Thursday, June 14, 2012

Post semalam dipost di kelas tadi


Nampaknya, malam semalam aku takda rejeki nak online internet apatah lagi nak update blog. Ini gara2 perkhidmatan internet hotspot aku dah tamat tempoh tadi. Cukup dah sebulan. Kenalah beli yang baru. Haaaiiihhh sebak hati mak ni nak…HAHAHAK
Ni Potret teragung dalam abad ni. Zaman2 lepas SPM ni. :P

Benda nak jadi, dia jadi wey. Nak tahu apa jadi lagi semalam? Dalam pukul 7.40 camtu lepas magrib tu, aku keluar nak pegi beli nasik lemak dekat tepi ni haa. Naik beskal je lah, bukan jauh pun dari rumah aku. Tak sampai seminit. Time tu Karim tengah mandi. Bagus lah tu, aku memang elakkan bersemuka dengan dia. Kang kang kang dia pesan beli makanan bagai. Bebulu betul la orang camni, kalau beli rokok batang tu okay lagi la. Ini pernah dia pesan belikan nasik. Padahal aku nak pegi Photostat jer. Cilakak punya orang tua. Korang nak tahu umur dia berapa? Umur dia 45 something tahu. Anak dah 3. Dia baru jer datang Ipoh. Dalam 2-3 bulan jugak lah. Kena tuka kerja dekat sini. So sementara ni dia menumpang sewa sementara tu nak carik rumah. Dia dari Bangi. Dia tengah mandi time tu, cepat2 aku kayuh beskal.

Sampai gerai nasik lemak, aku beli nasik lemak plus telur mata. Pastu aku beli air A&W satu. Time aku otw depan pagar rumah tetibe aku tengok whole kawasan tu semua terpadam gelap. FARK! BLACKOUT!! Masuk2 rumah nampak karim tengah siap2 nak keluar pegi makan. HAHAHAHHA

Aku tunggu la jugak bila nak ada Karen ni haaa. Perut dah lapaq dah ni. Takkan la nak makan gelap2. Lilin pulak haram takda. So aku duduk depan pintu tengok langit. Kerja bodoh la kalau aku cuba kira bintang bodoh. So aku renung lah langit mana tahu ada taik bintang melintas ke, bole la aku wish something. HAHAHA tapi takda pulak dia melintas. Anjing melintas ada lah. Dia berak dekat rumput dekat public phone tepi rumah hujung tu. Bengong berak dekat situ. Pegi la jamban. Sengal punya anjing. HAHAHA

Tunggu punya tunggu dah 8.30. bila la nak ada Karen ni. Sebabkan taktahan perut ni, terus aku pulun nasik tu dalam gelap2 depan pintu tu. Aku pulun jer apa yang ada dalam polistrin tu. Agak2 ada taik cicak masuk ker, lipas jatuh ke, kira halal dan baiknya la masuk dalam perut aku. HAHAHA

Lepas makan tu rasa macam mengantuk pulak kan kan. Aku cuba la turunkan tilam paling mahal dalam rumah tu dan terus baring. Sebenarnya boleh tidur tapi mcm ada nyamok2 tahu gigit kaki ni. So takda dapat la tidur. Semak! Agak2 mcm dah telelap camtu, tetiba jiran depan jerit.

HAAAA!!!! Dah ada api!!!
Cantik sikit ada API weh. Rumah terbakar hape kena lilin. Tahu la masing bakar lilin time gelap. Aku jer tak bakar sebab takda. Tengok jam dekat dinding dah pukul 9. Uiisshh lama jugak takda api. Tengok aku dah terikut TAKDA API ni..HAHAHA sejam jugak lah. Cepat2 aku naik atas, on pc. Dan2 jer bila aku nak login internet, dia kata dah tamat tempoh. CILAKAK!

Terus aku sambung buat artwork…

Tulisan dekat atas ni aku tulis pukul 1 pagi ni. Aku tulis siap2 dekat word. Pastu esok pegi kelas aku try post benda alah ni. Itu pun kalau boleh masuk blog. FB pun tak boleh dekat Lab poli tu. Benda yang bole adalah Email dan Malaysiakini. HIHIHI

Tapi kena ingat, kalau kita masuk email yahoo nanti kita bole on9 YM sekali dalam email tu. HAAAA!!! Aku selalu chat dengan Nelly. Tak yah nak selalu sangat la, baru 2 kali. HAHAHA rindu pulak dekat si Nelly ni. 



