Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya !!!

Ok. Malam ni Malam Raya.
Syukur di panjangkan umur dapat selesaikan ibadah puasa : )

Tahun ni raya kurang sikit tekanan perasaan berbanding dengan tahun lepas.
Paham2 lah, tahun lepas agak "berdarah" hahahahha

Tahun ni relax sikit. Jiwa dah stable 80%. HAHHAHAHA

  

Cool la semua orang. Tahun ni preparation Raya aku kurangkn. Heee
Bukan apa, terasa hati ni nk bersederhana. Seperti kebiasaan, aku memilih Bundle sebagai pilihan hati.
Mak marah jugak sebab mak dah bagi duit untuk beli BARU. Adalah sikit2 aku beli bende baru mcm seliper. hahhahaha

HAHAHAHA
Malam semalam aku puas hati.
Manchester United menang besar lawan Arsengal
8-2 bhaaii!!! 
Puas hati beta!!!

Lastly, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya untuk semua umat Islam dan juga umat2 lain yang ada dalam dunia ni.
Aku minta maaf if2 aku ada buat salah dengan orang2 dekat luar sana. mesti ada punya. terkasar bahasa.
Minta Maaf OK?

Kepada pembaca2 blog aku ni, aku ucapkan ribuan terima kasih sebab jengok blog aku yang tak seberapa ni. lately aku jarang updated blog aku ni. Minta Maaf sekali lagi.

Lastly, aku nk pesan kepada semua. Raya tu pada2 sikit. makan tu ingat2 sikit. bukan pasal gemuk or tembam tp pasal kesihatan right?? 

OK enjoy raya kawan2. yang dah lepas tu, lepas kn jer la. :D


Saturday, August 20, 2011

Aliff Ahmad



With friends like these, well, who needs enemies?

Pergi sudah sorang sahabat  aku ni. Iowa AMARIKA!!
Jauh lak tu. Bangga ada mmber mcm kau, pandai,bjiak,kacak lebih macho. AHHAHAHA
Sedih jugak rasanya. Lepas ni lepaking, mesti rasa hilang sorang. haaihh.

sekarang ni dah puasa yang ke 20. 10 hari lagi.

Sunday, August 14, 2011

Misi mencari kasut Futsal

2-3 minggu lepas, aku di khabarkan bahawa kasut futsal aku yang pertama dah pon koyak. sangat2 teruk. jadi aku amek keputusan nak beli baru jer lah. lagi pun bapak aku kaya, apa guna duit banyak2 kalau tak belanje anak dia ni. HAHAHAHHA

Puii!! xde jer aku suruh bapak aku payong lagi2 aku dah start praktikal, dapat alaun sikit. kira gaji lah. hahhahah

sooo tgh hari tadi aku pergi ke kompleks pertama bersama Kude dan Farid. Kebetulan kude nk beli kasut  futsal jgak. almaklum lah, dia dapat bonus hari raya dari kerajaan. HAHAHAHHAHA

mula2 aku cadang nak angkat kasut NIKE GATO tapi lepas pikir2..aku pikir lagi..pastu pikir lagi. last2 aku cadang nk tukar taste lain. aku nk something yang rare. kalau nike tu dah ramai sangat pakai. jadi aku cadang nk carik MIZUNO SALA. rare tak??? hahhahaha

dari pertama, carik2 tade jumpe. haram 1 pon aku tak jumpe. then kitorang gerak SOGO pulak. nak haram!!
bapak ramai manusia lah dekat sogo. masing2 shoping raya.
teruk2!! hahahhaha

Orang lain sibuk carik kasut raya, aku dok sibuk carik kasut FUTSAL... hahahhaha campless!!
dekat Sogo pon takde la shial!! aku dah makin buntu doe. siries tak tipu.

ini last, last harapan aku nk jumpe kasut mizuno ni. aku pergi butik dia dekat THE GARDEN MIDVALLEY. dengan hati yang tenang dan gairah aku gerak. sampai2, FARRRKKK!!!
haram jadah takda langsung kasut futsal. yang ada kasut joggiing n KASUT GOLF!!

nk menangis pon ada. kenapa susah sangat nk carik kasut ni.

aku keluar dari midvalley tu dengan hati nya sedih siot. hahhahah
kitorang singgah bazzar ramadhan pandai dalam. KAWASAN NURUL IZZAH..kikiki

kitorang plan nk buke tepi jalan. dah siap2 beli nasik n air. kude bawak kitorang pegi padang depan Aswara.
buke dekat situ HUJAN2..hahhahah mmg style habes. stim habes. hahahah

dah kenyang2 bagai, nak sedap kan hati punya pasal. aku ajak dorang pegi BANGI sbb banyk kedai sport dekat sana. kitorang pegi lah. Dari kedai MIZI ke kedai AL JABBAR ke kedai HOTSPORT ke ALIKHSAN.. mcm gampang!! satu pon xde mizuno. puii.. last2 kude yang beli. dia beli kasut nike kaler oren.tp siries budak yang carikkn kasut dekat alikhsan tu canteik!! sumpah. aku terpukau lah. kalau lah kau jadi awek aku. SUMPAH ABANG TAK CARIK LAIN. hahahhahah

so sekarang aku tengh damn stress sebab tak dapat kasut.cek2 dekat internet, aku dapat sorang dealer ni. dia ada kasut mizuno. tp kene tempah,

