Thursday, September 21, 2017

Virgo melahirkan anak 23 September 2017

Sudah hampir 2 tahun aku tak mengemaskini diari atas talian ini. Rasa seperti ada sesuatu yang aku rindukan dalam diri ini sendiri. Tujuan aku menulis ini bukan hendak menceritakan tentang kehidupan aku tapi ada sesuatu perkara yang aku rasa lebih selesa diceritakan dalam blog. *jam menunjukan pukul 2.23 pagi pada 21hb September 2017, hujan kali ke-3 baru berhenti.

*3.50 pagi aku sedang menonton perlawan Manchester United bertemu Burton Albion. 1st half 3-0!

Apa yang aku nak cerita adalah tentang dunia sekarang ni. Pukul 3 pagi tadi keluar berita tentang gempa bumi telah melanda kawasan Fukushima. Tengah hari tadi New Zealand pun ada. Yang paling sedih adalah gempa bumi di Mexico City semalam. 200 lebih orang maut di hempap batu bangunan.
2 minggu lepas USA telah dilanda ribut taufan yang sangat tragis. Pemindahan paling terbesar dalam sejarah US. Apa dah jadi? Adakah alam sedang berkonspirasi untuk memberi pengajaran kepada manusia yang sedang alpa menarah bumi tanpa memikirkan tentang alam bumi itu sendiri. Berdasarkan apa yang aku kaji selidik tentang kejadian semua itu, hanya pakar teori konspirasi yang rajin membuat rujukan dan kaji selidik tentang kejadian-kejadian itu semua.

Hampir 3 bulan aku memfokus tentang prophecy teori konspirasi. Aku minat tentang teori konspirasi sebab aku nak tahu sejauh mana kajian selidik dan bidikan pakar-pakar. Adakah benar? atau tidak?

Antara teori konspirasi yang hangat diperkata masa sekarang adalah, antara 20hb-23hb September 2017 akan berlaku suatu kejadian besar buat dunia. Prophecy dalam kitab Bible mengatakan pada tarikh ni adalah "Rapture Day".


1. Mungkin akan berlaku serangan nuclear keatas US. Mungkin bandar New York, Los Angeles dan bandar-bandar besar yang lain. Serangan ini dibuat (false flag) seperti menampakkan Korea Utara yang menyerang. Dibuat seperti peristiwa 9/11. Dunia akan menyalahkan Korea Utara atas tindakan itu. Akan berlaku kehancuran yang dasyat, ia melibatkan agensi FEMA untuk menguruskan mangsa dan mayat tragedi. PERANG PERANG. Mungkin akan berlaku PERANG DUNIA KE-3 melibatkan US dengan Korea Selatan, Rusia, Iran.

2. Mungkin akan berlaku bencana alam yang dasyat samada di US atau negara-negara lain. Mungkin akan berlaku ribut taufan seperti IRMA, JOSE, MARIA yang menyebabkan banjir yang teruk sehingga berlaku kerosakan yang dasyat. Mungkin juga akan berlaku gempa bumi yang dasyat sehingga lumpuh bandar, kemudahan, komunikasi. Seperti filem San Andreas, The Day After Tommorow ataupun filem akan datang secara kebetulan iaitu GEOSTORM. Teori konspirasi tentang kerajaan US boleh memanipulasi cuaca dunia, HAARP. HAARP ini dikaitkan dengan tragedi IRMA,JOSE,MARIA yang sedang berlaku.


3. Mungkin akan berlaku kejadian EXTRATERESTRIAL melibat alien. Teori ini sangat popular dikalangan pakar konspirasi. Seperti filem alien. Akan berlaku Meteor atau bintang-bintang. Planet Nebula biru.


4. Antichrist aka DAJJAL.

Ini adalah bidikan dari aku tentang tarikh 23 September 2017. Jadi atau tidak bukan masalah, yang penting kita sedar tanda-tanda. Terpulanglah kalian. Aku rasa tak selesa untuk share pendapat ini dekat facebook, aku tahu ramai jugak yang tak selesa.

Selalunya apabila bercakap tentang teori konspirasi ini, SEBELUM terjadi perkara itu orang gelar PARANOID. SELEPAS terjadi orang gelar KEBETULAN.

Sama-sama kita tengok dalam jangka waktu 1 minggu ini dan selepasnya.


