Saturday, May 29, 2010

Penat

erm..
balek dari ipoh mmg memenatkan..
VESAK sana VESAK sini.
tekanan la begini.

dah la penat.. sampai2 umah punggah baju2..
then terus la on9 fb..
ttbe tangan nie gatal lak nk usha fb si "DIA"..

ermm..
dah ada pengganti rupanya..
terkedu lalu saket hati ku melihat..
sop..sop...sop...

mmg banyak perbedaan antara aku dgn "teman" baru DIA..

*rupa paras mmg tak disangkalkan..DIA lebih baek dan "berupa" dari aku ini yang ugly dan hampeh..mata dah la mcm mayat..badan pon xde bende..senang cite, XDE BENDA
*DIA lebih "berada" dari aku.. berKERETA dan berharta rasanya..AKU nie mto kriss sahaja..
keluargaku tidak mampu memberi bende2 yg sebegitu rupa.

buat pertama kalinya, aku berdepan dengan situasi PERALIHAN ini. cepat benar hatinya dimiliki insan lain.ermm..

aku akui yang aku sedang berada dalam kesangsian dan kecewa seribu be kali2..

Betul apa yang aku fikirkan.

kalau si DIA meninggalkan aku seperti sampah yang tiada nilai nya, mungkin benar DIA tidak punyai perasaan.

tetapi aku rasa si DIA benar2 punyai perasaan sebab perasaannya telah jatuh kepada insan lain.
betul tak??

ternyata dia punyai PERASAAN.

tapi bagaimana perasaan aku ini?
ada DIA fikirkan????

tiada apa yang aku dapat perkatakan, selain berdoa kepada allah agar umurku dipanjangkan dan kesihatan aku diperelokkan.

aku mungkin tidak dapat menyembunyikan perasaan dan kesedihan aku ini.
inikah yang di namakan hidup??
hati dan perasaan boleh berubah2???

Benar, tak semua yang kita rancang akan terlaksana.. awan tak selalunya cerah..
tidak semue nasib seseorang itu sama..

mungkin ini waktu aku di uji dengan ber macam2 medium UJIAN.. bukan 1 ujian, 2 ujian mahupun 7 ujian.. mungkin BERTERUSAN sprti yang aku alami sekarang ini.. dan mungkin sedikit demi sedikit ujian di berikan..mungkin, aku pon tidak tahu bagaimana nasib aku ini..
nasib org laen..aku pon tidak tahu..

tapi, aku yakin bahwa ada hikmah di sebalik ujian yang diberikan ini.. yakin sangat2..
memandangkan kondisi kesihatan aku di uji oleh allah.. aku yakin..ada hikmah ya allah..

tak mungkin allah itu bersifat MAHA ADIL jikalau DIA tidak adil..

mungkin perjalanan hidup aku pada waktu sekarang tidaklah begitu aman dan gembira..

mungkin orang2 lain hidup senang di limpahi kegumbiraan dan kesenangan pada waktu sekarang.

tapi ALLAH ITU MAHA ADIL.. janji2nya tidak lah palsu..kata2nya tidak lah kosong seperti manusia..

"kita merancang mahu menjadi DOKTOR, tetapi jurusan PERAKAUNAN yang kita duduki sekarang..."

ternyata kita ini hanyalah mampu merancang dan bermimpi sahaja, Allah yang tentukan segala-galanya..

seorang penceramah pernah berkata,

" jangan fikir allah itu sayang kita, sbb dia bagi kita kesenangan dan kelancaran hidup didunia.."

P/S : aku masih sayang dan cintai DIA lagi

1 comment:

  1. huhueew..
    sadis an lo de lam stuation cmneh...
    pape p0wn saba ukiee...

    :))

    ReplyDelete