Monday, April 30, 2012

starting

aku tahu lama dah aku tak update blog ni.
benda pertama yang aku boleh cakap, aku sibuk.

final exam satu hal, then 2 hari sudah aku baru saja join bersih 3.0 dekat dataran.
yang paling style bersih 3 adalah dalam minggu exam.

banyak benda aku nak cerita, tapi tunggu sat. aku nak edit2 sikit gambar. banyak gambar.

papehal nnt aku updated if aku ada masa free.

aku nak tunjuk sikit preview gambar aku dekat bersih


sikit jer lah. nnt aku masuk lagi. chiiawww

Wednesday, April 11, 2012

Sintok jauh gila bab kottt

hujung minggu lepas ni kalau korang semua perasan, aku tak on9 dari jumaat,sabtu dan ahad. kenapa? sebab aku terlibat dalam camping LIFELONG yang kelab akaun buat tu. Paling style, dalam kelas aku lelaki 5 orang je pegi termasuklah aku. FUUQQ apahal aku pulak yang kena pegi. bukan budak top pon. hahaha ini semua bahana menjadi ajk media. aku rasa takda motif aku kene pegi, tapi fikir2 balik, kira untung laaaahh. bukan senang nak pegi kem2 camni.

UUM ni dekat sintok taw, kedah tu hujung sekali nak sampai perlis ladang tebu tuu. nak masuk ke kampus uum tu mak ai laahhh. jauh gilaa.. ada fasi ni bagi taw, 3 kilo lagi dari sempadan thailand. patut la orang elak sangat nak masuk sana. ceruk habiiss.tapi walaupun ceruk tahap dewa, tapi kampus uum sangat awesome dan hampir perfect. dalam tu dah macam suasana bangi, ukm or upm. so takdahal kalau dapat belajaq sana. semua ada. takyah risau beb.. tapi kalau dapat belajar sana ok jugak, tapi kalau bole elak, aku elak bhaaaiii. HAHHAHA

aku ingat mula2 kem apalah. duduk hostel dewan bagai. rupa2 CAMPING tat!! fuuuuu aku ingat lagi aku camping time darjah 6 dulu..time pengakap dolu2. aku excited jugak. siries aku cakap, fasi2 depa memang awesome. tenaga kerja orang berumur. stok anak 4-5 orang. sekali dengan anak2 kecik dorang jadi assist fasi. terrbbb. anak2 depa memang gentle aku cakap, steady jer main dalam hutan.aku pun naik risau. tengok malam2 bole main kejar dalam campsite tu. hahahhah

ini bukan camping unit beruniform apa semua, ini just camping bina semangat camtu la. so takda la strict sangat mcm nak kene kawad bagai. watlek jerrrr.. nk join, join. taknak buat la apa korang nak buat. main kayak, mandi tasik, jungle tracking, nightwalk, wallclimbing, naik basikal, tidoq hutan...siries aku cakap, banyak gila pengalaman baru untuk aku. tu aku cakap, untung dapat join. tak tipu. aku rasa sangat enjoy. time ni la aku first time kena gigit pacat, mangsa pertama. dia isap darang kaw2 punya. sampai gemuk kot. tapi takpa la, kira aku derma darah laaa. hahahah mandi tasik semua..kau penah? hahah tapi pakai lifejacket laaa. dalam kot tasik tuu. pastu wallclimbing, kau penah? ahhahah 1st time aku panjat dinding tu. excited tapi tak yakin, last2 aku rasa dalam banyak2 lelaki dekat situ, aku naik paling laju. AHHAHAHAHAH

malam terakhir tu, ada aktiviti apa tah namanya. FOBIA STAGE tak silap. aku ingat apa tah, rupanya depa suruh menyanyi sorang2 dekat depan. fuckk!! ni betul fobia, aku tak penah lagi buat benda ni dan aku memang tak suka. hahhahah aku risau jugak benda alah tu, last time aku punya turn, aku nyanyi lagu twinkle little star, pagi yang gelap, pastu yang tak bole bla aku ternyanyi lagu PM KITE andilala tu. hahahhaha
damnfuk wehhh, lagu tu je telindah dalam kepala. hahahaha

hari terakhir tu, cmbiasa la. ada penutup. ada pertandingan kumpulan. lawan la mcm2. yang tak bole blaaa kumpulan aku menang. HAHAHHAHAH steady la korang. tapi 70% duduk dekat sana GELAK jerrrr. pangai masing2 mcm la bEBI!. hahahhah

balik singgah padang besar, first jugak sampai sana. baru la aku taw tempat tu sempadan. tengok negeri perlis. jauhhh nuuunn saaanaaa nampak dah thailand tuuuu..
balik sampai pukul 12 malam. gilaaaa memang kelas pagi time tu tak pegi la cite dia. baju tak basuh lagiiii

Thursday, April 5, 2012

AJK MEDIA punye cite. HAHAHAHHA

Salam 1Malaysia "Kena tipu"

April, permulaan bulan ini tidak seperti yang dijangkakan. Harapan untuk hidup dengan senang dan tenang nampaknya semakin pudar dipalit dengan kejadian-kejadian yang tidak diingini. Tenang bertukar sibuk dan serabut. Senang menjadi tidak senang dan sukar.