PRE ORDER. ermmmmmmmmmm 

3 minggu lagi baru sampai. ermmmmmmmm


lepas raya. ermmmmmmm

mahal lak tu. ermmmmmmm

nak nanges lah. sedih gile babeng.

nak beli or tak??????????????????

Friday, August 12, 2011

Kuih Bulan Puasa

Puasa ke-12 sudah pun selesai. Hari ni mak aku masak kari ikan dengan cekodok. perrghhh aku ni dah la pantang jumpe cekodok. harini mak buat sekali dengan sambal dia. perrhh.. feveret nok. setle licin aku makan.

harini aku nak sharekan sikit TEKA-TEKI kuih yang aku jumpe dekat blog2. agak lawak la bagi aku.

Kuih yang paling samseng? Lompat Tikam

Kuih paling seksi? Puteri Mandi

Kuih paling kotor? Taik Itik

Kuih paling cute? Cek Mek Molek

Kuih untuk awet muda? Seri Muka

Kuih paling alim? Kuih Ketayap

Kuih tak mengghairahkan? Batang Buruk

Kuih suka pukul? Kuih Lompang

Kuih binatang dalam zoo? Badak Berendam

Kuih polis trafik? Kuih Sampreeeeettttt

Kuih mengghairahkan? Kuih Bangkit

Kuih orang tak mandi? Kuih Bau-lu

Kuih paling tenteram? Kuih Makmur

Kuih paling lembab atau slow? Kuih Siput

Kuih paling laju? Kuih Sepang (F1)

Kuih apa yang boleh meletup? Kuih Bommm (ditujukan kepada isteri perdana menteri )

Thursday, August 11, 2011

Terima Kasih Bijaksana

Sori sebab tak selalu updated blog ni. semenjak 2menjak ni, aku sangat tiada masa untuk meluangkan masa dengan aktiviti menulis cerita pada blog ni.
sekarang ni dah masuk RAMADHAN yang ke-12. agak cepat masa berlalu. lagi 18 hari nak RAYA.KIIII
1st time dalam hidup ni berpuasa time kerja. haaaiihh. igt puasa2 ni kurang la sikit keluar office, rupanya lagi teruk. selamat bos aku tu cina, kalau melayu dah lama aku bakar office tu.
setakat tengok orang makan MEE GORENG MAMAK, minum AIR SOYA. minum MILO panas cicah BISKUT. dah biasa aku.

selamat iman aku kuat..HAHAHAH

malam ni aku pelik sangat, sebab aku tak boleh LOG IN FACEBOOK aku.
pelik jugak aku rasa. rasa sedih pon ada. damnyu!
cube2, tak boleh jugak. bosan shial!
harap2 tak kene hack la fb aku. tapi aku tgok akak n dila punya fb boleh jer. :(



atas2 ni antara gambar terbaru aku. kepada yang ingin tgok diri aku waktu sekarang ni. ni la..hahahahah
dah 20 tahun kn. hahhahah
kepada yang usha gambar aku ni, tegur2 lah aku. :D

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan ar-Murtabak : )

Jom kita sama-sama Berpuasa dengan bersungguh-sungguh.
Bukan setakat puasa ja, amalan terhadap Allah sama2 kita tingkatkan.
Cuba berubah dalam bulan ini.
Mungkin ini Ramdhan terakhir kita???



P/S: Sori lama tak updated. Banyak post2 aku yang aku draftkn. sebab terlampau banyak cerita sangat. mulai hari ni, aku akan keep up to date blog aku. sori!!

Cerita aku di Bersih 2.0

9 july merupakan detik segala detik untuk tahun 2011.
Paling bermakna buat tahun 2011 sebab peristiwa ni yang betul2 melambangkan pendirian dan cara aku berfikir selama ni.
Rasa betul2 puas hati beb. siries tak tipu

BERSIH 2.0

Bagi sesetengah orang yang tak berapa nk open minded, Perhimpunan Bersih 2.0 ni agak anoying bagi mereka.
Menyusahkan orang ramai. takpa2. post kali ni aku just nak cerita pengalaman aku 1st time mengikuti demonstrasi.