*aku habis menulis pada pukul 5.30 pagi selepas melihat Menyu menang 4-1. 
Andai ada point-point yang aku tulis diatas TERJADI, aku akan cuba share di Facebook aku.

KAH KAH KAH 

 

Tuesday, March 10, 2015

2015

Woi, sudah 2015 baiii!

kah kah kah


Wednesday, October 9, 2013

Freelance Cleaner

Malam ini suasananya sangat la mendap dan pisang memisang.
Harini cukup 3 hari aku buat kerja freelance dekat Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan sebagai Cleaner.
Bukan cleaner cuci tandas tu tapi cleaner printer tapi orang panggil maintenance boy.
kah kah kah

Kerja mudah, cuci habuk dekat printer, on off printer and test print. Bapak senang gua cakap!
Luorang tahu berapa charge kami dapat buat kerja ni?
1 printer RM15.
Luorang tahu berapa masa yang diperlukan untuk selesaikan 1 printer?
1 printer 1 minit.

1 minit RM 15 !!!

kah kah kah

siapa tak maw doh. benda celah gigi je siak.

sekarang ni aku rasa hampir 150 printer dah siap untuk 3 hari. Semuanya ada 261 bijik printer. Korang kira la sendiri.
Kerja mudah. Rilex rilex kacang je aku buat.

Aku buat kerja ni dengan member2 aku, Wan dengan Kude.
So memang fun dan gampang.

Paling palat bila gua masuk office2 gomen ni, tengok staff semua rajin. Rajin apa ?
Rajin main facebook wey. Aku rasa masuk CC pulak.
Tadi gua jumpa ada staff lawan PES2013.
Mengulat tu takyah cerita.
Kadang2 gua takfaham lah kenapa la kerajaan bayar gaji dekat orang yang takda kerja or takbuat kerja ni.
Rugi tahap dewa.

Tengok office memang A!
Perabut, Komputer macam2 lah.
Bilik kosong banyak.

Gua sedih tengok orang bazir2 ni.
Aku taknampak ke efficientnan pentadbiran macam.
Patut la hutang negara setiap tahun naik.
Yang jadi menteri makin hari makin bodoh bobo.
Yang jadi bijak pandai terus berbakti dekat diri sendiri tidak dekat negara ni.

AKU TERFAKTAB!

Monday, October 7, 2013

Wahyu baharu

Peace be upon you,

Tahukah kalian,
jikalau aku mengupdate blog, itu tandanya sesuatu yang besar telah pun berlaku.
Lama aku tak tulis something dalam blog aku ni.
Rasa bersalah pulak dekat blog.
Macam pundek kan ayat?

Inilah akibat berkurun lamanya tak menulis. Ayat terabur, tak best, dan hambar.

Gua takda masa nak luang kan untuk menulis catitan cerita aku dekat sini.

Ishh, dah lah. Gua takda moodlah sial.

Monday, June 24, 2013

22 Tahun


24 Jun 1991
Syamsul Anwar di Bin kan Khir Johari
Seorang yang kerap gagal dalam ujian-ujian kehidupan.
Tapi ingat, saya bukanlah seperti yang kalian sangka.

yang benar,
Syamsul Anwar

Monday, June 3, 2013

Sunday, December 30, 2012

testing testing testing

Setelah hampir beberapa bulan diculik piring terbang ke dalam lubang hitam, akhirnya aku lolos juga berpijak diatas tanah gersang ini.

Harini 30 haribulan 12 tahun 2012.
Menurut kalendar Kaum Mayan yang konon kata nak kiamat tahun 2012 ni, nampaknya macam sekadar troll semata-mata.
Dan menurut kalendar kaum peribumi daerah sri lankasuka, terdapat juga ramalan menyatakan bahawa

"SYAMSUL ANWAR AKAN GAGAL SEBANYAK 3 KERTAS PEPERIKSAANNYA DI SEMESTER TERAKHIRNYA..."

Dan dalam banyak2 ramalan kaum seantero bumi ni, ramalan ni paling power dan tepat.

Sekarang ni aku tengah mengextend kan diri aku di politeknik. sepatutnya boleh graduate awal, nampak gaya nya lewat la aku grad...