Wednesday, June 13, 2012

Diamkan diri, teruskan.....???

TAADAAA!!! Artwork untuk hari ni. More kepada logo things la. This is one of the logo for the campaign " Less online, keep writing" yang aku lancarkan 3 hari lepas. Simple dan dalam maknanya. Simbolik semata-mata. Tujuan kempen ni sangat-sangatlah misteri dan angker. MUNGKIN certain peoples may know it. Kalau-kalau nak tahu laa pasal benda ni, apa salahnya tanya aku sendiri. kah kah kah

Ini ada info untuk korang2 dekat luar sana. If kalau nak baca buku politik, aku syor kan korang baca buku paling awesome pernah aku jumpa dalam hidup ni. Tertangkapnya Sa Ekor Toyo. aku bagi 5 bintang la. Karya Hishamuddin Rais si tuan punya blog, Tukartiub. Bahasa yang dia gunakan siries style habis. Untuk newbies2, buku ni sesuai sangat. Aku komfem, lepas korang baca buku ni, komfem korang pegi carik buku2 lain si hisham ni. Buku tu takda la tebal sangat, biasa2 jer. Kepala otak korang mesti demam lepas baca buku ni. seperti terkena panahan elektro tepat di cell2 otak hangpa. HAHAHAH

Nampaknya nasi ayam RHB (Restoran Halimah Bachik) kurang memberi kekenyangan untuk perut aku ni haa. allaaaa apa sangat nasi ayam. ciput jer. tadi aku berak, aku rasa itu pasal lapar terus tu. HAHAHA
Teringin pulak nak makan sandwich Subway. Dulu2 time belum pakai braces ni, makan bapak ah feel!! nganga besar2 pastu sumbat. kunyah macam 3 tahun tak makan. gelojoh teruk haaa! sedap sangat la bagi aku. tapi lepas pakai braces ni, nak makan burger tepi jalan pun takut2 nak kunyah. cubit kecik2 tuu!! HAHAHA sedih betul la camni. tengok orang makan satey dekat kedai, perrhhhh sedap nye dia kunyah. sentap daging dari lidi dengan gagahnya. Tapi takpa, sabar dulu. tunggu aku bukak braces ni. tengok macam mana aku repeat balik makan. Haaa!! tapi kan, lama lagi la gile. 2-3 tahun jugak la. Fuuuu!

P/S: siapa nak promosi kempen ni, boleh post dekat FB. Save jer gambar tu. :D

Forth Day

Harini kelas macam biasa. Pukul 9 sampai 12. Aku baru lepas makan ni. Balik terus gerak kedai. Harini aku makan nasi ayam halimah bachik dengan sirap bandung beliau. Memang terbaik lu orang cakap. Kalau rasa2 nak merahkan bibir, try la minum sirap bandung halimah bachik. Komfem korang boleh jadi jambu. HAHAHA

so sekarang ni nak buat apa? takkan nak tidur mcam biasa. bosan kot hari2 camni. takda faedah aku rasa. better aku do it something yang worth sekarang ni. rasa mcm nak buat artwork. semalam dah buat sikit2. apa kata aku sambung harini. ok jugak
Ni gambar dekat rumah sewa lama. belakang tu bukan katil aku. aku tidoq dekat bawah

today is the forth days aku tak on9 facebook. apalah khabar orang2 disana. harap baik2 selalu. aku disini cuba baik2 kan diri ni. HAHA
aku  still on9 YM and forum2 lain. baca blog orang. tapi 80% aku letakkan diri aku dalam mood MEMBACA. download ebook dekat forum2 bagai. aku harap aku dapat improves aku punya bahasa english. OH MY ENGLISHHH!!!