Disebabkan tawaran untuk menjadi AJK MEDIA untuk Kelab Akauntasi PUO yang telah menjadi "premier", aku sahut tawaran itu dengan hati yang ghairah untuk mengekpresikan bakat yang ada dalam tubuh badan ini. Siapa sangka "premier" yang diletakkan selepas abjad politeknik itu hanya sekadar abjad tambahan untuk menampakkan bahawa politeknik menuju kepada sebuah institusi yang lebih tinggi darjatnya, Universiti. Tapi bukan isu ini yang aku nak ceritakan, yang pasti adalah cerita pasal aku yang telah pun menjadi AJK MEDIA untuk kelab akauntasi untuk politeknik premier. HAHA


Tugas pertama aku selaku ajk media kelab ini adalah membikin sebuah flyers untuk program mento mentee. Bagi aku, tiada unsur atau element (maksud yang sama) "kerajaan" dalam diri aku. Sebagai seorang pelajar yang hampir 70% hidupnya didepan komputer dan internet tidak sama sekali akur dengan unsur "kerajaan" dalam kehidupan ini. Aku modernist dan mengikut perkembangan semasa serta TIDAK INGIN ketinggal kebelakang dalam kebanyakkan aspek kehidupan seperti Seni, Politik, Sukan, Isu Semasa, Fesyen dan banyak lagi. Berbalik pada cerita utama, selaku ajk media sudah tentu tujuan aku ditawarkan jawatan ini disebabkan kebolehan dan kefasihan aku dalam sudut seni. Mungkin sedar akan bakat aku yang tak seberapa atau kebetulan sahaja. Bila bercakap fasal Media, sudah tentu elemen yang penting adalah kreativi. Flyers mento mentee sudah pun aku selesaikan walaupun aku rasa message yang ingin disampaikan tidak kesampaian bukan atas dasar design flyers itu tapi soal masa. Sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum event itu berlangsung, flyer perlu dihebahkan di dinding-dinding. Tapi dalam kes aku, flyer tu ditampal 2 hari sebelum event. WHAT? bagi aku, itu bukan salah aku sebab print lambat or buat kerja lambat tapi semua fasal urusetia event. HAHAHA


*CUKUP! Aku tak selesa nak gunakan bahasa formal camni! HAHAHAHH


Kerja seterusnya aku kene la buat banner/bunting untuk lawatan sambil belajar ke universiti utara malaysia. Orang kata as the symbolic of the collabration between this two institution. So aku buat la seperti yang ditugaskan. Mule2 tu agak tercabar bila ada 2-3 certain budak ni "memaksa untuk" berkelakuan kreatif katanya. biasalah, mule2 kita kena la buat draft. dalam auditing pun ada kene buat draft apatah lagi soal seni. as i mention, aku ni takkan sama sekali aku berpandukan element "kerajaan" dalam buah fikiran aku. Element kerajaan yang aku maksudkan adalah seperti contoh, lambang 1Malaysia, design zaman dr mahathir,serabut. Bukan aku nak cakap apa lah, ini zaman 2012 okay. tak semestinya design meriah cantik dan tak semestinya desing simple tak cantik. there a lot of art out there used a simple element dude! terutama zaman sekarang ni. bila aku buat camni, depa kata simple sangat. ok takpe lah, so aku buat penambah baikkan dengan besungguh-sungguh. orang cakap sampai kene canai la idea nak kasi keluar. cari inspiration semua. last2, apa yang aku seperti yang dicabarkan untuk berkelakuan kreatif leburrrrrr...
one of the lecturer said, we cant used that  bla n bla n bla....akhir aku akur jugak dengan arahan. seperti yg korang penah nmpk banner2 dekat lua sana, camtu la aku buat. so idea2 aku, diketepikan atas dasar "banner ni kita kene buat untuk jangka masa yang lama, so bole kita pakai untuk masa akan datang..."
wtf! logo UUM aku kene buang, dan segala unsur bekenaan dengan collobration kena jugak buang. so cut cost la cite diaaa. baik suruh buat template kosong jer, detail semua pakai maker pen. dah habis, buang pakai tinner. bole pakai lagi kan. padahal nak buat banner ni cost nyer RM50 jer doee. apa guna dana2 yang kerajaan bagi kalau still nak pakai tradisi dlu2. kan dah premier, biar nampak lain sikit. cuba tengok kolej2 swasta. diorang berani buat tradisi baru. tak terikat dengan benda2 lama.