(penulis tidak ingin menceritakan cerita yang lebih mendalam dan detail tentang kejadian ramalan ini. penulis takut akan bertindak agresif dan condusif akibat gagal mengawal emosi akibat teringat akan peristiwa ini. pembaca disarankan agar jangan nak poyo2 merendahkan personaliti penulis takut2 sepakan sulung melekat dibibir si polan polan)

Setakat ini tulisan saya.

(Penulis merasakan mood untuk menulis cerita-cerita telah datang kembali)

P/S: alahhh, lu tengok la harini tarikh berapa? 30.12.2012.

30.12.2012
4 tahun lepas ?
hang taw?

1st time dalam hidup declare relationship !
BAHAHAHAHAHAHAAK!

yang mencintaimu 4 tahun lepas,
Syamsul Anwar


Saturday, October 27, 2012

Ini surah-surah songsang dari aku (Bahagian 1)

Selamat dan terus selamat untuk sekalian manusia di luar sana. Termasuklah kucing-kucing aku yang setia dan sedia untuk dikaki ditepi dan dibawah ini.
Dengan nada yang tegas lagi radikal, aku mulakan tulisan hasutan untuk penggal terakhir tahun 2012 dengan meseg ABU (Asalkan Bukan Umno).
Sebab apa asalkan bukan Umno? bagi aku, errrrrrrrr.... 

malas aku nak huraikan lah. korang sendiri boleh fikir. dari contoh yang mudah sampailah ke contoh yang kompliketek(complicated). kalau korang nak aku terangkan, boleh. Datang lah ke markas aku dekat ipoh. insyallah aku boleh terangkan. HAHA

eceli, bagi aku, kalau nak bandingkan umno dengan pr, dah tentu2 aku akan pilih pr. Tapi, kalau "atas pagar" dengan Umno, aku akan pilih lagi budak2 umno ni. Aku tak gemar dengan bebudak "atas pagar" ni. "Atas Pagar" ni ada banyak jenis jugak. Antara yang dikenal pasti adalah semacam jenis:

  1. Jenis yang ambil tahu pasal current issue dan follow. Most of yang penah aku jumpe, mereka selalu ingat diorang ni la paling bijak. Kedua-dua belah pihak tak betul. Selalu cakap POLITIK NI SEMUA SAMA. DUA-DUA ADA AGENDA MASING-MASING. Dan yang paling menyedihkan diorang akan cakap dekat budak2 macam aku ni DIPERKUDAKAN OLEH POLITIK. HAHAHA aku tak kesah pun sebab depa ingat depa la bijak dan suci. Itu pasal duduk atas pagar.
  2. Jenis langsung tak ambil tahu. Memang langsung taktahu apa2. Berdasarkan percakapan, kita dah tahu budak ni memang lack of current issue. Bila besembang, dia pun buat kepala taw. nak jugak becakap. apa yang dia dengar itu yang dia pegang. Jenis macam ni selalu keluar statement2 cliche(malas pakai otak). 



Banyak member2 aku jenis atas pagar ni. Aku dah masak dah. masak air masak meggi. kadang2 aku rasa dianjing-anjingkan bila diorang keluar statement pasal aku. Hang ingat hang atas pagar hang bagus. HAHA
antara sebab aku benci budak atas pagar
  • dia ingat dia bagus lagi terpelihara sebab tak follow side mana satu. dia la paling bijak ambil keputusan. tak follow siapa2.
  • kalau dua2 pihak tak betul, kau buat la parti kau yang betul sangat tu. kalau betul kau ada tanggungjawab untuk negara, buat la.
  • tak berani ambil risiko. main selamat. macam situasi ni "aku sokong mana yang menang..."


Daripada tak sokong mana2, baik kau sokong umno. HAHAHA
atleast nampak kau punya keambiltahuan, keambilberatan. takdalah orang kata macam memeluk tubuh sendiri, mulut berbicara macam2. 

Banyak lagi aku nak cerita pasal point of view aku ni. tapi buat masa sekarang ni aku nak stop dulu. so boleh la aku letak (BAHAGIAN 1) dekat tajuk aku tu. HAHHAHA





Mari ABUkan Sg Ramal ini!

Friday, October 26, 2012

ooo aku ada blog ngupenye..HAHA

Hai semua!!

BEKELADAK DAH BLOG NI SIAL!

btw, selamat hari raya haji!

aku rasa dah bape bulan tak login blog ni. siries rasa pelik siot tahap cipan punya.
aku rasa aku nak kembali menulis diary blog aku semula.

esok aku sambung cerita. susah nak dapat balik mood menulis bhaii... cerita banyak, macam2. tapi aku simpan dulu lah. (padahal rasa malas lagi nak menulis ni.)