perut dah kenyang. tengok photoshop pun dah blur2. cilaka betul. HAHAHA

memandangkan pc aku terletak di sebelah tingkap, memang selalu aku merenung melaluinya. tengok langit. tengok cuaca. tengok orang lalu lalang. mungkin jiran depan ni selalu tengok aku manjang mengadap komputer je kan. ada jiran depan ni, family la. tapi anak dia ni aku tengok Sexy Selalu tahu. kadang2 pagi2 tu dia besidai dekat beranda dia pakai singlet dengan short pants. WTF! jangan seksa aku camni wey. mata aku dah naik juling usha kau. HAHAHA

aku harap jangan la cuba2 nak tegur aku or main mata dengan aku. lain jadinya dik oi.. lainnnn. HAHAHHAHA

Nothing Even Matters

Seperti yang diteori, tiada apa yang 'perfect' dalam kita membuat sesuatu benda. Sudah tentu ada baik dan buruknya. Samada sedar atau separa sedar ataupun langsung tidak pernah sedar. Pernah suatu ketika dahulu, bila diingatkan kembali 'operation cornea' telah pun dijalankan untuk diri aku. Walaupun tidaklah seperti operation pemindahan jantung ataupun pembesaran payu dara, ia sangat memberi kesan untuk keadaan fizikal aku. Ia sama sekali tiada pertumpahan darah ataupun jahitan kulit, ianya sangat simbolik. Mungkin berita ini tidak diketahui ramai umat. Hanya segelintir yang dimaklumkan dengan rumours ini. Tiada kenalan yang dapat tahu kisah ini secara 100%. Semuanya hanya angin-angin cerita ini bertiup di telinga.

Mungkin benar kata-kata manusia terdahulu, hidup ini seperti roda. Setiap masa bergerak pusing tanpa henti. Ianya bergerak seperti yang telah ditetapkan oleh si penciptanya. Terkadang berada dibahagian bawah, terkadang berada di atas puncak dan terkadang pula berada ditengah-tengah. Jadi, tidak perlulah kita ini sangat berbangga atau yakin bila berada di puncak dan janganlah kita terlalu berduka atau sedih ketika berada dibawah. Jika ditindas, jangan cepat putus atas. Usahalah dengan tabah untuk cuba berada dibahagian atas. Ingatlah, tiada apa yang kekal selama-lamanya melainkan seperti si pencipta yang maha adil.

Buat baik, dibalas baik. Buat jahat, sudah tentu dibalas jahat. Kalau buat jahat dibalas baik ataupun di "butakan" kejahatan itu, dimana keadilan yang diwahyukan. DiaNya adalah yang Maha Adil, bukannya Maha-thir yang kononnya pemikir agung dan mulia di sisi rakyat yang buta akan kebenaran. Jika difikirkan, setiap perbuatan itu pasti ada balasannya, samada baik atau buruk. Bagi aku, baik boleh dikaitkan dengan pahala dan jahat dengan dosanya." What goes around comes around ", kuote yang sangat popular tentang benda ini. Dalam ajaran budha, ianya disebut "Karma". Dan lebih tepat, Hukum Karma. Dahulu, pernah aku fikirkan tentang persoalan ini. Walaupun dalam Islam tiada yang dikatakan hukum karma, tapi lepas dibuat banyak pembacaan situasinya sama sahaja. Ianya Hukum Alam. Bagi pandangan aku, ianya sangat tepat kerana Tuhan berkata, setiap perbuatan itu walaupun sebesar zarah atau atom ia tetap dikira. Samada perbuatan baik atau jahat. Berkenaan dengan cara perhitungan amalan itu, tiada siapa yang tahu. Tentang pembalasan sudah pasti tiada siapa dapat mengagak masanya. Itu semua kerjaNya. Tidak di dunia, pasti di akhirat.

Manusia ini tiada seorang pun terlepas dari pandangan yang maha berkuasa. Tidak seorang pun dikecuali. Lelaki ataupun perempuan, cantik ataupun buruk, lembut ataupun keras, alim ataupun munafik, mangsa ataupun pemangsa semuanya tidak terkecuali. Tulisan ini ditulis untuk mengingatkan diri aku yang telah pun lagha tentang mengejar kehidupan dunia. Bukan niat hendak menulis seperti seorang Uztaz atau Uztazah, tapi hendak mencerminkan manusia di dunia ini.

Jadi marilah kita menuju kejayaan dunia dan akhirat. Bersihkan diri ini dari semua kejahatan dan kezaliman. Tidak orang Islam itu pasti baik akhlaknya, tidak pula pasti orang kafir itu buruk akhlaknya. Dia kan yang Maha Adil bukan Maha-thir.

