Thursday, September 21, 2017

Virgo melahirkan anak 23 September 2017

Sudah hampir 2 tahun aku tak mengemaskini diari atas talian ini. Rasa seperti ada sesuatu yang aku rindukan dalam diri ini sendiri. Tujuan aku menulis ini bukan hendak menceritakan tentang kehidupan aku tapi ada sesuatu perkara yang aku rasa lebih selesa diceritakan dalam blog. *jam menunjukan pukul 2.23 pagi pada 21hb September 2017, hujan kali ke-3 baru berhenti.

*3.50 pagi aku sedang menonton perlawan Manchester United bertemu Burton Albion. 1st half 3-0!

Apa yang aku nak cerita adalah tentang dunia sekarang ni. Pukul 3 pagi tadi keluar berita tentang gempa bumi telah melanda kawasan Fukushima. Tengah hari tadi New Zealand pun ada. Yang paling sedih adalah gempa bumi di Mexico City semalam. 200 lebih orang maut di hempap batu bangunan.
2 minggu lepas USA telah dilanda ribut taufan yang sangat tragis. Pemindahan paling terbesar dalam sejarah US. Apa dah jadi? Adakah alam sedang berkonspirasi untuk memberi pengajaran kepada manusia yang sedang alpa menarah bumi tanpa memikirkan tentang alam bumi itu sendiri. Berdasarkan apa yang aku kaji selidik tentang kejadian semua itu, hanya pakar teori konspirasi yang rajin membuat rujukan dan kaji selidik tentang kejadian-kejadian itu semua.

Hampir 3 bulan aku memfokus tentang prophecy teori konspirasi. Aku minat tentang teori konspirasi sebab aku nak tahu sejauh mana kajian selidik dan bidikan pakar-pakar. Adakah benar? atau tidak?

Antara teori konspirasi yang hangat diperkata masa sekarang adalah, antara 20hb-23hb September 2017 akan berlaku suatu kejadian besar buat dunia. Prophecy dalam kitab Bible mengatakan pada tarikh ni adalah "Rapture Day".


1. Mungkin akan berlaku serangan nuclear keatas US. Mungkin bandar New York, Los Angeles dan bandar-bandar besar yang lain. Serangan ini dibuat (false flag) seperti menampakkan Korea Utara yang menyerang. Dibuat seperti peristiwa 9/11. Dunia akan menyalahkan Korea Utara atas tindakan itu. Akan berlaku kehancuran yang dasyat, ia melibatkan agensi FEMA untuk menguruskan mangsa dan mayat tragedi. PERANG PERANG. Mungkin akan berlaku PERANG DUNIA KE-3 melibatkan US dengan Korea Selatan, Rusia, Iran.

2. Mungkin akan berlaku bencana alam yang dasyat samada di US atau negara-negara lain. Mungkin akan berlaku ribut taufan seperti IRMA, JOSE, MARIA yang menyebabkan banjir yang teruk sehingga berlaku kerosakan yang dasyat. Mungkin juga akan berlaku gempa bumi yang dasyat sehingga lumpuh bandar, kemudahan, komunikasi. Seperti filem San Andreas, The Day After Tommorow ataupun filem akan datang secara kebetulan iaitu GEOSTORM. Teori konspirasi tentang kerajaan US boleh memanipulasi cuaca dunia, HAARP. HAARP ini dikaitkan dengan tragedi IRMA,JOSE,MARIA yang sedang berlaku.


3. Mungkin akan berlaku kejadian EXTRATERESTRIAL melibat alien. Teori ini sangat popular dikalangan pakar konspirasi. Seperti filem alien. Akan berlaku Meteor atau bintang-bintang. Planet Nebula biru.


4. Antichrist aka DAJJAL.

Ini adalah bidikan dari aku tentang tarikh 23 September 2017. Jadi atau tidak bukan masalah, yang penting kita sedar tanda-tanda. Terpulanglah kalian. Aku rasa tak selesa untuk share pendapat ini dekat facebook, aku tahu ramai jugak yang tak selesa.

Selalunya apabila bercakap tentang teori konspirasi ini, SEBELUM terjadi perkara itu orang gelar PARANOID. SELEPAS terjadi orang gelar KEBETULAN.

Sama-sama kita tengok dalam jangka waktu 1 minggu ini dan selepasnya.


*aku habis menulis pada pukul 5.30 pagi selepas melihat Menyu menang 4-1. 
Andai ada point-point yang aku tulis diatas TERJADI, aku akan cuba share di Facebook aku.

KAH KAH KAH 

 

No comments:

Post a Comment