Sunday, July 1, 2012

QWERTY


Tahu tak aku baru nak merasa cuti

Semalam pegi BBQ dekat rumah henry. Jumpe la jugak budak2 kelas. tapi biasa2 jer, tak havoc sangat. btw bosan la. orang tak ramai so aku plan dengan farid dengan kuda pegi shah alam jumpe pilod.
GAGAGA

macam bangang rasanya weh. takdo halo tojuan haaa..

pukul 3 baru sampai puncak perdana!
pilod sampai dah tdo laaaa

pukul 5.30 sampai rumah. pastu pagi ni bapak dah maki2 aku. HAHHAH

___________________________


esok dah balik ipoh sebab selasa ni aku ada speaking test untuk  muet. perrggg
siries wa cakap lu, wa tak prepare apa-apa. memang spontan jer nnt cakap. memang aku cakap english "beckham" la cite dia.
 adakah lepas Muet nnt aku kene balik semula ke kajang? sebab ada 5 hari cuti sebelum daftar 11 hb ni.
aku bukan nak cakap apa lah. semalam mak apak aku soh teman abang aku balik ipoh naik kereta. sebab abg aku 1st time drive sorang balik ipoh. aku bukan apalah,

TAHU TAK AKU BARU NAK MERASA CUTI.

patut cuti 2 bulan, aku ada kelas time tu.
orang lain lepak rumah, aku jadi batu pegi kelas hari2.
fikir lah, aku nak jugak merasa duduk rumah and lepak2 dengan orang kajang.
aku bukan apa, korang ingat aku ni dekat ipoh kaki lepak hape?

sorry lah, aku dekat ipoh 3 kali ganda baik dari dekat kajang ni.
mana aku ada sosial. kau ingat aku suka sangat hidup sorang2 ni?
orang bodoh jer hidup sorang2 ni.
(marah ni)

Saturday, June 30, 2012

Perempuan saiko

Semalam aku blind date sorang budak perempuan yang aku baru kenal dari internet. Baru bape hari jer tak sampai seminggu pun.
Mula2 aku just ajak2 ayam dia ni, ajak keluar tengok bola. then dia kata okay jer. last2 semalam aku ajak dia keluar pegi tengok wayang. Rumah dia dekat Tasik Permaisuri tu. Dengan berbekalkan skuter barai tu aku pegi jemput dia ni. Atleast budak ni steady jer deal nak keluar dengan aku naik moto. kira sempoi jugak la. aku taw most of girl prefer nak keluar dengan lelaki yang naik kereta "bapak" dia. Aku tahu, tak payah korang nak pusing2 cerita. Orang macam aku naik moto kapcai ni siapa lah pandang. Nak dibandingkan laki2 yang ada moto2 power dah tu kereta. sorrry lah, aku benci perempuan camni. Korang boleh pegi jahanam!

Sambung cerita lah, lepas aku first meet dia dekat bawah condo rumah dia tu, aku macam tengok muka dia ni mcm dah matured. padahal baru 19 tahun. naik moto dengan aku, jalan2. then dia ni perempuan paling senyap penah aku jumpe. saiko habis. kitorang pegi viva. aku first time pegi mall tu. okay la. tapi mcam tak lama jer. orang takramai. tengok cite mael lambong. aku layan kan jer. okay jugak lawak dia. HAHA

ingat lepas tu nak ajak lepak minum sembang lagi sebab aku tak puas hati lagi sembang dgn dia ni. dia ni saiko tahu. HAHA last2 tak boleh lepak, akak dia bising. so aku tak kesahlah. lain kali boleh. btw, dia ni aku boleh kata kan seorang perempuan yang tak move on lagi dari masalah lampau. saiko banyak.
then lepas aku hantar dia balik, terfikir pulak si ecah.

call ecah, ajak lepak. then ecah kata jom la lepak. kau datang rumah amy terus. Amy momok adalah praktikal student sama dengan aku time kerja dekat hew and partners tahun lepas.
sampai rumah ecah tengok amy dengan pudin (bf amy) dah ada depan rumah tu. sembang2 sikit dengan dorang. amy dengan kasut barunya. btw, 1st time jumpe pudin. sebab dulu selalu jer amy cerita pasal dia. dapat jugak jumpe. then ecah pulak keluar huuuurrrmm makin lawa aku tengok kau ni ecah. rambut kau laaa. HAHAHA

pegi lepak dekat downtown. 1st time jugak la lepak minum dekat sana. dah macam mat rempit dah weyyy. HAHAHAHHA sedap2 lepak, sekali wan message aku

"sedap lepak downtown nua...."

the fuck!