Yang Lagha,
Syamsul Anwar



P/S: Susah kalau menulis secara skema. Eeerrgghh!!

Tuesday, June 12, 2012

Adobe

ohyeah,

pagi tadi ada 2 kuiz dan 1 test. apa yang boleh aku cakapkan, soalan tah mcm apa tah. Sudahlah fill in the blank je, pastu soalan ada 6-7camtu. HAHA
Pastu bagi masa sampai setengah jam.HAHA
Pagi tadi pensyarah perempuan masuk. SKEMA lagi!
nampak sangat baru mengajar. tak suka la jumpa lecturer camni. diorang ni macam lebih kurang kami2 ni. muda satu, rasa2 macam boleh "makan" je. HAHA

btw, pagi tadi aku tidur pukul 4 camtu lah. dengar album yuna sepam dua. pastu bangun awal nak pegi kelas. sampai sekarang ni belum lagi rasa ngantuk. mungkinkah aku disampok? HAHHAA

semalam tidur lewat sebab aku sungguh2 nak install adobe dekat windows 7 ni. installer yang lama tu tak bole pulak pakai dekat windows 7 ni. aku pun tak faham. actually, selama-lama ni aku pakai windows xp jer. biaq pi la hampa nak cakap aku ni ketinggalan zaman, janji cek happy selalu dengan pc kesayangan ni. kau ada? takda kan. kau pakai laptop apalah barang sangat. tak rare langsung. ramai jugak kata aku ketinggalan zaman sebab still pakai adobe cs3. nak tahu sekarang ni dah adobe berapa?

ADOBE CS6 !

hahhahahak. aku still pakai cs3. sebab aku rasa sangat2 lah nyaman dan anggun. simple lagi bergaya. most of hipster skrg ni mesti pakai cs6, baru up to trend gitu. tapi edit gambar serupa hapa tah. tak melambangkan CS6 langsung. buat artwork takdalah hebat sangat. mcm tahik jugak aku tengok. HAHAHA

sebelum ni aku pakai XP, takda masalah langsung nak install abode. tapi bila aku tukar windows 7, semua benda tak boleh install. sebab apa aku tukar 7? ini semua gara2 nafsu ingin bermain game sekarang ni tak boleh dibendung lagi. hati aku bergoncang-goncang ingin kan keseronokan. seperti sipenagih menagihkan dadahnya. HAHAHA

thanks god, photoshop dan illustrator dah boleh install. bole la sikit2 nak buat artwork gitu. idea tu ada la sikit2. tapi kudrat tu still aku cari2. takda la bosan sangat main game jer. petak jugak kepala aku ni.
Haa nampak tu. Desktop abang dah garang haa pun adoi.

sekarang aku taktaw nak makan apa tengahari ni. tadi baru makan 2 roti sardin dan sekotak strawberi dutch lady.

Pemerahan Isi Hati

Peace Be Upon You Guys

yeah, memang lama tak menulis. either menaip or menulis pakai pen. Ini semua gara-gara tabiat membaca aku semakin menjadi-jadi. Duit habis beli buku sampai nak beli topup kredit pun dah tak penting. So jangan terasa hati lah kawan-kawan semua kalau aku tak mengreply sms2 korang lagi-lagi nak hello2. Major Sorry :)
Dekat Malaysia ni, mengikut statistic rakyatnya baca hanya 2 biji buku untuk setahun. Bagi kebanyakkan orang2 bijakpandai, ini sangatlah memalukan. Baru aku sedar betapa penting nya membaca daripada mendengar kata-kata manusia. Full of rumours! HAHAHAK!

sebenarnya aku dah nak mula updated blog ni since haritu. tapi tak berapa nak haritu lahhh! semua tu tergendala sebab Debat Rafizi dengan Khairy. Aku dah tulis sikit then debat dah start. memang aku terus pause sampai ke saat ni. cilakak betul. Tapi takpa, better aku dengar debat tu daripada aku merepek dalam blog yang tapapetah ni haaa.