Mari mulakan cerita aku.
Benda ni dah plan awal, sejak aku dekat ipoh lagi. ini gara2 pendedahan warga ipoh yang begitu KESAH dengan isu semasa negara kita ni terutama si PALI.

Akhirnya, rancangan yang telah lama dirancang berjaya juga di atur pada 9 July 2011 Sabtu.
Hari Khamis, Pali tumpang tidur dekat rumah aku. Dia cakap dia takut naik train sebab setiap station ada spotcheck. Mana tak takutnya, dia bawak baju BERSIH la dalam beg..hahahahah

Last2 slamat jugak dia smpai kajang. Tdo 1 malam then aku hntar dia dekat ktm serdang. Dia nak lepak dekat rumah kawan dia dekat subang. Lepas hantar aku cm biasa pergi KERJA..hahhahahah

Balik2 kerja, bukak henset ada msg pali

"ang betul2 ke nk pegi Bersih esok?? aku takut la, sebab mcm2 polis buat. roadblock sana sini."

entah la, aku rasa sikit pon takda nk cancel kan rancangan untuk pergi ke BERSIH walhal banyak ugutan dari kerajaan yang mcm lahanat tu. sikit pon aku tak gentar. walhal PALI tu lagi legend. BERSIH 1.0 dia dtang.
dia yang paling semangat. last2 dia pulak aku rasa mcm cuak..hahhahaha

esoknya dah tiba, tarikh keramat 9.7.11 (ganjil semua nombor nya).. bangun pukul 10 pagi camtu.
Pali sekali lagi tanya, betul ker aku nk pergi Bersih...hahahhahah

Mesti la mau.aku rasa even pali taknk pegi pon aku datang sorang lah..hahahah

dalam kepala hotak aku dah risau jugak, sebab roadblock banyak. dok fikir cmne nk pegi.
ada kata, train semua tutup. bas takda. pening jugak fikir. last2 aku naik moto pegi ktm kajang. naik train.hahahahah

takda pon sesak. masuk2 train, depan aku ada polis duduk..wtf! gentar jugak lah.hhahaha
tapi aku steady maaa..tarak gentar sama polis. aku tak pakai baju kaler kuning. tp ada kuning sikit2..hahaha

sampai2 KL Central, tgok dekat terminal, SUMPAH RAMAI ORANG PAKAI KOPIAH N TUDUNG LABUH...isi sah. BERSIH!!!

polis pon ape kurang ramai nya. hanjeng!!

jumpe Pali, lepak dengan geng2 pakcik kopiah.. syok lepak pikir plan nk pegi mana.
ada sorang POLIS tanya aku

"nak pegi mana!! IC..IC.."

aku pndang pali, pali pandang aku..hhahahah

aku jawap

" nk tgok wayang ni..."

aku igt dia kasi lepas la..rupe2 nye

" bagi ic.."

wtf, dah stanby nk bagi ic, ada brader sorang ni jawap

" ok. kami beredar...."

polis tu pon ok..
apa lagi..lari laju la..hahahahah

lepak luar klcentral..fikir..
nak pegi mana ni shial..takda arahan mana2 pihak pon..

last kitorang naik monorail pegi dang wangi..
yang wtf nya, station MASJID JAMEK, PASAR SENI semua tutup!
siries wtf lah..shial la..

takpa, kitorang turun dang wangi.
atas monorail, kitorang tgok luar bawah train..

WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

jalan tutup...polis, truck...roadblock..

KL TUTUP shial!!!

tapi tepi2 jalan ada aku tgok seSUNGAIan manusia berarak!!!
sepanjang2 tepi jalan...

WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

sumpah aku semangat..
terus aku bersuara kuat dalam monorail tu..

" TU DIAAAAA..."

sampai2 dang wangi. kitorang terpaksa menapak jauh. tak tahu berapa kilometer dah. sampai ke PUDURAYA.. jalan agak kosong. aku rasa mcm bole bekelah kat tgh2 jalan tu..






time dah nk sampai stesen masjid jamek, aku nmpk truck Polis kaler merah. masih2 dah prepare mcm nk perang. orang ramai tak yah cerita.

aku bergegas menuju ke PUDURAYA..sepanjang perjalanan, aku nampak WATER CANNON Polis sudah pon di lancar kan.. TEAR GAS sudah pon ditembak.. kelihatan asap2 dari jauh.

sebelum sampai ke Puduraya, kelihat seorang pemuda India ditangkap, serta diikat tangan nya..
aku agak takut time tu.

India tu melaung2 kan

"kami mahu pilihan raya BERSIH!!!!!!"

agak berkocak semangat aku mendengar kata2 itu..

ketika aku hampir sampai di PUDURAYA...
MATA dan TEKAK aku terasa lain mcm..
aku pandang pali..pali senyum jer.
pastu dia cakap..

