nak jadi kenyataan. entah lah. acctually ada orang hutang aku RM9++. tapi aku rasa sedih sangat sebab kenapa lah dorang taknak bayar. aku akan lebih sedih kalau lu orang semua tipu aku. sumpah aku rasa mcm nak terjun flat jer. arrgghhh

tadi mak aku tanya aku

"nua..kau takboleh ker download cerita OMBAK RINDU...mak teringin nak tengok.."

so aku jawab

"ok2..nua download sekarang sebab nua pun tak tengok lagi..."

HAHAHAHAH
mak aku ni memang bakar line betul la. dia taktaw ker diri aku ni tengah lonely. dia bole sembang tentang ombak RINDU..HAHA
ada yang rindu dekat awek lama kangggggg...hhahahahah

No comments:

Post a Comment