HAHAHH

usha2, tengok nampak wan, alan dan wan cek amat tengah lepak table lain. dah tu sembang ayang2 lah bagai. konon aku lepak dengan cikaro la bagai. bodoh alan sekor ni. HAHAHHA

balik rumah pukul 3 sebab takda bola kan.
pastu tidooooooo

moral of the story, tak semua perempuan sama. masing2 ada perangai masing2. HAHAHAHHA


Friday, June 29, 2012

huh

I love strangers.
I love blind dates.
I love unknowns.

Thursday, June 28, 2012

Siapa sangka Spain menang penalti.

Apa macam game Spain Portugal semalam?
Tahniah untuk Spain sebab menang.Menang penalti.
Seperti yang aku jangka kan spain akan menang tapi takda la sampai menang penalti. Gila apa, Portugal jer kot. Player takda star kot. Underdog habis.
Nak dibandingkan spain yang hampir 99% superstar. HAHAHA

Apa yang mengejutkan aku, adalah Portugal. Diorang main sangat lah awesome. Nampak usaha sungguh2 diorang nak main semalam. defender nampak garang. attacking nampak semangat tahap dewa. Aku tak pernah tengok spain main macam ayam togel. permainan ala2 barcelona langsung tak menjadi. perancang tak hidup. kucar kacir. jarang2 benda ni belaku.

Memang spain tak boleh main. Portugal pegang game semalam.

Semalam aku tengok dekat bangi 15 dengan maman dan hazwan. ni lagi satu gile. pukul 12 dah ajak gerak.
HAHAHAHA
ingat nak tengok dekat mamak sg chua jer, tapi bila masing2 kata

"wey, baru pukul 12.30 ni bhaaiii.. nak buat apa lama2.."
HAHAHA

so hazzwan kata jom la jalan2. then jalan2 terus ke 15. HAHHAA
lepak sana. time tu tak ramai lagi orang.

dah nak pukul 1.30 baru nak full mamak tu. memang penyookong spain besepah lah. ramai betul.
aku watlek jer ah. terfikir jugak aku, bila masanya ramai penyokong spain ni? kalau belanda or germany tu okay lagi. england ker, HAHAA tapi ramai pulak pakai jersey spain ni. mata aku dah sakit dah ni. HAHAH

asal budak pakai baju spain, aku buat2 cakap kuat sikit

"spain kalah malam niiii..."
AHAHAHHA

bakar line sikit.

wa bukan nak cakap apa lah, dari start smpai la 1st half extra time, penyokong spain sonyap jerr jangggg...
HAHAHHAHAHAHAHAHAH

tersedih jugak lah sebab team aku dah out. kalau ikutkan usaha, portugal deserve to win lah. diorang main sungguh2 sebab diorang underdog. nak harapkan ronaldo dengan nani, memang susah lah. tapi semalam semangat dorang lain main skit.

kan aku dah cakap, dalam cup2 camni, apa2 boleh jadi. prediction atas kertas hanya atas kertas bukan atas padang. fikirkan balik, macam mana greece boleh menang time 2004?
HAHAHHAHAH

so balik2 dari bangi dah azan subuh. perrhhhhhh
aku bawak moto dah macam rossi layan lap tahu. HAHAAH
sampai2 rumah, amek air semayang terus semayang. pastu mak datang bilik.

" baru balik nuaaa.."

"haaa..game tadi takda goal. extra time bagai. sampai penalti...."

terus tidur sampai pukul 2 petang!

HAHAHAHAH
buruk pangai ni haaaa..damn!