Btw, sekarang ni aku diakhir-akhir shortsemester aku. Hanya 1 subjek untuk kali ini. Subjek yang dideropkan pada semester kedua. Kelas sampai sekarang baru dia bukak. (nada semakin ingin bercakap ketidakpuasan hati) Orang lain cuti 2 month, aku stay ipoh macam Gunung tepi rumah ni. Hari2 askar duduk training tembak dalam tu. entah macam mana keadaan makin buruk apabila penduduk dalam rumah ni kejap ada, kejap hilang. macam lalang haram jadah! aku tak pernah lagi rasa sunyi maccam sekarang ni. TAK PERNAH! walaupun aku dah biasa hidup sorang2 dekat Ipoh ni tapi kali ni memang menguji tahap mental aku. hati aku menangis. HAHAHAHAHA

makan sorang, mandi sorang, tidur sorang, on9 sorang, tengok tv sorang, main game sorang, sembang sorang, naik moto sorang, kemas rumah sorang. macam fak rasanya wey gile!

tapi aku still watlek laaa, ini semua pengalaman wey. time2 camni la buat aku terfikir pasal life aku selama ni. sebenarnya ini ayat jaga hati jer. konon optimistik laa kire..puuiihh

result semester 5 dah keluar haritu. kalau ikutkan aku lah, walaupun subjek hanya la 4 subjek kena amek tapi jiwa nak belajar tu dah kelaut maybe sebab terbawak-bawak jiwa praktikal sem 4 dulu. Result aku sangat2 lah tidak dijangkakan. Almaklumlah, semester ini aku agak mengAKTIVISkan diri aku dalam global issue dalam erti kata lain aku dah lebih series dalam nak tahu pasal politik negara. pergi ceramah tu dah selalu sangat. selalu sangat2. pergi Bersih 3.0 lagi.

Bercerita pasal exam week haritu, exam aku start 26 april 2012, paper TAXATION. ini yang aku jangkakan subjek yang akan fail. INI! 28 april 2012 aku turun Bersih 3.0. secara tak tipu, otak aku memang takda mood nak amek exam2 ni. aku dok fikir jerit2, gas pemedih mata, gambar nak tangkap dekat sana. otak aku pun  dah Kuning sebab Bersih 3.0 ni. HAHAHAHA 30 april 2012, ada paper Audit. 2 may 2012 ada paper M.A dan F.A.

So nak ceritalah pasal result aku. Aku fail subjek FA. pasal pointer rendah tu aku dah target awal2 dah. memang takda aku target nak cemerlang bagai walaupun tak pernah aku cemerlang. HAHAHA

Mungkin ramai yang cakap aku dapat result teruk sebab pergi Bersih 3.0.

TAPI kan, mungkin korang tak boleh kot cakap camtu dekat aku sebab bukan aku sorang fail subjek tu. Kelas aku jer dah hampir setengah kelas FAILED! 25 person was failed! HAHAHAHA
ada la some person tu cakap dekat aku yang

"jumpa jawapan audit dekat dataran merdeka ehh..."

sampai camtu dia cakap dekat aku. takut jugak aku. tapi aku tetap kuatkan diri ni. benda kalau nak jadi, dia jadi wey.

nak tahu, person yang cakap benda tu jadi apa ???

dia failed 3 subjek daripada 4? WTF!! aku okay lagi la wey, 1 jer failed. takda la sampai 3 sekali. LAWAK !!!
itu lah lain kali bila cakap tu jaga2 sikit. patutnya kau bangga la kawan kau ni muda2 dah ada sense pasal isu2 negara yang penting untuk masa depan. ambil risiko demi masa depan. HAHAHHAHAHA
malas la aku nak pegi bahan2 budak tu. nampak sangat lu tak ada sense pasal current issue. meseg pakwa tahu lah. HAHHAHA

Itu cerita pasal kebongkakan aku. Sekarang ni ada isu yang aku memang tak puas hati. Dah la aku target Taxation yang fail tapi MA yang fail. terkilan rasanya. Sepatutnya Taxation yang fail sebab semua tak suka pensyarah tu straight nakharam,MA ni pensyarahnya sporting and kamcing KONONNYA tapi setengah kelas failed. aku ada 2 jer benda boleh cakap tentang si Epul (pensyarah MA) ni. kau ni CELAKA ke BANGSAT??
Mari aku ceritakan pasal si Epul haramjadah ni.
Dia ni lecturer baru dalam poli ni. Tua. 45-50 camtu la umur dia. bila bercerita, dia ni student tajaan petronas. so latar belakang dia dah tentu hebat. bukan senang nak dapat petronas wey. masuk2 poli, jadi pakar Akaun dalam poli ni terus. Dia mengajar style tak tumpah macam profesor dekat university oxford. Sempoi sampai dia sendiri tak pasti apa yang dia ajar dekat kitorang.

