Thursday, September 21, 2017

Virgo melahirkan anak 23 September 2017

Sudah hampir 2 tahun aku tak mengemaskini diari atas talian ini. Rasa seperti ada sesuatu yang aku rindukan dalam diri ini sendiri. Tujuan aku menulis ini bukan hendak menceritakan tentang kehidupan aku tapi ada sesuatu perkara yang aku rasa lebih selesa diceritakan dalam blog. *jam menunjukan pukul 2.23 pagi pada 21hb September 2017, hujan kali ke-3 baru berhenti.

*3.50 pagi aku sedang menonton perlawan Manchester United bertemu Burton Albion. 1st half 3-0!

Apa yang aku nak cerita adalah tentang dunia sekarang ni. Pukul 3 pagi tadi keluar berita tentang gempa bumi telah melanda kawasan Fukushima. Tengah hari tadi New Zealand pun ada. Yang paling sedih adalah gempa bumi di Mexico City semalam. 200 lebih orang maut di hempap batu bangunan.
2 minggu lepas USA telah dilanda ribut taufan yang sangat tragis. Pemindahan paling terbesar dalam sejarah US. Apa dah jadi? Adakah alam sedang berkonspirasi untuk memberi pengajaran kepada manusia yang sedang alpa menarah bumi tanpa memikirkan tentang alam bumi itu sendiri. Berdasarkan apa yang aku kaji selidik tentang kejadian semua itu, hanya pakar teori konspirasi yang rajin membuat rujukan dan kaji selidik tentang kejadian-kejadian itu semua.

Hampir 3 bulan aku memfokus tentang prophecy teori konspirasi. Aku minat tentang teori konspirasi sebab aku nak tahu sejauh mana kajian selidik dan bidikan pakar-pakar. Adakah benar? atau tidak?

Antara teori konspirasi yang hangat diperkata masa sekarang adalah, antara 20hb-23hb September 2017 akan berlaku suatu kejadian besar buat dunia. Prophecy dalam kitab Bible mengatakan pada tarikh ni adalah "Rapture Day".


1. Mungkin akan berlaku serangan nuclear keatas US. Mungkin bandar New York, Los Angeles dan bandar-bandar besar yang lain. Serangan ini dibuat (false flag) seperti menampakkan Korea Utara yang menyerang. Dibuat seperti peristiwa 9/11. Dunia akan menyalahkan Korea Utara atas tindakan itu. Akan berlaku kehancuran yang dasyat, ia melibatkan agensi FEMA untuk menguruskan mangsa dan mayat tragedi. PERANG PERANG. Mungkin akan berlaku PERANG DUNIA KE-3 melibatkan US dengan Korea Selatan, Rusia, Iran.

2. Mungkin akan berlaku bencana alam yang dasyat samada di US atau negara-negara lain. Mungkin akan berlaku ribut taufan seperti IRMA, JOSE, MARIA yang menyebabkan banjir yang teruk sehingga berlaku kerosakan yang dasyat. Mungkin juga akan berlaku gempa bumi yang dasyat sehingga lumpuh bandar, kemudahan, komunikasi. Seperti filem San Andreas, The Day After Tommorow ataupun filem akan datang secara kebetulan iaitu GEOSTORM. Teori konspirasi tentang kerajaan US boleh memanipulasi cuaca dunia, HAARP. HAARP ini dikaitkan dengan tragedi IRMA,JOSE,MARIA yang sedang berlaku.


3. Mungkin akan berlaku kejadian EXTRATERESTRIAL melibat alien. Teori ini sangat popular dikalangan pakar konspirasi. Seperti filem alien. Akan berlaku Meteor atau bintang-bintang. Planet Nebula biru.


4. Antichrist aka DAJJAL.

Ini adalah bidikan dari aku tentang tarikh 23 September 2017. Jadi atau tidak bukan masalah, yang penting kita sedar tanda-tanda. Terpulanglah kalian. Aku rasa tak selesa untuk share pendapat ini dekat facebook, aku tahu ramai jugak yang tak selesa.

Selalunya apabila bercakap tentang teori konspirasi ini, SEBELUM terjadi perkara itu orang gelar PARANOID. SELEPAS terjadi orang gelar KEBETULAN.

Sama-sama kita tengok dalam jangka waktu 1 minggu ini dan selepasnya.


*aku habis menulis pada pukul 5.30 pagi selepas melihat Menyu menang 4-1. 
Andai ada point-point yang aku tulis diatas TERJADI, aku akan cuba share di Facebook aku.