"ini dia GAS PEMEDIH MATA..hang rasa tak..??"

time tu aku agak kaver2 la, tapi tak bole tahan la shial..pedih kot. orang dah kelam kabut sakit mata..semua mata berair dan merah..

korang nk tau tak, gas tu bukan DEKAT dengan kitorang, hampir 400 meter dari kitorang, tapi dah azab kesan nya..siries tak tipu weh..sakit..batuk2 bagai.  xtaw la mcm mana kalau gas tu ada depan mata. mau aku pengsan kot..hahahah

kitorang slow2 menghampiri center perhimpunan..last2,
kitorang dah bersama-sama perhimpunan..syukur.

bila dah bersama ramai2..rasa cuak dah hilang..puuiii
slek satu jer, Pali PLAY SAFE lahh..hahah tak riot lah..dok tepi2..hahahahah

tetbe dgr suara orang ramai jerit..kelihatan seorang pemuda dibelasah seorang polis..perrhhh
orang ramai apa lagi. pegi la kejar polis tu. riot kaw. kelihatan ada seorang laki ni lari dari jauh buat flykick kepala polis tu..PERHHHHH

puas hati la shiall.pdan muka lu polis. hanjeng!! tu la sapa suro buat kepala dekat situ. kami relax, lu kelam kabut..puii

time tu aku lari pegi ke kawasan riot polis tu, pali dok belakang lagi..hahahaha
ttbe, time nk rapat dalam riot tu,

POMMM!!!! POMMM!!! POMMM!!!


Tear GAS!!!!!!
apa lagi. lari la shial!!!! selamat kan diri aku dan kamere ni..hahhaha sumpah agak gentar la jugak time tu.
tutup hidung n mulut tapi tak bole tutup mata, kalau tutup xnk aku langgar tiang pulak kang..hahahahah

kitorang belindung dalam jejantas stesen puduraya..
mata dah pedih, nafas dah sesak ni..masuk bangunan tu, jerit mintak air mcm orang gila.hahahah

selamat ramai yang prihatin membantu kami..basuh mata..pastu makan garam...
relax kejap..keluar balik..

polis dah makin mara kehadapan..


kelihatan disitu seorang pakcik, bersujud ditengah jalan..(mengikut kisah, dia la mangsa yang meninggal tu)
time dia sujud, polis datang sentap tangan dia, n pukui2 dia..perrhhh..
apa lagi ramai datang nk membantu, tp polis kan cm shial. keluarkn cota, ajah2 nk bantai orang..shial la polis.

lepas reda..orang ramai kembali mara kehadapan..
ada yang takbir!!!
laung kata " BERIH...BERSIH..!!!"

orang ramai membuat benteng manusia.dengan eratan tangan..berbilang kaum dan agama.
mereka mara dengan garang dan berani..
aku hanya mampu duduk ditepi sebabkn nk snap gambar..

semakin mara kehadapan..
lalu..

POM!!! POM!!!!
Tear gas lagi shiall...

berkali-kali peluru ditembak pada benteng BERSIH..
akibat dari kesan gas pemedih mata. orang ramai berlari mendapat kan ruang untuk selamat.

kelihatan aku seorang pemuda tanpa memakai apa2 pelindung muka/ safety mask menyelamatkan rakannya dari gas pemedih mata, pemuda itu kemudiannya mengambil kelonsong gas tu lalu melemparkan semula kepada polis.

Ini sangat awesome kot. sumpah berani mamat tu. aku yg duduk jauh pon dah nk mati, dia rilex jer..perrhh
waa tabik sama lu..

ini aku cerita betul, takda tipu2 mcm TV3 RTM UTUSEXMALAYA. ini berlaku depan mata aku sendiri.
time serangan ke3 dari polis, nampak disitu kuasa Allah..aku nmpk..aku nmpk...

titbe2 HUJAN !!!
orang ramai menjerit kesyukuran..
dengan turun nya hujan, gas pemedih mata xde function la..asap dah kena air. hilang la..

bukan itu sahaja..lepas polis tembak gas pemedih mata tu,

ttbe ANGIN TIPU KENCANG.
ke mana???

KE ARAH POLIS TU BALIK...
sumpah aku mcm terpaku..ya allah..aku nmpk kuasa allah time tu..
orang ramai bersyukur ketika tu..

ketika serangan ke4 barisan benteng bersih duduk diatas jalan raya,
akibat dari itu, polis tak bole buat apa2.
last2 tembak DIRECT dekat orang..lancau weh..tembak direct kot. mana ada orang tembak tear gas direct.
sakit la orang tu..time tu memang kene sepak orang ramai oleh polis2 barua ni..shial btol..

akhirnya kumpulan di puduraya berpecah kepada dua. yang belakang sudah pon berada dekat dengan time square. hanya sebilangan kecik berada dekat dgn pudu..