Cuba tengok MMU, LIMKOKWING. tengok kampus dorang pun korang dah tebeliak mata. angan2 nak belajar dekat sana pun mebuak-buak walhal kolej bukan la untuk orang pandai2, asal ada duit boleh masuk. HAHAHA
actually mengirap jugak la, tapi nak buat camne, aku dah belajar dekat politeknik. budak2 pun lemau2 jer. aku tak cakap korang tak pandai, just lack of modern issues untuk buat revolution dalam kampus. disebabkan aku ni cenderung dalam unsur seni, aku nampak kenapa politeknik tak berapa "striking". semua takut nak break the rules. alaaa ni soal banner jer, takkan la tak bole open minded sikit. kalau lecturer tak kasi, apa salahnya kita langgar jer. ini banner jer doe, takda jer kene repeat sem kalau kita tak ikut tradisi lama. itu jer point die. kalau aku la jadi ketua program, aku langgar jer. hahahah lecturer tak kasi, aku suruh ajk media buat apa yang dia rasa sesuai dengan zaman sekarang ni. HAHAHAH


Takut untuk berubah disebabkan faktor sekeliling. aku bukan nak hentam kawan2 aku semua tu. dorang dah buat tugas masing2 dengan berjaya. just aku nak bagi taw, kalau nak bersaing, kena berani buat perubahan. HAHHAHAHAH


semenjak dua menjak ni, asek cite pasal politeknik jer. padahal benda kecik jer. HAHAH
tapi en en en, 2-3 hari lepas ada budak kelas aku tegur


"nice post dalam blogg..."


hahhahaha dah la aku hentam budak kelas, pastu budak kelas baca, AHAHAHAH memang padan lahhhh. hahaha amek port or tak amek port lu punya cita. kalau rasa tak betul, bagi taw depan2.
Habis aku niii??? takkan la aku nak cakap dengan sorang2 budak kelas cakap tak gemarkan dorang. ramai kotttt!! AHHAHAH


kalau nak terasa hati or tarik muka or taknak kawan dengan aku takpa. itu tanda lu tak open minded dengan aku. HAHAHAHHAHA eleehh bende kecik jer kot

Sunday, April 1, 2012

April tak april, aku sakit kepala nii haa

YEY

April was coming, now i'm in 1 April 2012.
Takpayah nak april fool sangat. Aku selalu sangat kena game dengan orang lagi2 perempuan. HAHAHAK!


Harap-harap april ni bagi aku semangat nak belajaq dan ulang kaji pelajaran sebab by the end of this month there final exam for this 5th semester. harap tuhan bagi aku semangat kuat2, sebab March bulan yang agak serabut dan sibuk bagi aku dan March jugak la aku tak balik ke kajang untuk family tersayang. 1st time dalam hidup ni rasa homesick gile2 punya sampai rasa sedih bila fikir balik.

Semenjak dua menjak ni, banyak aku baca status2 member2 dekat fb cakap diorang dah habis semester akhir diorang, diploma dah tamat. agak jeles jugak. tapi gembira jugak tengok dorang. tahniah la korang. harap2 plan masa depan korang bole direncanakan dengan sebaik-baiknya. Alaaa diorang habis awal sebab masuk 1st intake, aku ni 2nd intakes. bole cite la weiii. puiihhh HAHAHHAH

April ni aku nak cuba carik partner orr senang cita aku nak carik teman wanita(ayat skema) atau lebih gentle dalam masyarakat melayu, AWEK. takpayah la nak gelak sangat, kau ingat aku ni gay ke hape, still lurus lagi. takda la, lately aku tengok ramai sangat couple2 dekat luar sana together macam best. aku taw best sebab aku dah penah alaminya just dah lama tak alaminya. lama sangat. kalau buat kira2 kasar, ada la dalam 2 tahun aku menyingle or sebatang kera. lama jugak kan awak?? HAHAHA mungkin sebab terlalu shock dengan situasi lepas, aku semi-trauma dengan relationship/relationshit. jujur, sebenarnya takda la trauma just kecewa sikit lah itu pun takda la lama sangat tapi nak recover dia makan masa sampai oneday kau akan rasa macam ni

"eh, kenapa lonely sangat ni. muka macam tu pun ada awek??? "

macam la aku sekarang ni. asal jumpa couple depan mata, mesti cakap muka pudiak camtu pun ada awek. tak kesah la laki ke perempuan. kadang2, gf tak mcm apa, bf dia agak hensem. tu lahhh. HAHAHAH last2, berbalik pada diri asal aku. banyak la questionare yang aku bole sediakan WHY I'M STILL FUCKING SINGLE!!

Kah Kah Kah



tapi bila fikir dalam2, ada benda yang lebih penting daripada mencari seorang or 2 orang or 3 orang teman wanita. Bila aku pejam mata depan buku or notes2, aku akan rasa benda alah ni lagi penting. semester 5 ni boleh tahan la susahnya. overall aku rasa 50% jer faham. itu baru faham, belum tentu boleh buat. itu aku harap kan suatu kuasa or superkuasa dapat rasuk dalam badan aku supaya dapat aku buat ulangkajian tentang benda yang aku tengah belajaq ni.

"mungkin aku menghidap penyakit yang belum tentu apa jenis penawar yang boleh aku guna, mungkin juga penyakit itu sebenarnya bukan sejenis penyakit tapi hanyalah perasaan ingin dimiliki oleh jantina sebaliknya" Syamsul Anwar