KAH KAH KAH 

 

Tuesday, March 10, 2015

2015

Woi, sudah 2015 baiii!

kah kah kah


Wednesday, October 9, 2013

Freelance Cleaner

Malam ini suasananya sangat la mendap dan pisang memisang.
Harini cukup 3 hari aku buat kerja freelance dekat Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan sebagai Cleaner.
Bukan cleaner cuci tandas tu tapi cleaner printer tapi orang panggil maintenance boy.
kah kah kah

Kerja mudah, cuci habuk dekat printer, on off printer and test print. Bapak senang gua cakap!
Luorang tahu berapa charge kami dapat buat kerja ni?
1 printer RM15.
Luorang tahu berapa masa yang diperlukan untuk selesaikan 1 printer?
1 printer 1 minit.

1 minit RM 15 !!!

kah kah kah

siapa tak maw doh. benda celah gigi je siak.

sekarang ni aku rasa hampir 150 printer dah siap untuk 3 hari. Semuanya ada 261 bijik printer. Korang kira la sendiri.
Kerja mudah. Rilex rilex kacang je aku buat.

Aku buat kerja ni dengan member2 aku, Wan dengan Kude.
So memang fun dan gampang.

Paling palat bila gua masuk office2 gomen ni, tengok staff semua rajin. Rajin apa ?
Rajin main facebook wey. Aku rasa masuk CC pulak.
Tadi gua jumpa ada staff lawan PES2013.
Mengulat tu takyah cerita.
Kadang2 gua takfaham lah kenapa la kerajaan bayar gaji dekat orang yang takda kerja or takbuat kerja ni.
Rugi tahap dewa.

Tengok office memang A!
Perabut, Komputer macam2 lah.
Bilik kosong banyak.

Gua sedih tengok orang bazir2 ni.
Aku taknampak ke efficientnan pentadbiran macam.
Patut la hutang negara setiap tahun naik.
Yang jadi menteri makin hari makin bodoh bobo.
Yang jadi bijak pandai terus berbakti dekat diri sendiri tidak dekat negara ni.

AKU TERFAKTAB!

Monday, October 7, 2013

Wahyu baharu

Peace be upon you,

Tahukah kalian,
jikalau aku mengupdate blog, itu tandanya sesuatu yang besar telah pun berlaku.
Lama aku tak tulis something dalam blog aku ni.
Rasa bersalah pulak dekat blog.
Macam pundek kan ayat?

Inilah akibat berkurun lamanya tak menulis. Ayat terabur, tak best, dan hambar.

Gua takda masa nak luang kan untuk menulis catitan cerita aku dekat sini.

Ishh, dah lah. Gua takda moodlah sial.

Monday, June 24, 2013

22 Tahun


24 Jun 1991
Syamsul Anwar di Bin kan Khir Johari
Seorang yang kerap gagal dalam ujian-ujian kehidupan.
Tapi ingat, saya bukanlah seperti yang kalian sangka.

yang benar,
Syamsul Anwar

Monday, June 3, 2013

Sunday, December 30, 2012

testing testing testing

Setelah hampir beberapa bulan diculik piring terbang ke dalam lubang hitam, akhirnya aku lolos juga berpijak diatas tanah gersang ini.

Harini 30 haribulan 12 tahun 2012.
Menurut kalendar Kaum Mayan yang konon kata nak kiamat tahun 2012 ni, nampaknya macam sekadar troll semata-mata.
Dan menurut kalendar kaum peribumi daerah sri lankasuka, terdapat juga ramalan menyatakan bahawa

"SYAMSUL ANWAR AKAN GAGAL SEBANYAK 3 KERTAS PEPERIKSAANNYA DI SEMESTER TERAKHIRNYA..."

Dan dalam banyak2 ramalan kaum seantero bumi ni, ramalan ni paling power dan tepat.

Sekarang ni aku tengah mengextend kan diri aku di politeknik. sepatutnya boleh graduate awal, nampak gaya nya lewat la aku grad...

(penulis tidak ingin menceritakan cerita yang lebih mendalam dan detail tentang kejadian ramalan ini. penulis takut akan bertindak agresif dan condusif akibat gagal mengawal emosi akibat teringat akan peristiwa ini. pembaca disarankan agar jangan nak poyo2 merendahkan personaliti penulis takut2 sepakan sulung melekat dibibir si polan polan)

Setakat ini tulisan saya.

(Penulis merasakan mood untuk menulis cerita-cerita telah datang kembali)

P/S: alahhh, lu tengok la harini tarikh berapa? 30.12.2012.

30.12.2012
4 tahun lepas ?
hang taw?

1st time dalam hidup declare relationship !
BAHAHAHAHAHAHAAK!

yang mencintaimu 4 tahun lepas,
Syamsul Anwar