"saya tak pastilah. saya belum stdy method ni. esok kita sambung..."

dafuk!! cilaka apa kau ni. kelas tu memang selalu tuang la. kitorang pun pantang kalau dia tanya nak balik awal or tak. HAHA
1 topik tu ulang2 kali dia ajar. benda sama. benda yang dia sendiri tak confident nak ajar.
apa bendanya niii??
almaklumlah, dah jadi lecturer hebat dalam poli, KURSUS tu memang selalu. 1 hari okay lagi, ni main minggu2. almaklumlah lagi, Politeknik premier ni nak buat degree, so banyak la mesyuarat2 dengan pihak atasan. KOLIBERASI katanya. puuiihh

persepsi aku dengan lecturer camni, dia busy dengan admin, dia kena kawtim pasal anak murid dia. ITU JER. yelah, awak buat kelas dah la tak tentu. sikit sana sikit sini. kitorang memang la best takda kelas. memang kitorang ni belajar Universiti Malaya, stok budak2 hebat dalam belajar. wey kiwak, kitorang Politeknik jer lah. ada method yang sesuai untuk pengajaran dengan budak2 mcm kitorang. bukan mcm UNIVERSITI. kitorang ni kureng hebat nak dibandingkan dengan budak2 universiti. itu pasal kitorang masuk politeknik. BODOH!!!

kalau aku sorang fail, boleh ceritalah. memang aku ni bodoh belajar. tapi kalau dah 25 orang fail, APA CITA?? itu baru kelas aku. Aku ada jugak tanya budak2 kelas lain, semua sama jerr!!! ramai jugak yang failed. apa cilaka la subjek ni dan pensyarahnya. alaaahhh, aku tanya PA aku, dia kata yang lulus tu cukup2 makan jer. dia tolong tambah sikit2 markah. kalau tak, memang satu kelas la fail. bole kira dengan tangan la siapa yang lulus.

aku taktaw la dia ada lagi tak untuk semester depan. ye lah, kena repeat. kalau aku kena masuk kelas repeat dengan dia lagi, memang kena dia.

Aku ni dah la tinggal 1 sem lagi nak habis KERTAS DIPLOMA ni, jangan la buat mcm2. Aku tahu, semester depan, aku nak poli buat kelas FA ni. tak kesah la bnyk subjek nak kena amek. takda keje aku nak extend. aku ni dah la tak suka akaun2 ni. BHAHAHAHAH


Sooo, the lesson is jangan lah judge orang. HAHA
Aku ingat lecturer tu kamcing, rupa2nya perangai serupa cilaka.
Aku ingat yang tegur aku tu hebat, rupa2nya aku lagi hebat. HAHAHAHAHAK!

Sekarang ni, bermula pada hari sabtu haritu aku dah stop on9 FB temporary jer OKAY. entahlah, aku ada mimpi sort of it lah. berat hati aku nak ikut mimpi tu. taktaw kenapa.
Mungkin petunjuk dari tuhan. Sorrylah, tapi aku still on9 benda2 lain.
Maybe ini point untuk aku start menulis kembali. Bukan tulis2 benda2 mengarut mcm cerita aku ni, tapi SERIOUS WRITTING about something,someone and someTHINGS.

Dengan rasa penuh kekeliruan, aku lancar satu kempen untuk diri aku ni.

LESS ONLINE, KEEP WRITTING

Dengarlah surah sonsang dari seorang makhluk yang bernama Syamsul Anwar. Dirinya sedang melalui proses pemerahan isi hati disini.

P/S: lately, FB aku memang penuh dengan Politik Issue, siapa rasa semak, boleh block cepat2 fb aku. PLEASE!!