Wednesday, June 27, 2012

Cerita Euro 2012 baru nak start

Pelik aku, walaupun sekarang ni musim Euro, aku langsung takda cerita pasal dia. HAHA
Btw, aku masih bersama pasukan negara Portugal since 2004 lagi. Dulu maybe sebab CR7, tapi sekarang ni aku dah tak addict dah dekat dia. Entah lah, aku memang suka player portugal. depa2 ni macam ada satu hensem yang membuat aku rasa minat sangat dekat depa2 ni. Jujur aku cakap, portugal hanyalah pasukan underdog. Tak gempak mana pun. Nak kata main cantik, memang tak la. Portugal ni main tibai jer. Aku rasa kadang2, Rusia tu main lagi best. Tapi dah minat nak buat cemane kan.

Skuad Portugal yang aku rasa langsung tak garang lagi underdog
Ini player aku paling minat, Miguel Veloso. Handsome giler kacak. Actually aku nak buat rambut macam dia. tapi bila tengok, aku lagi handsome. KAHKAH
Ini Meireles. Ke-2 handsome!
Ini lah handsome dia. aku minat tatoo camni. :)

Aku sokong Portugal since 2004 okay. Bukan sebab dia dah masuk suku akhir baru sokong. Bila kita jadi underdog, kelebihan memihak lebih kepada team tu.

Btw, kalau korang sokong Spain nak buat apa. dah tentu2 kuat. Main acah2 barcelona. Player semua hebat2. no wonder la depa boleh menang euro ni. tapi tu lah, belum tentu menang sebab this is Euro la. tournament2 camni selalunya epik. fikir2 balik, camne la Greece boleh menang tahun 2004. camne tuuu??
HAHAHHAHAH

Malam ni Portugal lawan Spain. Siapa menang masuk final. Kalau tengok dekat mamak mesti fun habis. tapi aku rasa atas kertas, komfem2 la spain menang. tapi aku still bersama sekuad portugal.
Kalau aku tanya mufti, apa fatwa sokong team negara kaw2 kristiannya dalam euro 2012?
HAHAHHAHA

Sekitar 2-3 hari ni

 
 Semalam petang, bapak balik kerja terus masuk bilik aku bagi magazine ni.
"bapak carik satu KL ni..beatles punya nii.."
mak aiiihhh! ini rare kot. keluaran baru. banyak info2 tentang band ni dalam mag ni.
better korang dapatkan lah. ini rare kot.
 Petang ni layan The Great White Ocean by Tres Empre. Nice la. Video dia pun bole laaa..

 Ni namanya Labu. Time ni tengah hujan lebat dekat luar. aku keluar dari bilik nak kencing, sekali aku tengok dekat kusi tu dia tengah landing baiikk lahh. siap silang2 tangan ke kaki baii.
 Haaa tuu dia.Mata terbukak. Haaa!! Family aku cakap, aku ni tido camni lah. Mata terbukak. Mostly akan senyum time tidoo..HAHAHA aku tido sambil berjaga-jaga taw. HAHAHA

 Gaya kau tido ni tah macam apa tahu. Mimpi pegi swiming hape.
 Tetiba berubah posisi. Maybe dalam scene mimpi dia tu berubah kot.
 Lain macam aku tengok
Tetiba tejaga kejap!! bukak mata! tapi kejap jer. pastu dia sambung terus tidoq dia.
Plan aku mula2 nak tdo jugak petang tadi sebab hujan lebat kot. leka duduk depan pc last2 tak jadi tdo. Bengong!

Btw, perlukah aku membuat comeback??
lama aku  in silent mood ni. benak dah ni. HAHAHHA

andaulak

siapa sangka mamat metal ada buat blog? 
HAHAHAHAHAK!


bila dah sembang malam2, kene teo suam. takkan nak sembang pasal orang jer. pasal Hati orang mesti cerita punya MAAAAA!! 
HAHAHAHAHHAK!

dah nak 3 minggu aku takda dalam sosial network. entahlah sampai bila. ker memang nak suruh deactivate account semua tu??

duduk dekat kajang ni sangat best. bangun lewat. makanan mesti ada dalam tudung saji tu. dalam peti ais macam2 ada. tapi ikut musim jugak. kadang2 dalam fridge tu memang takda benda menarik. kadang2 ado jer pelik2 dalam tu. Soya lah, yogurt lah, nugget lah. kat ipoh dah tak merasa camtu weh. sial punya kecik pegi amek balik fridge tu. tahu tak bullshit! memang la depan2 aku baik dengan kau cik, belakang2 kau aku maki kau tahu.HAHA sudah la meja mekap lu sapu sekali. cermin besar dah takda. 2-3 minggu jugak la aku hidup tak cermin kan diri ni. itu pasal muka macam isap gam jer. HAHAHA
bila nak bayar yuran? malas la nak pegi kajang, bank islam pulak tu.
aku rasa ada benda yang perlu aku buat dekat kajang ni, tapi tak tahu pulak apakejadahnya benda tu...