Monday, May 7, 2012

pahang cuti hari ni, aku pun cuti

ok malam semalam aku baru dapat tahu yang harini or 7hb may adalah tarikh daftar shortsem. damn! aku dekat kajang lagi kot. kenapa baru sekarang aku taw. setan! so aku tak mendaftar harini. aku nak pegi pagi selasa, ESOK. lantak kau la. tu la, laman web poli canggih sangat. bengap tolol!! mcm takda function punya web. admin tak reti organize web hape bodoh! hahahhaha

pagi tadi aku pegi klinik. kalau nak taw, aku dah 2 bulan miss servis bracess aku ni. mcm2 la kene check. dengan rilex aku pegi klinik. memang tak ramai orang dekat klinik baru belakang sekolah tu. taktaw kenapa. maybe sebab hujan kot. pagi tadi hujan. sesampai di kaunter, nurse tu tanya ada appointment tak? aku ckp la takda, braces saya ni dah tanggal sebiji. hahahha dia mcm nak taknak layan, aku berkeras jugak. sembang aku belajar jauh dekat ipoh sana. ada exam la. aku takda cuti la. HAHAHHA

dia ada cakap, nak jumpe pakar kene ada meeting. ahhhhhh!!! pakar tak pakar, sekarang ni orang tak ramai. tak salah kalau nak buat kerja lebih kan bodoh? Hahahaha last2 dia akur sebab pagi tadi aku bawak buku " tertangkapnya sa-ekor toyo" hahahahah baru baca 5 minit, no giliran aku muncul dekat screen tu. haaaaa!! kan best camni. cepat jer. kalau buat appointment pun tak cepat camni. hHAHAHAAH

masuk2, doktor laki mcm cina tu tak tegur pun dengan aku. pelik. bapak ah sombong mualap ni. HAHAAH dia sembang dengan nurse2 dalam tu. pastu dia ada tanya sorang nurse ni.

"28hb april tu kamu dekat mana..."

petak betul soalan ni. nak je aku jawap

"saya ada dekat dataran masa itu, BERSIH.."

hahahaha
tapi dia bukan tanya dekat aku, dia tanya nurse tu.
hahahhaha

tapi cara nurse tu jawab mcm budak tadika tak keluar period lagi tahu. bodoh piang!!
ada ke dia cakap camni

" apalagi diorang nak....huru hara betul la.."

kan aku dah cakap, nurse ni memang bodoh piang kuasa 3. BATAK!!!
tu aku cakap. ada certain people dalam malaysia ni bongok. isu semasa tak tahu. fark!
apa function kau duduk dalam malaysia setan?

hahahaha then dentist tu gam balik bracket yang tanggal tu. then dia tukar ruber band colour hijau PAS. HAHHAHAH
dalam poket ni ada rubber band yang aku beli dari BRACEFACE, Melda Ahmad punya. aku tak berani pulak nak suruh dia pasang. nnt2 lah, time gigi dah teratur nnt aku pasang.

TAPI

kali ini, memang sentapan paling kawkawmaaa. dia tarik rubber band tu ke gigi lain. perrrhhhhhh
tak tipu. demi allah. sakitt gile wey. aku taktaw nak hidup dan makan mcm mana. sakit wey. rasa menyesal tak makan puas2 malam semalam. HAHAHHAHAHK!

soo dengan gusi sakit2 ni, aku cadang lepas magrib ni aku nak gerak balik ipoh. nnt suruh kakak hantar KTM nak gerak pudu. naik baassss la cite dia. esok lepas daftar, aku nak balik kajang balik. HAHAHAH 14 haribulan dah start kelas, so still ada masa nak hangout dengan orang kajang. IHIIHIHI

btw, tadi aku baru hantar repair skuter hijau kakak aku tu. dia tak boleh start. hantar kedai apek belakang flat ni jer. start kaki taknak start jugak. dah naik patah kaki aku kick start benda tu. rasa ringan je kaki. nnt main futsal mesti rembat bola mcm ronaldo. hahaha last2 coil enjin dah short. aku taktaw la apa kejadah nye coil tu. tapi coil la. hahahah benda yang paling mahal rosak. ada dalam rm150 kalau nak tukar balik. taktaw la cine tu gebang aku jer, dia nak markup apa lantaklah. aku taklarat nak menumpang orang jer.

setakat kali ini. gusi aku dah denyut2 dah ni. allah jer tahu. arrrhhhhhhhhh baaaaaiiii