2-3hari lepas, time ada dekat ipoh, aku ada nampak 1 bundle baru bukak dekat taman cempaka tu. depan umah jer. tapi macam meriah semacam jer.segan nak pegi, kang orang tu kata mesti Poser lahhh. HAHAHHAH


Monday, June 25, 2012

UBS done!

Okay. Exam dah tammat. aku tak taw la nak cakap camne. selalu buat latihan jawapan ada bole buat rujukan mana satu silap, mana satu betul. tapi takda pun semua2 tu. betul salah aku pun taktaw.s

So sekarang ni aku dah boleh balik kajang semula. tak sampai 24 jam kot. HAHAHAH rasa kejam pulak. duit banyak pakai bhaii. haaaiihhhh
sekarang ni takda siapa nak hantar aku ke station bus ni. :(

Sunday, June 24, 2012

UBS ACCOUNTING wak-ang

Esok Exam UBS ACCOUNTING
Pukul 9 pagi
Tak silap aku esok exam ni online. Dan tak salah dengar, esok bole bukak buku.
HAHAHA

Harini balik ipoh mcm lancar jer. Sampai2 pudu, tiket cepat. takda tunggu lewat mcm selalu tu. sejam setengah baru ada tiket. tadi tunggu sepuluh minit jer. bas gerak terus.
sampai ipoh uni amek naik moto. steadyyy!!

Ni nak cerita lah, semalam aku ada download mp3 Sawancara Bersama Aznil dan Din beramboi. ada la dalam 30 episode. setiap episode ada la 2-3 minit lamanya. so sebelum gerak balik, aku masuk la kan dalam mp3 player aku. boleh la dengar2 dalam bus ker kan.

Damn fak, tahu tak aku gelak sorang2 dalam bus. Dalam train tadi aku dengar sikit. senyum,sengeh, gelak sorang2. wey tak bole tahan machaaa..aku dah cuba tahan dan cover baik punya. tapi lawak dia mmg macam gampang tahap dewa la. arwah din beramboi punya lawak aku rasa paling awesome dalam dunia ni. aku dah cuba tahan gelak. tak boleh. aku ada la perasan 2-3 manusia usha slek aku dalam train tadi.
mana taknya, berdiri dalam train sorang2. pastu sengeh,senyum n gelak2. sorang2? tak ke gila namanya. HAAHHAHAH

tadi aku ada la bukak sikit buku tu. tapi tak lama la. 2-3 minit jer. pastu rasa mcm penat pulak. HAHAHAHAH
apo la nak jadi esok ni..hhaaaiihh

eh 21 dah wey

So bangun2 ni aku dah 21 tahun. gile betul. semalam aku 20 kot. HAHAHAH
semalam lepak dengan geng "judi" tengok spain france dekat sg chua. kaw2 gelak hinggat. alan thaipan ni babi perangainya. cilakak. HAHHAHAH
 Antara yang wish aku punya bufday
1. Cheah 1st
2. Fieza 2nd
3. Edleen 3rd
4. Farid 4th (baru dapat tengahari ni)

terima kasih semua!
Lepas makan ni aku nak balik Ipoh dah.
Macam biasa. Naik ktm Kajang, terus pegi pudu naik bus.
aku dah biasa dah sorang2 gerak. takdahal lah.
nnti aku updated kalau ada masa dekat sana nnt.

almaklumlah aku tak stdy lagi untuk exam esok ni. HAHAHAH
Rasa macam forever alone pulak bufday boy balik sorang2 dan sunyi. HAHAHH

Sorrylah tak hello2 korang. Kalau korang ingat cerita2 aku, simcard yang aku pakai sekarang ni bukan lah simcard yang didaftarkan untuk nama aku. Ini simcard bapak aku dulu2. aku rembat time sekolah dlu sebab nak try test handphone lama tu. lama2 terus jadi hak aku. so aku memang takdapat call free bagai. kalau nak call free tunggu bufday Bapak aku bulan 10 nnt. HAHAHAHA